Wirda lancar kutipan derma untuk bina ‘rumah perlindungan wanita’

WIRDA mengambil ambil kesempatan untuk memungut derma bagi membina rumah perlindungan wanita yang diberi nama Rumah Mawar.

Kutipan ini dijalankan ketika berlangsungnya Wacana Gender: Keadilan Sosial dan Perspektif Gender di sebuah hotel terkemuka di Ampang yang telah di rasmikan oleh Adun Sungai Pahang, merangkap speaker Dun negeri Selangor, Teng Chang Kim yang mewakili Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim..

Pengarah Wirda Selangor, Ir Endok Sempo berkata Wirda Selangor sedang mengusahakan projek pengoperasian Rumah Perlindungan  Wanita (Rumah Mawar) di kawasan Ampang,Gombak dan Selayang.

“Rumah Mawar merupakan rumah kebajikan dan beroperasi tanpa keuntungan untuk memberikan perlindungan kepada wanita yang teraniya.”

“Wanita teraniaya termasuk wanita yang didera dalam kes keganasan rumahtangga, diceraikan suami tanpa tempat tinggal, dihalau keluarga dan tidak tahu kemana akan pergi atau tidak mampu untuk menyewa tempat tinggal yang boleh dipanggil rumah,” katanya

Tambahnya lagi keperluan mendesak rumah terkini ialah mengumpul dana RM10,000 untuk melakukan beberapa kerja pembaikan (repair works) bagi bilik air dan tandas dan sistem bekalan air ke bahagian dapur dan mengecat untuk mengembalikan suasana keceriaan rumah tersebut. Kerja pembaikan dan mengecat ini memerlukan kos RM4,000.

Dalam masa yang sama rumah Mawar ini memerlukan perabot asas di bilik tidur, di ruang rehat dan perkakasan dapur antaranya  tikar, almari pakaian, set TV, set sofa, kerusi meja, rak-rak serbaguna dan dapur serta tong gas.

Beliau merayu kepada orang ramai agar dapat menderma atau menyumbang kepada rumah ini sama ada kecil atau besar sekaligus menyokong Wirda Selangor memanjangkan khidmat ini dalam usaha menyediakan susana kehidupan yang lebih bermakna bagi mangsa dan kepentingan untuk menyerlahkan jati diri wanita demi kelangsungan kehidupan yang aman damai di dunia ini.

Sumbangan ikhlas dari para dermawan untuk tujuan mulia ini membolehkan  Wirda Selangor membaiki kerosakan bangunan rumah, menyediakan keperluan asas sekaligus mencipta suasana ceria bagi rumah perlindungan wanita yang sangat memerlukan bantuan ini..

Segala sumbangan berbentuk kewangan boleh dimasukkan ke dalam akaun akaun BIMB nombor 1211-3010-0363-22 atas nama  Women Institute For Research  Development and Advancement (WIRDA) atau hubungi  Ir Endok Sempo  ditalian  012- 2292604, 03-41085128/41070104/41475307 atau fax: 03-41075237 untuk sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s