Katakan TIDAK! kepada Keganasan rumahtangga

Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumahtangga

“One Stop Crisis Centre” (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997, bertujuan untuk mewujudkan satu pusat perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan , perkosaan dan keganasan rumahtangga.

Kewujudan OSCC mewujudkan suasana yang selesa dan penghidupan yang lebih baik kepada wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak keseorangan sebaliknya OSCC bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik jika mereka di dera oleh si pelaku keganasan yang durjana.

Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil satu usaha murni dalam memperkenalkan OSCC kepada masyarakat dalam usaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang prihatin terhadap wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, seksual, liwat dan dera.

OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan, di mana terdapat kakitangan terlatih yang ditugaskan untuk merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa yang mengadu. Selain rawatan fizikal, mangsa-mangsa juga diberikan perlindungan sewajarnya- termasuk, tempat tinggal serta diasingkan daripada pesakit-pesakit biasa supaya mereka tidak berasa malu atau takut.

OSCC adalah satu pusat perkhimatan yang lengkap dan menyeluruh bagi membantu mangsa penderaan, perkosaan, liwat dan mangsa keganasan rumah tangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa tersebut serta di beri bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.

Exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail telah mula mengorak langkah untuk menyedarkan masyarakat bahawa terdapat satu pusat khidmat yang dapat membantu mangsa keganasan rumah tangga dan dera.Pusat ini dikendalikan oleh secara bersama yang melibatkan beberapa agensi iaitu Hospital, polis, peguam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perlu di tangani oleh setiap ahli dalam komuniti untuk melahirkan masyarakat penyayang yang memberikan saham besar dalam pembangunan negara yang lebih positif.Ada tiga kaedah yang dikenal pasti untuk menangani keganasan rumah tangga dan gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja.

1) Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan

dalam hubungan kekeluargaan.

2) Memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak-hak mereka yang

dilindungi oleh undang-undang.

3) Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang

selamat dimaksudkan ialah di OSCC.

OSCC telah lama ditubuhkan namun masih ramai tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.Objektif Kempen kesedaran “Katakan tidak kepada keganasan rumahtangga ialah:

1) Mewujudkan kesedaran dan peranan OSCC kepada masyarakat dalam

membantu wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

2) Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasakan minda yang merdeka dan

menggilap jatidiri wanita yang bermaruah.

3) Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih lagi benar mengenai isu-isu

keganasan rumah tangga dan gangguan seksual ditempat kerja.

4) Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai undang-undang yang dapat

melindungi wanita dan kanak-kanak.

Dalam agenda merakyatkan ekonomi Selangor (MES) fasa 1, antaranya diperkasakan semula program OSCC dimana kempen ini akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Program ini dijalankan dan dikendalikan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor dengan kerjasama UPEN, WIRDA, sekretariat OSCC dan Pusat Khidmat Rakyat.

Kempen ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keganasan terhadap kaum wanita dan kanak-kanak di samping memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai.OSCC diwujudkan di enam hospital di Selangor iaitu Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Puan Rahimah Klang dan Hospital Kajang.

Mangsa tidak perlu takut untuk ke OSCC untuk mendapatkan rawatan kerana pihak hospital menyediakan bilik khas yang terasing dari orang ramai. Maklumat mangsa juga dirahsiakan. Maruah mereka akan dijaga dan dipelihara. Mangsa juga tidak perlu untuk mengambil nombor sebaliknya akan terus dibawa ke bilik OSCC. Jururawat terlatih dan doktor akan memberikan bantuan yang segera kepada mangsa. Mangsa akan dilindung dari sebarang ancaman dari si pelaku dera.

Recent Posts

BENGKEL KAUNSELING INTENSIF

Sukacta dimaklumkan bahwa WIRDA akan mengadakan bengkel kaunseling Intensif selama 4 hari . Pelatihan (training ) akan diberikan sepenuh masa oleh Puan Az;ina Roszy Mohd Ghafar seorang pakar ‘Clinical Psychologist’ dari Hospital Pakar An Nurl  Pakar, Bandar Baru Bangi, Sijil ‘Para-kaunselor’ akan dberikan kepada setiap peserta.

