Sukarelawan Wirda sertai Pantas bantu mangsa gempa di Padang

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

Tragedi ngeri gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera pada 30 September 2009 telah menyebabkan 1,115 kematian, 1214 cedera parah dan 1,688 cedera Ringan. Gempa pertama dengan kekuatan 7.6 skala Ritcher dengan pusat gempa (episentrum) 57 km di barat daya Kota Pariaman (00.84 LS99. 65BT) pada ke dalaman (hiposentrum) 71 km jam 17:16:WIB.  Gempa kedua pula sebesar 6.2 pada skala Ricther berpusat di 46 km tenggara Kota Sungai Penuh  pada jam 8:52 WIB dengan kedalaman 24 km  itu telah menyebabkan banyak kemusnahan harta benda,  rumah dan bangunan.

Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas)  telah turut serta untuk membantu rakyat Padang. Misi yang di ketuai oleh Pengarah Operasi Pantas, Zuraida Kamarudin merangkap Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wirda Pusat bersama sekumpulan sukarelawan telah terbang ke Padang pada fasa ke-lima. Seorang ahli Wirda juga telah turut serta dalam misi menyelamat ini.

Mereka telah memulakan operasi di daerah Parit Malintang, Pariaman, yang terdapat 9 buah kampung di dalamnya. Kemudahan asas di kawasan ini agak jauh ketinggalan. Kehidupan mereka tidak ubah seperti era 60-an. Kebanyakan penduduk di sini miskin dan bekerja sebagai petani dan bertukang. Geografi kawasan ini diliputi sawah padi, dusun tanaman dan hutan semulajadi.

Pada awalnya misinya kabur apakah bentuk bantuan yang perlu mereka salurkan kepada penduduk Padang. Sukarelawan telah menyerahkan bantuan berbentuk tilam, pakaian, dan sumbangan meterial seperti batu-bata, simen dan atap bagi membaiki rumah-rumah penduduk yang rosak dan membaikpulih surau-surau pada awalnya.

Setelah beberapa lama di sana akhirnya Pantas mendapati penduduk di sana sukar untuk mendapat bekalan air bersih.  Mereka terpaksa berjalan jauh meneruni lurah sejauh 2 hingga 5 kilometer untuk mendapatkan bekalan  air di lopak-lopak atau mata air. Airnya pula didapati kurang terjamin kebersihannya.

Memandangkan keadaan yang sukar di hadapi oleh penduduk kawasan ini akhirnya Pantas memilih untuk membina “sumur” (boring) bagi menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk tempatan. Penduduk tidak lagi perlu berjalan jauh untuk mengangkut air ke kediaman mereka.

Pantas telah membina 13 “sumur”. Setiap sebuah ” sumur” dibina dengan kos RM5 ribu. “Sumur” ini telah di bina dengan seliaan  dua orang koordinator yang mahir iaitu Norazwan Ramli dan Hamsah Jabir.  Antara kampung yang telah dipilih dibina “sumur” ini ialah Kampung Pauh, 4, Kampung Padang Baru, 1, Kampung Pasar Limau, 2, Kampung Padang Tuboh, 1, Kampung Padang Gadang, 1, Kampung Tengah, 2, Kampung Universitas Andalas, 1, Kampung Cupadak Mentawai, 1, dan sebuah sekolah rendah (SD 26).

Kejayaan membina “sumor” di daerah ini telah menyebabkan nama Pantas sentiasa berada dibibir penduduk tempatan. Mereka amat berterima kasih dengan bantuan dan sumbangan yang telah Pantas berikan kepada mereka. Setiap kali sukarelawan Pantas melalui kampung anak-anak kecil akan menjerit “terimakasih Pantas” dengan berulang-ulang sambil melambai-lambaikan tangan. Penduduk juga sentiasa  menyambut kedatangan sukarelawan Pantas dengan penuh mesra dengan menghidangkan mereka pelbagai masakan minang dan buah-buahan tempatan.

Pantas bina surau

Sukarelawan Pantas juga telah mendirikan surau untuk penduduk kampung Tangah Parit Malintang di Pariaman.

Surau yang di bina dengan kos RM50 ribu yang ditanggung sepenuhnya oleh pantas telah di beri nama sempena nama negeri “Selangor Darul Ehsan.”

Surau ini telah dirasmikan oleh Pengarah Operasi Pantas, Zuraida Kamarudin merangkap Ahli Parlimen Ampang, yang mewakili Menteri Besar selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim.

Majlis turut di hadiri oleh Wali Nagari, Syamsuadi, Camat (penghulu), AB Bujang, dan sembilan wali korun (ketua kampung) yang mewakili 9 kampung.

Aturcara yang bermula jam tiga petang dan berakhir 8.30 malam itu telah disambut  secara tradisi dan meriah oleh kira-kira 500 penduduk kampung.

Zuraida yang berucap dalam dialek minang berkata beliau mahu supaya penduduk tempatan mengimarahkan surau dan membuat aktiviti keagaamaan dan ilmuan.

“Saya berharap surau ini bukan sekadar tempat orang kampung bersembahyang tetapi juga menjalankan aktiviti pengajian untuk kanak-kanak seperti kelas mengaji dan fardhu ain.”

“Kebanyakan NGO lain lebih fokus kepada medical theraphy dan trauma healing tetapi Pantas memilih fokus kepada sosial ekonomi dan masyarakat bagi membantu penduduk Padang”.

“Walaupun rombongan kali ini adalah misi pantas yang terakhir tetapi Pantas akan terus cuba membantu rakyat Padang,” katanya.

Dalam ucapan Syamsuadi pula beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pantas dan memuji sukarelawan membantu penduduk Padang dengan ikhlas dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Beliau juga berkata Pantas akan selalu di hati penduduk Padang dan jasa mereka membantu penduduk Padang akan sentiasa diingati.

Pemeriksaan Kesihatan dan pemberian ubat  oleh Pakar Perubatan dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan)  juga telah diadakan.

Pada malamnya pula selepas solat maghrib, satu pelantikan jawatankuasa surau dan kutipan derma diadakan.

Haluan mahu bekerjasama

Kejayaan Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) membina 13 “sumur” di 9 kampung daerah Parit Malintang, Pariaman di Padang telah menarik minat  Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) untuk berkongsi kepakaran membuat “sumur’.

Haluan yang memilih Kota Pariaman sebagai Pusat Bantuan sebelum ini hanya menekankan medical theraphy dan trauma healing tertarik dengan pembinaan sumur setelah melawat sumur-sumur yang telah dibina oleh Pantas.

Menurut jurucakap Haluan, Mohd Fazlon, apa yang dilakukan oleh Pantas dengan membina sumur adalah langkah yang tepat sesuai dengan keperluan penting masyarakat tempatan yang sukar mendapatkan bekalan air di kebanyakan kawasan di Padang.

Pantas telah membantu Haluan membina sumur di Pusat Bantuan mereka di Kota Pariaman bagi kemudahan orang ramai.

Haluan juga berharap mereka dapat bekerjasa dengan Pantas dalam mana-mana operasi bantuan di masa-masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s