Kembalikan rasa aman dan selamat kepada wanita

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

HARI Wanita Sedunia di-sambut setiap tahun pada 8hb Mac bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih 50 peratus penduduk dunia dan sambutan tahun kali ini adalah yang ke-99.

Semenjak diisytiharkan pada 1911 dalam satu Konferensi Wanita Bekerja dan diberi pengiktirafan rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1975,  masyarakat dunia telah mula memberi perhatian kepada keperluan dan kepentingan hak saksama antara kaum lelaki dan perempuan.

Satu majlis sambutan sempena Hari Wanita Sedunia telah diadakan di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah  di Shah Alam yang dihadiri  Yang Di Pertua (YDP) Pekawanis yang juga isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut , Exco dan Adun wanita kerajaan negeri bersama 400 ratus jemputan.

Wirda turut dijemput untuk menghadiri majlis itu.

Exco yang juga Pengerusi Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, ketika membaca perutusan Hari Wanita Sedunia di majlis itu menyatakan Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) mempunyai lebih 49 peratus penduduk terdiri daripada kaum wanita, cukup prihatin dan mengambilkira wanita setiap perancangan dan pembangunan negeri.

Apabila PR mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor, di dapati peratusan wanita yang menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan di sektor awam dan swasta masih tidak memuaskan.

Penyertaan wanita dalam kegiatan ekonomi juga rendah dengan kadar pengangguran di kalangan wanita adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum lelaki.

Lebih membimbangkan ialah kaum wanita masih lagi menerajui senarai atau statistik mangsa jenayah seperti rogol, ragut, keganasan seksual, keganasan rumahtangga, sumbang mahram ser-ta kegiatan  memperdagangkan manusia (human traffic-king) untuk tujuan pelacuran dan kegiatan penyeludupan dadah juga menjadikan wanita sebagai sasaran utama mereka.

Realitinya, diantara sebab yang menyumbang kepada masalah ini, adalah kerana kaum wa-nita masih belum cukup diberi penghormatan dan pengiktirafan sebagai pasangan perkongsian masyarakat yang seimbang dan setaraf (equal partnership) serta adil.

Akibat ketiadaan rasa hormat terhadap wanita ini, maka timbullah pula ketidaksamaan hak yang sudah semestinya membawa kepada pencabulan hak wanita yang berdaya.

“Pastinya, kesan langsung akibat perkara ini  akan memberi-kan impak yang negatif serta hi-langnya nikmat rasa aman dan selamat kepada wanita yang berdaya dalam memberikan  sumbangan yang maksima kepada pembangunan fizikal, ekonomi, politik dan semestinya pemba-ngunan sosial  negara dan dunia.

“Sewajarnya kita perlu me-ngambil iktibar daripada dua con-toh tauladan kepimpinan yang adil dan prihatin terhadap kaum wanita.

“Pertama bilamana Rasulullah saw sebagai pemimpin agung ditanya mengenai jaminan keselamatan dan keamanan sesebuah negara itu, Rasululah saw menegaskan salah indikasi sesebuah negara itu aman dan selamat bilamana wanita selamat berjalan pada waktu malam.

“Keduanya, seorang usahawan wanita muslim di Syam sedang berniaga telah diganggu oleh sekumpulan tentera yang rakus, apabila berita ini sampai kepada Khalifah Saidina Omar Al Khattab, beliau telah mengutus sepucuk surat kepada pemimpin negara tersebut bahawa sekiranya hak wanita itu tidak dibela seadilnya beliau akan segera mengarahkan sepasukan tentera muslimin, yang jumlahnya sepanjang dari Madinah ke negara tersebut hanya untuk  membela nasib seorang wanita,” katanya.

Satu pelan tindakan yang proaktif dan substantif serta kerjasama masyarakat terutamanya badan-badan bukan kerajaan (NGO) di buat untuk membawa satu perubahan positif yang mampu mengembalikan rasa hormat terhadap wanita dan hak saksama wanita demi pembasmian keganasan dalam sosial dan jaminan keselamatan bagi wanita.

Tambah beliau kerajaan ne-geri amat komited untuk meng-angkat martabat kaum wanita dalam Selangor dan berusaha kearah memberikan jaminan serta menyediakan sistem sokongan yang sewajarnya untuk pencapaian itu.

Sempena Hari Wanita 2010, beliau merayu  tidak kira lelaki atau wanita memainkan peranan mengembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial.

Tiada keselamatan sosial jika tiada rasa hormat dan ketidaksamaan gender dimanifestasikan.

Ketika ditanya apa fokus beliau tahun ini, Rodziah menjawab antara fokus beliau mengadakan pelbagai program memberdaya dan memperkasakan wanita dari sudut ilmu serta memberi pengiktirafan sewajarnya dan isu keselamatan kanak-kanak.

Dalam majlis itu juga kempen “Keadilan untuk Norizan Salleh” turut diadakan .

Norizan seorang ibu tunggal mendakwa menjadi mangsa keganasan sepasukan polis yang bertindak melulu pada 30 Oktober tahun lalu dan beliau telah ditembak lima das tembakan ditubuhnya sehingga cedera parah dalam satu kejadian dikejar kereta polis.

Kerajaan negeri telah menyumbangkan RM5000 untuk perbelanjaan rawatan susulan dan beliau dijanjikan pekerjaan di Selangor.


Leave a comment