Wirda dan Kerajaan Negeri Selangor anjur Wacana Gender

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

Jika selama ini wanita hanya di anggap pembantu keluarga kepada lelaki namun kemampuan wanitauntuk bersaing dengan lelaki telah melahirkan ledakan tuntutan hak kepada kaum hawa itu.

Institiut Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita atau Women’s Institute for Research, Development and Advancement, (Wirda) yang merupakan sebuah organisasi wanita tanpa keuntungan (Non Profit Organisation) yang berdaftar dengan ROS sejak 2003 telah mengambil satu insentif bersama kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Wacana Gender: Keadilan Sosial dan Perspektif Gender di sebuah hotel di Ampang.

Wacana ini telah dihadiri oleh 250 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan ia telah dirasmikan oleh Adun Sungai Pahang, merangkap speaker Dun negeri Selangor, Teng Chang Kim yang mewakili Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim.

Tujuan wacana ini adalah untuk memberi penerangan yang jelas maksud dan matlamat gender mengikut keadaan di Malaysia,  berbincang dan merealisasikan gender.

Wacana ini telah diadakan selama dua hari dengan pembentang kertas kerja di hari pertama ialah mantan Timbalan Menteri Kementerian Pemberdayaan Perempuan Indonesia, Dr Yusof Supiandi dan hari kedua ialah aktivis wanita, Dr. Cecilia Ng dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib serta Sesi Interaksi Wacana Gender bertajuk  Wanita dalam kepemimpinan –Hala Tuju dan Masa Depan, ahli panel terdiri daripada Dr Yusuf Supiandi, Dr Cecilia Ng, Saari Sungib, Dr Maznah Mohamad dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin.

Menurut Dr Yusof ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Wacana Gender: Kepentingan Wanita berkata Melalui statistik dan fakta daripada beberapa negara di dunia kedudukan wanita membuat keputusan dalam politik secara globalnya adalah sangat rendah dengan purata hanya 13.6 peratus kecuali bagi negara-negara Nordic (Sweden, Norway dan Findland).

Negara-negara Nordic telah mencapai angka purata 40 peratus sedangkan di asia Pasifik 15 peratu, Indonesia 11 peratus , Malaysia  hanya sekadar 9.6 peratus, negara-negara Arab 7 peratus manakala negara lain seperti Afrika Selatan yang sudah terlepas daripada cengkaman diskriminasi warna kulit (apartheid) mencapai angka sehingga 30 peratus dalam legislatif.

Menurut Dr Yusof lagi sasaran 30 peratus kaum Hawa membuat keputusan masih terlalu jauh di Malaysia.

“Angka yang ada menunjukkan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu berusaha lebh keras untuk memberi penerangan yang lebih meluas kepada umum apa itu gender.”

“Kaum wanita sepatutnya diberi tempat dan hak mereka dalam bermasyarakat dan bernegara,” ujarnya lagi.

Bagi Zuraidah yang juga Ketua Wirda Pusat berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan prasarana sokongan kepada wanita supaya wanita tidak terpinggir dari menunaikan pengisian bagi memajukan negara.

“Sepatutnya kerajaan menyediakan prasarana sokongan kepada wanita di negara ini supaya mereka tidak ketinggalan dalam memajukan negara.”

“Wanita sekarang berada dalam dilema kerana diberi dua tugas dalam satu masa iaitu mendidik anak dam kerjaya.”

“Akhirnya wanita terpaksa memilih antara mendidik anak atau kerjaya dan akhirnya mereka memilih untuk mendidik anak dan meninggalkan kerjaya kerana tidak mahu anak mendapat didikan yang rendah kualiti seperti daripada pembantu rumah sedangkan anak itu sepatutnya mendapat pendidikan kualiti yang tinggi kerana ibunya seorang yang berilmu, mempunyai kebolehan atau kepakaran dalam sesuatu bidang,” katanya.

Tambahnya lagi, akibat dari pilihan ibu tadi negara telah kehilangan seorang wanita yang sepatutnya dapat menyumbang ke arah kemajuan negara dan ini adalah kerugian kepada negara.

Beliau menyarankan supaya kerajaan dapat  memikirkan bagaimana nursery dapat menyediakan guru yang terlatih dan berilmu dan mempunyai pendapatan yang tinggi agar anak yang dihantar ke nursery ini dapat pendidikan dengan kualiti yang tinggi.

Beliau kesal dengan ketidakupayaan Menteri Hal Ehwal Wanita, Datuk Sahrizat Jalil kerana tidak berupaya menerangkan dan memberi kefahaman kepada kerajaan  BN apa itu maksud gender.

Kerajaan tidak merealisasikan gender yang meletakkan sasaran 30 peratus wanita pembuat keputusan dalam kerajaan sedangkan penduduk Malaysia mempunyai 52 peratus wanita.

Dalam wacana itu juga Zuraida telah menyampaikan Resolusi Wacana kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis di akhiri dengan ucapan dan perasmian penutup oleh Anwar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s