Unik- Kempen OSCC Dun Bukit Antarabangsa

8 Ogos 2009

Program kempen keganasan rumahtangga di DUN Bukit Antarabngsa memang unik! kerana ramai kaum Adam yang hadir dan mereka melibatkan diri dengan aktif sekali dalam sesi soal jawab forum.

SAMBUTAN secara keseluruhannya daripada penduduk DUN Bukit Antarabangsa sangat menggalakkan dengan kehadiran 90 orang dewasa dan 26 orang kanak-kanak. Ini kerana penyelaras ADUN memberi kerjasama yang baik dengan mengadakan mesyuarat pra-program bersama ketua-ketua komuniti dan ahli majlis. Penyelaras DUN Bukit Antarabangsa, Encik Roslin Rosli telah meminta komitmen daripada ketua-ketua komuniti untuk menghantar wakil, dari institusi masjid, kuil, dan tokong.

Antara VIP yang hadir adalah YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang) yang sekaligus memberikan ucapan penutup program kempen ini, Tn. Hj Izzuddin (Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya & Ketua Kampung Bukit Antarabangsa), Tan Hua Meng mewakili komuniti masyarakat cina Pekan Ampang, R Logendren mewakili komuniti Flat Pandan Mesra, Puan Hayati Samad  (Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya), Nor Intan bte Mohd Ali sebagai Ketua Wanita Keadilan serta Rodziah Asnahan mewakili Muslimat PAS.

Majlis telah dirasmikan oleh penyelaras ADUN Che’ Roslin b. Rosli dan telah ditutup oleh YB Zuraidah Kamarudin.

Pada kali ini, kehadiran kaum lelaki lebih ramai daripada kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa subjek keganasan rumahtangga begitu mendapat perhatian dari kalangan kaum lelaki yang duduk di kawasan bandar.

Ceramah untuk modul 1: Katakan tidak kepada keganasan rumahtangga disampaikan oleh Puan Ir Hjh Endok Sempo bt M Tahir,manakala forum pula di kelolakan oleh Dr Patmawati binti Ibrahim sebagai moderator pilihan utama merangkap ketua unit R & D WIRDA Selangor.

Ahli-ahli panel terdiri daripada:

1. Dr Kamaruzaman Abd Karim(Jabatan Kecemasan Hospital Ampang).

2. En. Mad Ariffin b. Hj Razali (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak).

3. Puan ASP Shaheela bte Abu Bakar ( Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang) 

4. Tuan Hj Ahmad bin Daud  (Peguambela dan peguamcara dari Ahad Daud & Co yang juga merupakan ahli BAR council) 

Lebih kurang 50 peratus yang hadir pernah mendengar mengenai OSCC tetapi kurang mengetahui caranya beroperasi.

Penduduk mengharapkan agar program-program kesedaran seperti ini  selalu diadakan di kawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat  ADUN tetapi sehingga sampai ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Penglibatan media.

Pihak WIRDA telah memanggil beberapa wakil media untuk membuat liputan mengenai program ini, tetapi malangnya mereka tidak dapat hadir pada hari tersebut, kerana banyak program-program nasional berjalan serentak.

Kesimpulan:

Program berjalan dengan jayanya. Walaupun kehadiran tidak mencapai 100 orang (kurang sedikit)  namun peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif kerana program ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota  polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s