Training Workshop on “Empowering Grassroot Women Leadership”

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

Pada 5 November lalu Wirda telah menghantar 3 orang wakil ke Training Workshop on “Empowering Grassroot Women Leadership” anjuran Persatuan Guru Tadika Malaysia (PGT), Jass Southeast Asia dan Komas bertempat di Hotel Citrus, Kuala Lumpur.

Program ini berlangsung selama 5 hari bertujuan untuk memperkasakan kepemimpinan wanita akar umbi, menambah keyakinan diri dalam memainkan peranan dalam kepemimpinan sesebuah organisasi dan memberi kesedaran hak-hak wanita.

Program ini adalah susulan dari International “Seminar in Women Empowerment” yang telah diadakan di Afrika Selatan tidak lama dulu.

Antara NGO dan parti politik yang menyertai program ini ialah Wirda, Parti Keadilan Rakyat, SPNS, JKOAP, PACOS, WAOYMCA, PT Foundation dan lain-lain

Program ini diadakan dalam suasana santai dan simple. Mesej disampaikan dengan berbagai cara antaranya mesej telah diolah dalam bentuk lakonan, permainan dan aktiviti berkumpulan.

Aktiviti secara berkumpulan dan juga acara permainan dapat mengasah minda peserta. Permainan secara berkumpulan juga dapat merapatkan silaturahim sesama peserta yang berbilang kaum. Permainan ‘Kawan curi kawan’, ‘pilih meja makan’, ‘bisik membisik’, ‘kucing dan tikus’ dan berbagai lagi yang begitu menarik dan tidak membosankan.

Selain itu aktiviti bersukan juga diadakan seperti acara futsal dengan satu pasukan yang dikat kaki dan tangan dan satu pasukan lagi ditutup matanya. Acara ini menyuruh kita berusaha hingga berjaya walaupun ada kekurangan pada setiap pasukan. Ini boleh menjadikan seseorang itu dapat berdaya saing dalam apa jua keadaan.

Sesi tayangan video mengenai wanita meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati setiap peserta.

Penganjur begitu bijak sehingga menjadikan setiap sesi program dapat dijiwaidan tidak membuatkan peserta menjadi bosan.

Program ini antaranya membantu peserta memahami situasi ekonomi global dan peranan mereka dalam kepemimpinan setempat dari pelbagai masyarakat, bertukar-tukar fikiran dan memperkasakan kepemimpinan  wanita di akar umbi dan kesetaraan gender.

Adalah di harap pada masa-masa akan datang Wirda akan terus menyertai program seperti ini kerana ia mampu melahirkan pemimpin wanita yang kuat jati diri dan mempunyai kekuatan menghadapi cabaran dalam misi memartabatkan wanita di mata dunia.

Sekian. Wassalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s