PAS disaran letak 30 peratus ulama wanita di dalam Majis Syura

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat, sama ada PKR, DAP dan PAS hendaklah tidak dilihat mendukung amalan bahawa hak ekskusif pimpinan tertinggi parti terutamanya jawatan presiden adalah bagi kaum lelaki sahaja .

Bertolak daripada paradigma tiada hak eksklusif bagi sesuatu gender terhadap jawatan tertinggi parti, komitmen untuk membuka ruang untuk sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan di semua peringkat parti hendaklah dilaksanakan.

Semua parti dalam PR  terutama Parti Islam SeMalaysia (PAS)  perlu mengkaji semula pelaksanaan sekurang-kurangnya 30 peratus ulama wanita dalam majlis syura dan kepimpinan semua peringkat kerana ia akan menjadi satu politik baru dengan keupayaan menggerakkan satu perubahan bukan hanya bercakap tetapi telah beramal dengan memperkasa dan memberdayakan wanita dalam proses membuat keputusan.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib berkata demikian ketika berucap sebagai panel “Wacana Merberdaya Wanita” yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang di Pusat Khidmat Parlimen Gombak di Hulu Kelang baru-baru ini.

Turut menjadi  panel dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Keadilan Pusat, Zuraida Kamarudin dan Adun Taman Medan dan Haniza Talha

Beliau berkata PR hadir mahu membawa dan mengolah satu politik baru yang mampu membawa ketelusan, menghormati hak sewajarnya tanpa mengira gender, kedudukan kaum dan agama.

Pakatan Rakyat (PR) hendaklah dilihat tidak bias gender dengan rakyat bahawa semua parti dalam PR bersedia meletakkan wanita sebagai pemimpin utamanya.

Saari juga menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua masalah yang melanda negara.

Ia berdasarkan kepada tiga perspektif, pertama politik yang telah dibentuk oleh Umno iaitu “politik kronisme”, “politik persengketaan antara dalaman” dan “politik pilih kasih”.

Dalam politik Umno tidak ada budaya di atas dasar meritokrasi atau berasaskan  kelebihan, keupayaan dan kebolehan.

Cantas mencantas, jatuh menjatuh dan sanggup memilih orang yang tidak ada kelayakan asalkan ia memberi imbuhan sokongan, pengaruh sama ada dalam projek, kontrak, kedudukan dan sebagainya hingga perkara ini membarah dalam pentadbiran negara.

Umno juga memainkan politik perkauman mewujudkan sistem kouta dalam parti kompenan dan dalam pemilihan kepimpinan hingga ia menjadi budaya perkauman sempit yang tidak sensetif kepada gender, hak wanita dan meritokrasi.

Beliau juga menegaskan wanita bukan pesaing tetapi adalah rakan kongsi malah dalam konteks PR dan dalam PAS sendiri tidak ada sekatan terhadap pembabitan wanita dalam proses menegakkan keadilan sosial yang melibatkan pentadbiran negara yang telus dan demokratik.

“Ayat al_Quran menyatakan dalam banyak tempat lebih umum sifatnya bahawa wanita adalah rakan kongsi dalam perjuangan menegakkan keadilan amal makruf wannahu anil mungkar.

“Apa yang dikesalkan terdapat ayat seperti terjemahan lelaki adalah pemimpin kepada perempuan khusus untuk  hubungan suami dan isteri  mengurus rumah tangga. Adalah sesuatu yang tidak tepat jika gunakan ia untuk organisasi, kelab, persatuan, NGO apatah lagi untuk pemerintahan,” ujarnya.

Imej wanita unggul yang ditonjolkan dalam al-Quran ialah wanita yang memiliki kemandiran politik atau al-istiqlal al-siyasi, sebagaimana yang tergambar dalam peribadi Ratu Balqis yang mempunyai kerajaan super power la-ha ‘arshun ‘azim dan sebagai wanita yang memiliki kemandiran ekonomi atau al-istiqlal aliqtisadi seperti pandangan yang disaksikan Nabi Musa di Madyan terhadap dua orang wanita pengelola penternakan bapa mereka.

Al-Quran juga menampilkan imej dan identiti wanita yang memiliki kemandiran dalam menentukan pilihan peribadi atau al-istiqlal as-shakhsi yang di yakini kebenarannya, biarpun menghadapi suami bagi wanita yang telah berkeluarga atau menentang pendapat awam bagi wanita yang belum bekeluarga .

Wanita juga boleh menyuarakan kebenaran dan melakukan gerakan menentang pelbagai kemungkaran

Wanita diberi kedudukan penting dalam Islam dengan adanya sebuah surah khusus iaitu surah an-Nisa’

Tambah beliau lagi secara simboliknya al-Quran tidak pernah bersikap misogynist atau ragu terhadap wanita terhadap tugas dan peranan sosial, politik mahupun ekonomi.

Mengecualikan sesuatu gender ke atas hak untuk mendapatkan jawatan atau kedudukan kepimpinan, termasuk kepimpinan tertinggi sesebuah organisasi, tiada asasnya daripada al-quran dan as-Sunnah.

Tidak terdapat sebarang nas daripada al-Quran dan as-Sunnah yang mengecualikan wanita daripada sebarang kedudukan dan jawatan kepimpinan , kecuali wanita menjadi imam solat selain makmumnya adalah wanita.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s