Keadilan tidak kongkong wanita

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

PARTI Keadilan Rakyat (Keadilan) tidak pernah mengongkong wanita dalam semua aspek termasuk setiap idea yang dilontarkan

Malah Keadilan  sentiasa memberi seluas-luas ruang kepada wanita untuk terus menjalankan aktiviti mereka di semua peringkat malah merupakan wanita parti yang pertama meminta sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam pembuat keputusan dan kepemimpinan dalam semua peringkat.

Latar belakang ahli wanita yang berbagai di dalam parti mampu memberi idea bagaimana untuk menggerakkan parti supaya tidak terlampau konservetif atau terlalu mengikut tradisi.

Wanita Keadilan ada berbagai-bagai fesyen dan fesyen inilah sebenarnya memberi kerancakan dan satu elemen yang seronok dan tidak membosankan dan ia  satu cabaran yang kepada pemimpin.

Demikian penjelasan Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Keadilan Pusat ketika berucap sebagai panel “Wacana Memberdaya Wanita” yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang di Pusat Khidmat Parlimen Gombak di Hulu Kelang baru-baru ini..

Ahli panel dalam majlis itu ialah Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Zuraida.

Kata beliau lagi senario politik di Malaysia memerlukan penglibatan yang lebih matang, lebih intelek, lebih luas kebolehan dan pandangan jika tidak mahu ketinggalan.

“Parti Keadilan adalah parti fast-track kerana dalam 10 tahun, ia bergerak dengan cukup pantas dan memenangi 31 kerusi Parlimen dalam Pilihan raya Umum ke-12 yang lalu jika di bandingkan dengan parti lain yang lebih awal penubuhannya.

“Oleh kerana itu kita juga mesti mempunyai ahli termasuk wanita yang berfikiran fast-track juga supaya kita tidak ketinggalan,  terus maju, pantas dan dapat bersaing selaras dengan perjuangan parti dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Menurut Haniza beliau tidak setuju dengan persepsi masyarakat yang hanya mahu wanita sekadar menguruskan hal-hal rumah tangga sahaja walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi.

Sepatutnya kerajaan atau majikan telah membuat sistem sokongan yang mampu membuatkan wanita menjadi pekerja yang produktif.

Tekanan sukar mendapat cuti bersalin menjadi masalah dan halangan yang dihadapi oleh kebanyakkan wanita yang mahu melahirkan anak.

Lelaki juga lebih berpeluang berbanding dengan wanita untuk kenaikan pangkat kerana selalunya wanita perlu menjadi dua kali lebih baik dari lelaki.

Beliau juga kesal dengan Setiausaha Agung Cuepac yang menyatakan jika ramai wanita yang menduduki jawatan-jawatan tinggi ia akan membawa satu implikasi yang negatif dan ini adalah kenyataan yang mendiskriminasikan wanita.

Saari pula berkata setiap masalah yang berlaku di Malaysia ini adalah di sebabkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Ia berdasarkan kepada tiga perspektif, kerana politik yang telah dibentuk oleh Umno iaitu “politik kronisme”, “politik persengketaan antara dalaman” dan “politik pilih kasih”.

“Dalam politik Umno tidak ada budaya di atas dasar meritokrasi atau berasaskan  kelebihan, keupayaan dan kebolehan.

“Mereka sanggup cantas mencantas, jatuh menjatuh dan sanggup memilih orang yang tidak ada kelayakan asalkan ia memberi imbuhan sokongan, pengaruh sama ada dalam projek, kontrak, kedudukan dan sebagainya hingga perkara ini membarah dalam pentadbiran negara,” katanya.

Sebab itu PR hadir mahu membawa dan mengolah satu politik baru yang mampu membawa ketelusan, menghormati hak sewajarnya tanpa mengira gender, kedudukan kaum dan agama.

Beliau juga menyeru supaya semua parti dalam PR  terutama Parti Islam SeMalaysia (PAS)  mengkaji semula pelaksanaan sekurang-kurangnya 30 peratus ulama wanita dalam majlis syura dan kepimpinan semua peringkat kerana ia akan menjadi satu politik baru dengan keupayaan menggerakkan satu perubahan bukan hanya bercakap tetapi telah beramal dengan memperkasa dan memberdayakan wanita dalam proses membuat keputusan.

Tambah beliau lagi Umno juga memainkan politik perkauman mewujudkan sistem kouta dalam parti kompenan dan dalam pemilihan kepimpinan hingga ia menjadi budaya perkauman sempit yang tidak sensetif kepada gender, hak wanita dan meritokrasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s