Maklumat  bengkel seperti berikut:

BENGKEL KURSUS ASAS KAUNSELING

Tarikh                   :               23 – 26 Julai 2012

Masa                     :               9.00 pagi hingga 4.00 petang

Fasilitator            :               Puan Hajjah Azlina Roszy bt Mohamad Ghaffar, Psikologis Klinikal

                                          Hospital Pakar An Nur, Bandar Baru Bangi

Peserta   terhad   :               25 orang sahaja

Yuran Pendaftaran      :         RM200.00 seorang

Tempat:                               Pusat Komuniti JIM Taman Melawati

Sila Hubungi:                       Pejabat WIrda 03-41085128, fax 03-41075237

 

1. SINOPSIS

Pendekatan kaunseling atau memberi khidmat nasihat secara profesional sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat moden hari ini.

Kaunseling bertujuan untuk membantu klien mengenali dirinya dan menangani masalah yang dihadapinya. Proses kaunseling membantu klien memahami keupayaan, kelebihan dan kelemahan diri serta mempelajari teknik menangani sesuatu masalah dengan berkesan. Kaunselor bertugas membantu klien dengan memberi panduan dan sokongan dan akhirnya klien sendiri yang membuat keputusan setelah mempertimbangkan semua pilihan yang ada dengan panduan dari kaunselor.

Untuk menjadi seorang kaunselor berdaftar, seseorang perlulah melalui pengajian dalam bidang kaunseling dan bimbingan atau psikologi kaunseling selama beberapa tahun di institusi pengajian tinggi. Setelah itu mereka perlu menjalani latihan mengikut jam yang ditetapkan sebelum disahkan sebagai kaunselor berdaftar.

Walau bagaimanapun, pada hari ini di mana keperluan memberikan nasihat dan panduan dengan cara yang betul menjadi terdesak, maka adalah wajar diberikan teknik dan panduan asas kaunseling kepada mana-mana anggota masyarakat yang ingin menjadi sukarelawan khususnya dan mereka yang terlibat sebagai pemudahcara yang berhadapan terus dengan masyarakat umum.

 

2.0          OBJEKTIF

  1. Memberikan kefahaman asas terhadap ilmu psikologi manusia.
  2. Memberikan kefahaman terhadap keperluan, konsep dan teknik asas kaunseling.

Memberikan peluang kepada peserta untuk melakukan praktikal kaunseling dengan seliaan

3.0 KANDUNGAN SILIBUS

Topik

  1. Kaunseling dan proses kaunseling
  2. Komunikasi dan temubual kaunseling
  3. Personaliti dan teori perkembangan
  4. Teori pembelajaran dan terapi kognitif tingkah laku
  5. Hubungan kaunseling
  6.  Terapi kekeluargaan
  7. Isu-isu etika dan undang-undang
  8. Klien berisiko

4. Bengkel

  1. Kaunseling kanak-kanak
  2. Kaunseling remaja
  3. Kaunseling dewasa
  4. Kaunseling keluarga

5. Latar belakang akademik Puan Azlina Roszy sebagai ‘trainer’

 a) . Master of Clinical Psychology – Universiti Kebangsaan Malaysia 2004 – 2006

 Clinical Psychology: Health Psychology / Child and Youth / Adult

 Developmental Disabilities

 Introduction to Professional Practice Issues

 Psychological Assessment Methods

 b. Bachelor of Clinical Sciences – King’s College London, 1995 – 1997

Pathology and the Biochemical Basis of Disease, Human and Biochemical Genetics, Structural Basis of Human Function, Medical Microbiology, Infection and Immunity, Gene Cloning, Experimental Design and Analysis, Diagnostic Histopathology, Advanced Human Anatomy, Applied Pharmacology A, Reproductive Physiology.

c. University of Wales College of Medicine Cardiff, 1992 – 1995

Developmental and intellectual disabilities, Child neuropsychology, Brain disorder and brain,disease, Reproductive and sexual health in adolescent,Self-esteem and depression, Behavioural fluency in learning and mental health development, Parenting skills and parenthood, Marital therapy and Family therapy

 

  1. FROM A BROKEN HEART TO TRANQUILITY Leave a comment
  2. JEMPUTAN TERBUKA : YOU ARE BEAUTIFUL, ALLAH LOVES YOU 1 Comment
  3. LATEST UPDATE: YOU ARE BEAUTIFUL ALLAH LOVES YOU Leave a comment
  4. Salam Ukhuwwah Leave a comment
  5. Ibu ibu di rumah WIRDA menjalani kursus kemahiran di Bonda Mama kid Center Leave a comment
  6. Berteduh Kasih di WIRDA Leave a comment
  7. Isteri untuk disayang bukan disepak terajang Leave a comment
  8. Anak-anak Penghuni WIRDA mendapat perlindungan Insurans Leave a comment
  9. Pet Pet provides underprivileged moms and babies with insurance protection Leave a comment