Akhirnya Puan N dapat diselamatkan

Oleh Endok Sempo Tahir

P: Pegawai JKM (Jabatan Kebjaikan Masyarakat)

W: Pengarah Wirda

“Kringgggggggggggggg….” Telefon berbunyi.

P: Assalamualaikum puan

W: WIRDA: Waalaikumussalam,

P: Ini WIRDA ke?

W: Ya ya puan ini WIRDA, apa yang saya boleh bantu ini WIRDA

P: WIRDA ada rumah perlindungan wanita ya?

W:Kami masih dalam proses pendaftaran dengan JKM.

P:Bila puan mula berjumpa dengan pegawai JKM mengenai penubuhan rumah ini?

W:Dua bulan yang lalu, namun kami berusaha keras untuk dapatkan lesen SECEPAT mungkin

P: Gini puan, kami dari pihak JKM nak minta tolong WIRDA berikan perlindungan sementara untuk seorang ibu tunggal dengan dua orang anaknya yang dihalau dari rumahnya oleh ‘boy friendnya, boleh kah…?

W: Apa boy friendnya? Dia bersekedudukan ke? Astaghfirullah, macamana jadi cam tu?

P: Entahlah panjang ceritanya. Pokoknya malam ini dia dan anaknya perlukan rumah untuk tidur dan berehat.Kami tak tahu nak hantar mana lagi

W: Kenapa puan Rumah JKM dah penuh ya?

P: Bukan gitu puan, gini kebanyakkan rumah kebajikan dan rumah perlindungan yang di uruskan oleh NGO hanya menerima wanita sahaja atau kanak-kanak sahaja, tidak ada rumah perlindungan untuk ibu dan anak..

W: Kami hanya boleh sediakan rumah dan makan minum sementara sahaja ya.

P: Terima Kasih puan, kalau gitu boleh kah AJK puan datang ke pejabat ini untuk mengambilnya sekarang, waktu dah petang, dia perlu rehat sebab sejak malam tadi dia terlantar kat sini… kami dah puas cuba carikan rumah tidak berjumpa… tiba-tiba saya teringatkan WIRDA…

Demikianlah perbualan awalan yang membawa puan N berumur 28 tahun tinggal bersama dua orang anaknya dirumah perlindungan WIRDA di Ampang Jaya.

Ceritanya amat memilukan hati.

Lebih kurang setengah tahun lepas, N telah diceraikan oleh suaminya tanpa nafkah dan apa apa harta sepencarian. N berasal dari Perak adalah seorang anak tunggal . Ibu bapa N telah bercerai, bapanya berkhwin lain dan ibunya berkahwin lain. N dipersalahkan oleh bapanya mengenai perceraian ini. Nana rasa terpinggir dan berkelana ke KL untuk mencari penghidupan yang lebih baik.

Semasa di KL, puan N menumpang dirumah opahnya yang menumpang di rumah Pak Sunya. Semasa dalam proses mencari kerja N berkenalan dengan seorang pemuda bujang bernama Y yang lebih kurang sama umur denganya. Mereka akhirnya jatuh cinta dan bercadang untuk berkahwin.

Malangnya bapa N tidak membenarkan mereka berkahwin kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Maka pasangan ini bercadang untuk berkahwin lari ke Siam. Pak Su nya dapat menghidu rancangan mereka. Sebaik sahaja mereka sampai disempadan Siam, Pak Su nya menghalang mereka dan berlaku pergaduhan. Pak Su amat marah kepada N dan akhirnya menyebabkan N dihalau dari rumah.

Apabila N dihalau dari rumah, N terkapai kapai taidak tahu kemana hendak dituju dengan seorang anaknya  berumur 5 tahun. Pemuda Y bekerja sebagai tukang sembelih ayam di pasar. Y merasa simpati dan menumpangkan N tinggal bersama dengan nya. Berbagai cara yang cuba dilakukan untuk bernikah namun mereka menemui jalan buntu sehinggalah setelah hampir setahun hidup bersekedudukan, seorang anak luar nikah terhasil.

Satu malam pegawai penguatkuasa pencegah maksiat, JAWI mengadakan serbuan di rumah mereka dan mereka di tangkap. Mereka tidak dapat dinikahkan kerana tidak dapat menghubungi bapa N untuk pengesahan wali dan sebab beberapa prosidur yang perlu di penuhi sebelum sesuatu sesi pernikahan dijalankan untuk mereka.

Sebaik sahaja berita mengenai serbuan pegawai pencegah maksiat tersebar di sekitar kediamannya, tuan rumah menghalau pasangan haram ini. Demikian juga pemuda Y telah dibuang kerja oleh majikannya. Majikan mungkin merasa bimbangkan, takut nanti ayam yang disembelih tidak dijamin kesuciannya dan kehalalan nya kerana di sembelih oleh orang yang fasiq. Y menjadi penganggur tiada pendapatan lagi dan N tiada tempat untuk berlindung tanpa wang dan tanpa saudara. Y membawa diri menumpang dirumah kawan-kawan bujangnya tanpa wang dan tanpa pekerjaan. Sementara N pula membawa diri ke pejabat JKM Gombak. Dari sesi perbualan dan khidmat nasihat dengan N kami dapati bahwa pasangan ini memang hendak berkahwin sangat dan membela anak anak mereka (yang halal dan yang lahir di luar nikah) namun kerana kejahilan mereka buntu. Dalam keadaan sekarang mustahil kami boleh berkahwin puan , kata N kerana Y dah tidak ada wang dan tiada kerja. WIRDA memutuskan untuk menolong pasangan ini bukan setakat N seorang.

Walaupun kami memberikan perlindungan sementara tetapi kami juga mahu agar N dan suaminya dapat menjalani hidup yang lebih baik seperti orang lain apabila N keluar dari rumah ini satu hari nanti. WIRDA menguruskan dan membiayai pasangan ini untuk menghadiri (hadir wajib) kursus pra perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus perkahwinan sebagai pra-syarat untuk mohon nikah (prosidur JAWI). WIRDA menguruskan ujian HIV pasangan ini dan akhirnya mencari bapa N dalam satu proses pujuk memujuk yang panjang dan menguruskan bapanya datang dari perak ke KL untuk menjadi wali N agar dapat dinikahkan oleh imam yang diperakui oleh JAWI . Alhamdulillah semalam hari khamis jam 2.30 petang pasangan ini N dan Y telah selamat dinikahkan di Masjid Kg Baru. Doakan lah agar mereka berbahagia dan menjadi pasangan yang soleh dan solehah.

Alhamdulillah kami mendapat berita baik semalam dari seorang pegawai JAWI bahawa puan N telah mendapat bantuan untuk memulakan hidup baru dan Y pula sedang mencari kerja dan rumah untuk menyarai keluarga barunya. Kini  N masih tinggal di rumah perlindungan WIRDA sementara menunggu suaminya mendapat kerja dan rumah. Bantuan diperlukan dan   sila salurkan bantuan ke WIRDA acc.BIMB 1211-3010-0404-30 dan hubungi hotlines 013- 3545748

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s