Sepintas lalu aktiviti WIRDA Jun – Disember 2010

Anti Memperdagangkan Orang

21 JUN: Masalah pemerdagangan orang telah mendapat perhatian global sebagai jenayah rentas sempadan yang serius sama seperti jenayah penyeludupan senjata dan dadah.

Diangggarkan keuntungan daripada jenayah ini berjumlah USD 38 Bilion setahun. Susulan  daripada keuntungan yang besar daripada kegitan tidak bermoral ini, sebilangan besar mangsa jenayah ini terutamanya wanita dan kanak-kanak telah dirampas maruah, kebebasan dan hak asasi mereka.

WIRDA dijemput menghadiri perbincangan bersama Beberapa badan NGO bersama  Kerajaan Negeri Selangor mengenai  Pelan Tidakan Anti Memperdagang Manusia di Shah Alam.

Dalam perbincangan ini WIRDA diberi tanggungjawab  untuk  bekerjasama  bersama Tenaganita dalam memberi perlindungan kepada mangsa.

Real Citizen Education (Traning of Trainers)

25 JUN: Dalam meningkatkan  pengetahuan dan kemahiran ahli, WIRDA telah menghantar  peserta  ke  Real Citizen Education (Traning of Trainers) anjuran Komas di Hotel Madarin Court, Kuala Lumpur.

Kursus  3 hari 2 malam itu menekankan kepentingan hak rakyat diperjelaskan kepada semua masyarakat.

Peserta kursus terdiri daripada  wakil parti politik, badan NGO dan pemimpin masyarakat  dari pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Senam Robik.

18 JUL: Kesihatan memainkan peranan yang penting dalam penghidupan manusia. Kesihatan perlu dijaga jika kita mahu melahirkan satu masyarakat yang Berjaya dan beriltizam tinggi dalam membangunkan sesebuah Negara dan tamadun.

WIRDA cawangan Bandar Tasik Puteri  dengan kerjasama Persatuan Penduduk Blok 16, Bandar Tasik Puteri telah menganjurkan senam robik di gelanggang futsal di blok 16.

Ini adalah antara usaha WIRDA mendekati masyarakat . Lebih 50 wanita setempat hadir dalam majlis itu.

Penerangan dan pengenalan WIRDA dan aktivitinya telah disampaikan oleh Ketua Unit Penerangan WIRDA Selangor, Sharifah Norhayati Syed Omar dan perasmian pula disempurnakan oleh Pengarah WIRDA Selayang, Datin Aminah.

Layar Rakyat

20 JUL: Sesi penerangan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah diadakan di Sungai Besar. WIRDA terlibat dalam memberi penerangan One Stop Crisis Centre (OSCC ) bersama beberapa  badan kerajaan negeri.

WIRDA turut mengedar risalah dan penerangan aktiviti , skim-skim untuk kemudahan rakyat dan perancangan Kerajaan untuk rakyat Selangor di  masa akan datang. Tayangan video turut ditayangkan.

WIRDA juga turut serta dalam program Layar Rakyat di Sabak Bernam dan Sekinchan.

Karnival Dun Batu Caves

1 OGOS: WIRDA telah menjadi urusetia dalam menjayakan Karnival DUN Batu caves yang diadakan di Padang Bola di Taman Batu Caves,

Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Inovasi, Rodziah Ismail. Turut serta dalam majlis ini Adun  Batu Caves, Amirudin Saari, Pengarah Jabatan Latihan Komunikasi Selangor, Zakaria Abdul Hamid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s