Wirda komited perkenal OSCC

Wirda adalah akronim bagi Women’s Institute for Research Development and Advancement atau Institut Penyelilidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita sebuah badan NGO. Organisasi wanita ini berteraskan ilmu, kebajikan, mempromosikan penambahbaikan diri sendiri, keluarga dan komuniti yang juga menekankan semangat persaudaraan dan kasih sayang. Visi Wirda adalah menonjolkan wanita sebagai pemimpin efektif dan berani yang membawa perubahan sesuai dengan dasar wanita negara.

Di samping itu Wirda juga menjalankan kerja-kerja sukarelawan, kebajikan dan penerangan kepada masyarakat.

Di atas dasar itulah Wirda telah diamanahkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita negeri Selangor untuk mempromosikan ‘Kempen Kesedaran Wanita OSCC’ (One Stop Crisis Centre) atau Pusat Krisis Sehenti di beberapa Dun di sekitar Selangor.

Program kempen ini diketuai oleh Pengarah Wirda Selangor, Ir Hajah Endok Sempo Hj Mohd Tahir dan Pengarah Wirda Gombak, Faridah Abd Karim serta petugas Wirda bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan OSCC dan fungsinya kepada masyrakat.

OSCC diwujudkan untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga, dera, liwat, cabul, dan rogol.

OSCC ditubuhkan pada 1997. Ia adalah satu pusat khidmat yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa serta memberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.

Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan juga mempunyai OSCC yang mempunyai kakitangan yang terlatih yang ditugaskan merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa yang datang. Mangsa yang datang bukan sahaja di beri rawatan fizikal tetapi akan diberi perlindungan sewajarnya termasuk menyediakan tempat tinggal serta di asingkan daripada pesakit-pesakit biasa supaya mangsa tidak bersa malu dan takut. Pegawai polis juga turut ditugaskan untuk mengambil keterangan daripada mangsa dan dibuat laporan polis pada masa yang sama.

Pelbagai agensi juga akan memberi bantuan kepada mangsa seperti polis, NGO, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Peguam dan Biro Bantuan Guaman.

Mangsa juga boleh mendapatkan bantuan guaman dan nasihat dari Biro Bantuan Guaman.

Kesabaran dan kegigihan Wirda Selangor menjalankan Kempen OSCC ini telah dibuktikan dengan kempen yang telah dijalankan oleh mereka mendapat sambutan yang baik dan reaksi positif dari masyarakat. Program kesedaran wanita OSCC ini telah di adakan di Dun Lembah Jaya, Templer, Taman Megah, Gombak Setia, Teratai, Cempaka dan Bukit Antarabangsa. Program ini akan terus bergerak kebeberapa Dun yang telah dikenal pasti.

Menurut Pengarah Wirda Selangor, Ir Endok Sempo, program yang dijalankan oleh Wirda bukan hanya setakat memberi penerangan sahaja tetapi juga bertujuan untuk mengubah minda masyarakat supaya lebih prihatan terhadap isu ini. Dengan ini masyarakat akan tahu tanggungjawab mereka dalam menghadapi kes seperti ini.

“Kita akan terus komited dalam menjayakan program kesedaran wanita OSCC bagi membantu mereka yang menghadapi masalah seperti ini.

“Adalah diharap masyarakat juga sedar akan tanggungjawab mereka sebagai ahli masyarat.

“Kita juga berharap program yang dijalankan ini bukan hanya disertai oleh golongan wanita tetapi juga oleh golongan lelaki,” katanya ketika di temui di pejabatnya di Hulu Kelang.

Bagi Pengarah Wirda Gombak, Faridah Abd Karim pula berharap agar program kempen kesedaran wanita OSCC ini dapat dijalankan secara berterusan dan secara susulan. Ini adalah supaya setiap program ada keberkesanannya dan dapat mencapai matlamat bagi membela nasib wanita yang didera atau menghadapi masalah.

“Apa yang penting dalam menyelesaikan kes-kes penderaan terhadap wanita ini adalah kerjasama daripada setiap anggota masyarakat. Jika mereka dapat memainkan peranan secara bersama insyaAllah gejala seperti dera, rogol, liwat dan keganasan rumahtangga ini dapat dikurangkan,” katanya.

Petugas Wirda juga komited dalam setiap tugas dan arahan yang diberikan. Mereka berasa bangga kerana dapat menyumbangkan tenaga dan idea dalam mempromosikan program kempen kesedaran wanita OSCC ini.

Perkara yang penting kepada mereka ialah setiap golongan wanita mesti mendapat pembelaan. Ini akan menjadikan wanita dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan selamat tanpa rasa takut.

Menjelang Ramadhan tahun ini Wirda Selangor telah merancang beberapa program antaranya berbuka puasa bersama anak-anak yatim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s