Majlis Sepetang Bersama YB Wanita Pakatan Rakyat jurus isu wanita

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

Bagi merapatkan lagi hubungan dan memperkenalkan wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat di Selangor dengan pendududuk di Taman Medan satu program yang di beri nama Majlis Sepetang Bersama YB Wanita Pakatan Rakyat di adakan di Dewan Serbaguna PJS 2D/11 Taman Medan yang di anjurkan oleh Wanita Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Majlis ini telah dihadiri oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, Adun Seri Setia, Nik Nazmi dan Ketua Muslimat PAS kawasan PJS Selatan, Norliana Mohamad.

Wirda juga turut dijemput untuk menyertai program ini.

Kira-kira 300 pendududuk sekitar Taman Medan dengan pelbagai acara menarik di sediakan antaranya pertunjukan slide, cabutan nombor bertuah dan wakil rakyat membuat demonstrasi memasak nasi goreng.

Kaunter mesra Usia Emas, Tawas dan daftar pemilih juga di buka dalam program itu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan penerangan khidmat nasihat.

Ucapan-ucapan dari wakil rakyat yang hadir juga lebih menjurus kepada  isu-isu wanita.

Haniza yang berucap di majlis itu berharap perjumpaan yang diadakan ini dapat menjalinkan hubungan mesra antara wakil rakyat dan penduduk yang mana tugas wakil rakyat adalah untuk memberi khidmat keselesaan dan kesejahteraan kepada  rakyat.

Kata beliau lagi usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) sentiasa prihatin terhadap keperluan wanita khususnya di Selangor.

Antara usaha-usaha kerajaan negeri adalah memberi cuti bersalin kepada wanita yang bekerja dan Selangor adalah negeri yang pertama membuat langkah seperti itu. Wanita yang kehilangan suami pula (meninggal dunia) di beri cuti selama sebulan dengan gaji kepada mereka yang bekerja.

Selangor menjadi contoh kepada lain-lain negeri untuk mengangkat mertabat wanita di negara ini.

Menurut Haniza lagi bagi ibu tunggal kerajaan Selangor membantu mereka dengan memberi bantuan kewangan dan menyediakan kursus-kursus dan kelas-kelas perniagaan yang dapat menjana pendapatan supaya mereka dapat berdikari dan tidak bergantung kepada sumbangan semata-mata.

Kepada mereka yang memerlukan modal untuk perniagaan, kerajaan negeri di bawah Projek Blue Print boleh memberi bantuan perniagaan kecil yang berjumlah RM10 ribu ke bawah.

Oleh kerana ramai wanita yang di dapati  menderita secara senyap iaitu wanita yang tidak bekerja  didera secara mental atau fizikal oleh pasangan mereka, bengkel celik undang-undang yang menerangkan hak-hak wanita dan dicarikan peguam jika mereka membawanya ke mahkamah.

“Tiada manusia boleh mencaci atau menghina manusia lain, jadi wanita perlu menuntut hak mereka supaya mereka dilayang dengan baik dan jika kita mahu hak kita, kita perlu tahu kat kita. Jangan harap orang lain akan beri hak kita sebaliknya kita mesti belajar seperti yang diterangkan dalam bengkel undang-undang yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Menurut Nik Nazmi pula semangat Pakatan Rakya terbeza dengan semangat Barisan Nasional dalam isu wanita, kerana isu wanita bukan hanya dibawa oleh wanita malah wakil rakyat lelaki juga membawa isu wanita berbeza dengan Barisan Nasional isu wanita hanya dibawa oleh wakil rakyat wanita sahaja.

Barisan Nasional hanya melihat wanita dengan tujuan mendapatkan undi dan menggunakan mereka sebagai jentera yang aktif semata-mata dalam pilihan raya sahaja tetapi mereka tidak melhat isu-isu wanita sebagai isu arus perdana yang harus mereka bawa.

“Berbeza dengan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Seri Khalid Ibrahim yang melantik empat dari 10 Exco adalah wanita bersamaan menunjukkan buat kali pertama di Selangor  dalam sejarah negara kita  40 peratus Exco adalah wanita.

“Ini adalah bilangan paling tinggi dan mereka pula bukan hanya mewakili isu wanita atau isu kebajikan yang biasa diletakkan kepada wakil rakyat wanita tetapi juga mewakili berbagai-bagi tanggungjawab pembahagian tugas Exco yang penting kepada Selangor,” katanya.

One Stop Crisis Centre (OSCC) juga di perkenalkan semula bagi menangani isu-isu penderaan dan penganiyaan ke atas wanita di Selangor.

Semua yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah tanda pengiktirafan terhadap wanita dalam pengorbanan yang dimainkan oleh mereka pada hari ini.

Menurut Zuraida pula 52 peratus daripada penduduk Malaysia dalah wanita dan sewajarnya wanita mendapat hak mereka supaya mereka dapat merasa hidup yang aman, selamat dan selesa.

“Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mahu menjaga wanita dengan baik kerana wanitalah yang mendidik anak -anak supaya menjadi pemimpin dan orang yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara.

“Wanita Malaysia mesti pandai baru negara maju. Kalau wanita Malaysia tidak pandai negara tidak boleh maju,” katanya.

Wanita yang mengandung, melahirkan anak,  menyusu anak, mendidik  tidak diberi gaji tetapi sumbangan mereka adalah besar dan perlu diiktiraf jadi sewajarnya  kerajaan memikirkan merangka satu program  yang dapat menfaatkan pembahagian kekayaan negara secara adil terutama kepada wanita.

“Kerajaan mesti berusaha agar kehidupan wanita di Malaysia adalah lebih baik dari yang ada sekarang. Tidak patut berlaku lagi hospital yang kekurangan katil jika ada wanita yang mahu melahirkan anak seperti yang berlaku di zaman datuk nenek kita. Tidak boleh lagi berlaku kekurangan doktor dan kehabisan ubat.

“Sepatutnya semua perkhidmatan yang membabitkat wanita perlulah di naik taraf sama seperti di negara maju malah perlu lebih baik lagi,” ujarnya lagi.

Majlis diakhiri dengan jamuan rakyat dan pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang cabutan nombor bertuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s