Anak-anak Penghuni WIRDA mendapat perlindungan Insurans

Perlindungan insurans PetPet

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive#.TxLb5RApyPZ.email

Kuan Mun Jen (kanan) memberikan lampin pakai buang PetPet kepada Faridah Abd. Karim dalam usaha membantu ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

 

ANAK adalah kurniaan yang tidak ternilai. Tetapi bebanan membesarkan anak amat berat. Apatah lagi dengan kos sara hidup dan perubatan yang sentiasa meningkat.

Begitu yang dihadapi bagi ibu tunggal yang terabai, teraniaya atau kurang berkemampuan, dalam usaha memastikan bayi mereka mendapat segala keperluan asas untuk membesar.

Memandangkan bebanan berat yang perlu dipikul oleh ibu-ibu tunggal ini seiring dengan risiko serta kos sara hidup yang semakin meningkat, PetPet bekerjasama dengan Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur (Wirda) membantu ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara menerusi program Insurans Percuma PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa.

Kerjasama itu lanjutan program yang bertujuan memberikan ibu-ibu dan si manja perlindungan daripada risiko yang tidak diduga.

Ketua Pemasaran Disposable Soft Goods (M) Sdn. Bhd. (DSG), Kuan Mun Jen berkata, PetPet benar-benar memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu baru bersalin.

Sebabnya itu pada tahun ini pihaknya mengambil keputusan melanjutkan program Insurans Percuma PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa kepada ibu-ibu yang paling memerlukan dan tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk melindungi diri sendiri dan bayi mereka yang baru lahir.

“Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Wirda untuk menghulurkan tangan kepada ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara,” katanya.

Menerusi kerjasama itu katanya, PetPet dapat membantu ibu-ibu tunggal dengan anak mereka yang baru lahir (berusia 0-3 bulan) dengan memberi mereka perlindungan insurans percuma bernilai RM12,000 selama setahun dan bekalan lampin pakai buang PetPet.

Sementara itu, Naib Presiden Wirda, Faridah Abd. Karim berkata, pihaknya yakin program itu dapat membantu ibu-ibu yang kurang mampu memulakan perjalanan mencabar sebagai ibu.

“Kami gembira kerana warga korporat yang baik seperti DSG tampil membantu ibu-ibu yang memerlukan sokongan untuk mengharungi masa yang mencabar bagi diri mereka sendiri dan bayi mereka.

“Saya harap kesedaran yang dicetuskan oleh program ini akan mendorong orang ramai dan lebih banyak syarikat korporat untuk memberi sokongan,” tambahnya.

Program PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa boleh didapati di kebanyakan hospital di seluruh negara. Untuk mendaftar, ibu-ibu hanya perlu mengikuti langkah mudah yang terdapat pada pek PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa yang diberikan bersama New Mom Bag secara percuma kepada setiap bayi baru lahir dan ibu-ibu apabila keluar dari hospital selepas bersalin.

Maklumat lanjut tentang perlindungan insurans PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa juga boleh diperolehi menerusi Facebook PetPet, http://www.facebook.com/PetPetMY.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s