20 JULAI 2009
KARNIVAL AMPANG Jaya yang diadakan dari 17 sehingga 19 Julai 2009 merupakan puncak kempen OSCC yang amat berjaya kerana karnival ini menggabungkan aktiviti kempen OSCC dua DUN, ie DUN Cempaka dan Teratai. WIRDA Selangor mendapat kerjasama yang baik dari wakil ADUN Cempaka, Encik Rozi bin Man dan ADUN Teratai , Jennice Yung Hua dan wakilnya, Jennifer K.H. Tnew (Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya).
Majlis dipengerusikan oleh Puan Syarifah Norhayati Syed Omar, Moderator forum ialah Dr Patmawati Ibrahim, manakala ahli panel terdiri dari:
1.Dr Normaimun bte Musni(Jabatan Kecemasan Hospital Ampang).
2. Puan Nor Adelin bte Nordin (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat).
3. Puan ASP Shaheela bte Abu Bakar ( Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang).
4 Puan Afzan Harrison Zainuddin (Peguambela dan peguamcara dan ahli BAR council)
Sambutan daripada penduduk seluruh Ampang Jaya amnya dan penduduk DUN Cempaka dan DUN Teratai khasnya sangat menggalakkan, dengan kehadiran peserta yang didaftarkan seramai 245 orang.
Pada kali ini tidak diadakan peraduan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak kerana ada acara-acara lain anjuran pihak karnival yang lebih menarik dan sesuai.Secara keseluruhan karnival ini dikunjungi oleh lebih 10,000 orang selama dua hari 3 malam dengan pelbagai acara.
Penyelaras ADUN Cempaka mencadangkan untuk bekerjasama dengan MPAJ dalam menjalankan program Karnival MPAJ, penyelaras ADUN Teratai pula bersetuju untuk menggabungkan program OSCC dalam karnival tersebut. Tujuannya adalah utuk mengambil peluang ini untuk memberi penerangan kepada seramai mungkin rakyat di kawasan Ampang Jaya.
MPAJ telah mengedarkan 10 ribu handills dan leaflet dan lebih 200 keping bunting di kawasan-kawasan strategik MPAJ. Dalam karnival ini, WIRDA Selangor dengan kerjasama DUN Cempaka telah menyewa satu gerai khas untuk OSCC. DUN Teratai telah menyediakan berbagai hadiah nombor bertuah untuk peserta yang datang awal dan memebrikan feedback yang bai.
Karnival ini berlangsung selama 2 hari 3 malam. Sepanjang karnival berjalan WIRDA telah memberi penerangan dan mengedarankan leaflet kepada umum. MPAJ telah berikan slot forum OSCC bermula pada pagi Sabtu 8.30 pagi sehinggu pukul 11 tengahari.
Lebih kurang 50 peratus yang hadir pernah mendengar mengenai OSCC tetapi kurang mengetahui caranya beroperasi.
Maklumbalas dari kaum China yang hadir ialah mereka mahukan modul dalam bahasa mandarin untuk lebih memahami dan mendalami isu keganasan rumahtangga. Mereka juga mahukan agar special program diadakan khusus untuk kaum China dan diadakan dalam bahasa Mandarin di taman taman perumahan yang majoriti kaum china.
Penduduk mengharapkan agar program-program kesedaran seperti ini selalu diadakan di kawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat ADUN tetapi sehingga sampai ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.
Penglibatan media.
Pihak WIRDA telah memanggil beberapa wakil media untuk membuat liputanmengenai program ini, ada beberapa wartawan media perdana yang hadir tetapi malangnya berita mengenainya belum dikeluarkan.
Program berjalan dengan jayanya. Walaupun kehadiran sedikit namun peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif keranaprogram ini menarik, berkesan dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan
rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan. Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.
Laporan disediakan oleh
Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir
Pengarah WIRDA Selangor