Perjuangan Gender Harus di dokong oleh semua pihak

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim berkata beliau percaya dengan adanya Wacana Gender: Keadilan Sosial dan Perspektif Gender anjuran bersama Kerajaan Negeri dan Institiut Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita atau Women’s Institute for Research, Development and Advancement (Wirda) yang di adakan di sebuah hotel di Ampang dapat memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk berkongsi idea dan pengalaman.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh oleh Adun Sungai Pahang, merangkap speaker Dun negeri Selangor, Teng Chang Kim yang mewakili Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim.

“Perkara yang lebih penting adalah memberikan penerangan dengan jelas  kepada orang ramai tentang konsep gender atau jantina yang bersesuaian dengan masyarakat Malaysia hari ini.

“Seterusnya proses untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus kedudukan wanita dalam barisan pembuat keputusan dan kepemimpinan negeri khususnya, sebagaimana saya umumkan semasa pembentangan bajet 2010 negeri Selangor pada oktober tahun lepas dapat dicapai.”

“Sesungguhnya isu pemberdayaan dan pengarus utamaan gender sudah lama menjadi perbahasan hangat di negara-negara maju dan sedang membangun.”

“Perjuangan ini memerlukan golongan pencetus dan perintis  yang berjiwa besar bersikap jujur dan tidak mudah mengalah.” katanya.

Menurut beliau lagi usaha ini wajar disokong dan di dokong oleh semua yang mampu berfikir dengan ikhlas dan lantas mahu mencari jalan keluar yang paling baik. ini alah fitrah milik semua.

Pra syarat utama adalah penjelasan konsep gender yang hendak dijadikan akar tunjang perjuangan diikuti ilmu pengetahuan yang fundamental yang dijalin dengan kaedah kreatif dan kontemporari.

Tangan lembut si wanita yang menghayun buaian pasti bisa menggoncang dunia, demikianlah suara wanita yang mewakili perjuangan ini.

Suara ini mestilah lantang kedengaran untuk mewarnai pola pemikiran umum yang masih kabur tentang gender yang sebenarnya. Walhal dalam ajaran Islam golongan wanita telah lama dimartabatkan darjatnya lantaran  syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.

Dalam kehidupan bernegara sewajarnya golongan Hawa ini menduduki setiap lapisan pembuat keputusan agar dasar, perancangan dan pengoperasian program menepati perspektif gender yang tentunya berupaya manatijahkan keadilan sosial khususnya dalam pengagihan pendapatan dan sumber-sumber tenaga serta perkhidmatan yang menepati keperluan dan piawaian masa kini.

Beliau juga berkata, Kerajaan Negeri Selangor komited dan bersedia menyokong usaha-usahapemberdayaan  dan pengarus utamaan gender khususnya dalam pentadbiran negeri Selangor.

Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail telah mengaktifkan fungsi pusat sehenti One Stop Crisis Centre (OSCC) yang membawa kempen isu keganasan terhadap insan khususnya wanita.

Khalid juga berharap Selangor menjadi pemimpin pertama yang segera mengusahakan proses mengembalikan rasa nikmat, selamat dan aman kepada wanita yang bermastautin di Selangor.

Pada masa yang sama golongan wanita mestilah berprestijkan keterbukaan yang luas di samping mempunyai keupayaan melaksanakan pengisian  gender dan berpegang kepada prinsip yang mantap dan tidak goyah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s