Karnival Aura Unggu 2010


21 Mei: SASARAN Nisa’ Malaysia mendekati golongan belia dan remaja terutama wanita melalui pendekatan santai supaya cinta dan mahukan cara hidup Islam bagi menjauhi gejala sosial mendorong mereka untuk membuat suatu program yang mampu menjadikan hiburan Islam sebagai wasilah dakwah kepada golongan wanita.

Program ini juga menyediakan platform untuk belia terlibat secara langsung dalam program modal insan dan memberi kesedaran penjagaan kesihatan terutama kepada belia dan beliawanis negara.

Program Karnival Aura Unggu 2010 anjuran Nisa’ Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Sains Teknologi dan Inovasi berjaya mengumpulkan ahli Nisa’ dari seluruh negeri disambut meriah di Kompleks Belia dan Kebudayaan di Shah Alam.

Wirda selangor turut membuka gerai di situ dan memberi penerangan mengenai OSCC, menonjolkan wanita bermaruah dan penambahbaikan diri wanita  kepada pengunjung.

Wirda juga menjalankan kempen menambah keahlian dan telah menerima permohonan yang menggalakkan  terutama golongan remaja belia.

Majlis dirasmikan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali merasmikan acara penutup. Majlis yang berlangsung dua hari turut di hadiri Ketua Muslimat PAS merangkap Penasihat Nisa’ Malaysia, Nuridah Salleh dan Pengarah Nisa’ Malaysia, Dr Rosni Adam.

Antara acara yang dipertanding dan dipersembahkan senamarobik, pertandingan suara Nisa’ (Pesona 2010), junior telentime, gubahan hantaran, memanah, Konsert Aura Unggu yang menampilkan artis terkenal Aishah.

Nuridah dalam ucapannya berharap Nisa’ dapat merangka beberapa program lain terutama mendekati wanita muda agar mereka sentiasa memberi perhatian serius cara hidup sejahtera.

“Sebenarnya membentuk wanita itu umpama sebuah madrasah, hasil pembentukan wanita yang baik akan menghasilkan rumahtangga, masyarakat dan negara yang sejahtera.

“Terlalu banyak gejala sosial yang berlaku kerana kurang disiplin, pendidikan yang terbaik untuk wanita.

“Diharap Nisa’ akan terus berusaha dan memainkan peranan melakukan kegiatan bagi mendekati wanita yang tiada jati diri dan diharap sumbangan yang sedikit ini akan memberi kesan yang besar dalam masyarakat dan negara,” katanya.

Dalam ucapan perasmian, meminta hadirin mengimbau dan mengambil iktibar dari kisah Fatimah Az-Zahrah walaupun anak kepada seorang rasul tetapi masih mengisar tepung dan membuat kerja rumahtangga.

“Adakalanya wanita berasa terbeban dengan kerja tetapi kita jangan lupa kehidupan di dunia bukan sekadar mengisi atau penghibur kepada individu lain tetapi matlamatnya lebih jauh lagi.

“Kita mahukan hidup ini dijadikan batu loncatan untuk berjaya di akhirat dan dikurniakan kenikmatan,” katanya.

Harapan beliau program bukan sekadar mengumpul remaja dan memberi pendekatan erti hiburan dan pendekatan sebenar tetapi juga mampu mengisi generasi yang mantap akidah, saksiyah dan pengamalan Islam itu sendiri.

“Sebelum ini kita telah menggerakkan One Stop Crisis Centre (OSCC) untuk memberi maklumat kepada wanita di mana mereka perlu pergi meminta pertolongan jika mereka dianiaya dan sebagainya.

“Sekarang ini kita bukan sekadar menggalakkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyediakan pusat perlindungan dan menerima individu yang menjadi mangsa keganasan tetapi juga meminta NGO keluar bersama untuk menerangkan kepada masyarakat apa itu keganasan rumahtangga.

“Kita perlu menjadi individu yang baik dan memberi kebaikkan kepada masyarakat untuk mengukuhkan masyarakat dan mendokong satu aspirasi yang sama,” katanya lagi.

Ketika berucap di perasmian penutup Dr Halimah mahu Nisa’ membantu mengatasi masalah gejala sosial dan pembuangan bayi yang sedang melanda masyarakakat kini.

Ketika di tanya pandangan beliau terhadap program yang diadakan Halimah mengucapkan tahniah kepada Nisa’ kerana berjaya mengumpulkan ramai wanita muda dari seluruh negeri.

Program kesenian yang tertutup mampu mencungkil bakat wanita memberi ruang dan peluang kepada wanita yang memnag menjadi naluri manusia mahukan kesenian. Islam mempunyai cara bagaimana berseni, menyanyi dan melakukan kebudayaan dalam lingkaran syariat.

“Jika tidak dijaga aspek-aspek kesenian ini dan diluar dari batas syariat ia boleh menjadi penyumbang dan faktor menambah rasiko terjebak di dalam gejala sosial.

“Ada keperluan dalam kesenian ini dengan cara alternatif berbanding sekarang dilakukan secara tidak terkawal,” katanya.

Akhir sekali Dr Halimah meminta Nisa’ membantu kerajaan negeri menjayakan Generasi Idaman Selangor (GeMS) bagi menyelamatkan remaja yang terpengaruh dengan gejala sosial yang semakin tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s