Pengenalan

wirda-logo

WIRDA adalah akronim bagi Association of Women’s Initiative for Research, Development and Advancement  Selangor dan Kuala Lumpur  atau Pertubuhan Inisiatif  Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur. Berdaftar  dengan ROS  sebagai sebuah pertubuhan wanita pada tahun 2010  dengan  no, pendaftran 2872-10 WKL

Tagline WIRDA:  ” Enhancing Dignity” –  “Menyerlahkan Maruah Diri”

LOGO

  • Warna Ungu : Lambang kecemerlangan
  • Warna Coklat : Lambang kestabilan.
  • Garisan Lonjong : Melambangkan kewanitaan yang sensitive terhadap perubahan alam dan mudah menyesuaikan diri.
  • Bunga Berkelopak 8 : Melambangkan Ciri ciri wanita yang diperkasakan “Empowered Women”:
  1. Berilmu
  2. Bermaruah
  3. Berwawasan
  4. Berdikari
  5. Bertanggungjawab
  6. Berkemahiran
  7. Berempati
  8. Berkhidmat

MATLAMAT PERTUBUHAN

  1. Menyediakan bantuan, pertolongan dan perkhidmatan sebagai Pusat Krisis Sehenti kepada kaum  wanita yang memerlukan pertolongan dari segi kaunseling, tempat perlindungan dan lain-lain bentuk bantuan yang berkaitan;
  2. Menjalankan penyelidikan, latihan kemahiran kepada kaum wanita dan mana-mana organisasi wanita seperti dalam bidang pendidikan, keagamaan, sosial, teknikal, profesional dan bekerjasama dengan organisasi-organisasi wanita yang lain untuk memperbaiki kemajuan dan pembangunan sosio-ekonomi mereka
  3. Menegakkan dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dalam membentuk jatidiri dalam program kebajikan. Mengalakkan persefahaman dan kesejahteraan antara kaum menerusi aktiviti-aktiviti latihan kemanusian.
  4. Menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk perniagaan atau ekonomi secara sah atas nama Pertubuhan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan dan tidak sebahagian pun daripada keuntungan itu akan digunakan  untuk membayar faedah, keuntungan  atau bonus kepada  mana-mana ahli Pertubuhan.
  5. Menerbitkan dan mengedarkan risalah-risalah ilmu pengetahuan untuk mencapai matlamat seperti di atas kepada ahli-ahli,  termasuk mengambil manfaat dari bahan penerbitan yang sedia ada dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
  6. Menganjur program-program bersama dengan lain-lain pertubuhan yang berdaftar.
  7. Mengadakan kursus-kursus bengkel, seminar bagi menambahkan pengetahuan kepada ahli-ahli untuk memajukan diri dan cara kehidupan yang lebih baik.
  8. Berperanan sebagai saluran untuk penyebaran maklumat dan isu-isu utama kepada wanita melalui seminar-seminar, bengkel-bengkel dan penerbitan dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan
  9. Pembawa pembaharuan kepada penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan wanita, khususnya isu-isu sosial, perundangan dan ekonomi.
  10. Membentuk perkongsian dengan organisasi-organisasi wanita yang pelbagai, agensi-agensi yang multilateral dan institusi-institusi pendidikan bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang tertumpu kepada penonjolan terhadap pembangunan, pemberdayaan [“empowerment]” dan emansipasi terhadap wanita dan isu-isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan dan masa depan wanita;
  11. Menyediakan bantuan dan kemahiran-kemahiran teknikal untuk memudahkan perubahan didalam komuniti dengan tujuan utama untuk membangun dan memberdayakan (”empower”) wanita;

KEAHLIAN

  1. Keahlian Pertubuhan ini terbuka kepada kaum wanita tanpa mengira kaum, agama, dan bangsa.
    • Ahli Biasa terbuka kepada kaum wanita warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang bekerja atau tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Berhak mengundi dan dicalonkan untuk jawatan dalam jawatankuasa pertubuhan .
    • Ahli Kehormat akan dilantik oleh Jawatankuasa di kalangan mereka yang difikirkan dapat memberi nasihat dan sumbangan kepada Pertubuhan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Ahli Kehormat tidak dikenakan apa-apa yuran dan tidak mempunyai hak mengundi dan pencalonan jawatan.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab sebabnya.
  3. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan. Hendaklah membayar yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah dia sebagai ahli.
  4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi Pertubuhan ini kecuali dia telah dibenarkan dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut

Yuran                       Yuran masuk       Yuran tahunan

Ahli biasa:                        RM10                    RM 10

Ahli kehormat :              Percuma                Percuma

  1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari dari awal bulan Januari tiap-tiap tahun.
  2. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari dua tahun daripada tempoh yang ditetapkan di fasal 6.1 akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-haknya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
  3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun daripada tempoh yang ditetapkan di fasal 6.1 dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataaan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  4. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesi bagi ahli yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  5. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh di pungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan/Khas Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang Yuran tahunan.

4 thoughts on “Pengenalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s