Mesyuarat Agung WIRDA

Gombak Setia – 27 Mac 2011 merupakan tarikh bersejarah dan istimewa buat WIRDA Selangor & Kuala Lumpur yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama bertempat di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat, Dewan Beringin, Taman Sri Gombak,. WIRDA (Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan, Pembangunan dan Pemerkasaan Wanita Kuala Lumpur & Selangor) telah diluluskan pendaftarannya dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) pada 13 Disember 2010 lepas.

Mesyuarat agung tahunan yang pertama WIRDA dihadiri kira-kira 15 ahlinya dari Selangor dan Kuala Lumpur. Isteri ADUN Hulu Kelang, YB Hj. Saari Sungib, Puan Aliza Jaafar turut hadir untuk memeriahkan mesyuarat agung ini.

Ucapan aluan disampaikan oleh Presiden penaja WIRDA Ir Hjh Endok Sempo. Mesej utama dalam ucapan aluan aluan ini adalah bagaimana kita hendak istiqamah dalam perjuangan. Bagaimana ‘budaya memberikan khidmat dan kebajikan kepada manusia ini sentiasa bersemarak dan terus membara. Himmah adalah kata kunci terhadap kelestarian gerak kerja  sukarelawan.

Himmah adalah paduan niat, maksud, Iradah” (kehendak), “Al ‘azimah” (tekad) dan kekentalan semangat dan pendorong untuk melakukan sesuatu yang dikaitkan dengan ketinggian

Mengambil kata kata hikmat Imam Ibn Qayyim pernah berkata:

“Orang yang berjalan mesti memiliki semangat yang akan menjalankannya dan menyampaikannya ke puncak. Sedangkan ilmu hanya menyuluh dan menunjukinya”

Sayyid Qutub selalu menegaskan:

“Rasulullah mengetahui bahawa tidak ada lagi waktu untuk tidur, sudah ada tugas berat, jihad yang panjang dan ia adalah kesungguhan dan kerja keras..”.

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang memiliki jiwa-jiwa yang kental (himmah) dari aspek: kemahuan yang tinggi, kesetiaan sejati, pengorbanan agung, dan ‘pemahaman tentang prinsip dengan menyakini sepenuhnya.

Memerkasakan nilai nilai “ Kemanisan pada memberi”, “Memberi melebihi dari Menerima”, “Bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain”,” Sweetness in giving & Giving is more than taking”– Namun segala gerak kerja dan khidmat sukarelawan ini perlu sentiasa di ‘nawaitu’ kan., diniatkan kerana Allah semata mata. Apabila setiap kerja diniatkan kerana Allah maka semuanya akan menjadi ibadah.

Dalam Mesyuarat agung pertama ini, pemilihan jawatankuasa kepemimpinan baru telah diadakan oleh ahli yang hadir. Melalui pemilihan kali ini, Hjh Ir Endok Sempo Tahir telah dipilih sebagai Presiden manakala Timbalan Presiden yang dipilih ialah Puan Faridah bt Abd Karim,

Barisan jawatankuasa lain yang dipilih bagi sesi 2011-2014 ialah Puan Nora’Aini bt Mohd Zain (Timbalan Presiden), Puan Ekmatul Manurah (Setiausaha), Puan Hjh Norliza bt Hj Baba (Bendahari), 4 orang AJK pula terdiri dari Rosnah bt M. Ariff, Norsiah bt Abd Rahman, Zaihedah bt Sapian dan Azma bt Yusuff. Dua orang pemeriksa Kira-kira ialah Puan Zailah bt Kamaludin dan Rahmah bt Siteh

Sesi Sumbang Saran dan brainstorming untuk berkongsi idea juga diadakan dalam suasana santai untuk menjalankan aktiviti dan melancarkan lagi pengoperasian WIRDA antaranya:

  • Penerangan dan kempen kesedaran anti keganasan rumahtangga dan gangguan seksual terhadap wanita dan fungi OSCC akan terus diadakan dari masa kesemasa.
  • Membantu dan bekerjasama dengan Pusat Komuniti Wanita dalam membantu wanita yang memerlukan dan ibu tuynggal untuk menjana pendapatan dan berbagai program pembangunan dan pemberdayaan wanita.
  • Menggandakan usaha penambahan ahli dan sukarelawan untuk membantu mangsa keganasan dan penganiyaaan dan menguruskan RUMAH WIRDA (rumah perlindungan transit wanita teraniya).
  • Berkongsi dan menyampaikan berbagai pengisian dan penerangan kepada wanita di samping menganjurkan program riadah dan sukan dengan persatuan wanita untuk networking dalam memberi khidmat yang efektif.
  • Mengadakan bengkel kemahiran pengucapan awam, celik IT dan penggunaan Multi-Media.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s