Kempen Kesedaran OSCC Dun Semenyih


28 Jun 2009,

WIRDA Selangor mengadakan kerjasama erat dengan wakil ADUN Semenyih, Encik Mohd Ali Hanafiah. Kerja-kerja  promosi dan  hebahan oleh pihak ADUN telah membuat yang terbaik i.e sebanyak 3000 handbills dicetak dan  telah diedarkan kepada orang ramai dan pengumuman program di masjid dan surau semasa solat jumaat dua hari sebelum program  diadakan. Penyelaras ADUN dengan kerjasama Ketua wanita Keadilan Semenyih, Muslimat PAS telah membuat jemputan dan hebahan mengenainya.  Ketua komuniti Kaum India di estet-estet telah memberikan komitmen untuk menghantar wakil. Namun   sambutan dari penduduk sekitar amat mengecewakan kerana secara tiba tiba banyak pula program yang dijalankan serentak di saat-saat terakhir.

Pada sehari sebelum program diadakan ada seorang pengusaha nursery (sponsor) berjanji untuk  menyediakan secara percuma bunga-bunga dalam  pasu sebanyak  satu lori sebagai penghias dewan untuk  program ini, namun di saat saat akhir dia menarik balik niatnya. Ini menyebabkan majlls kurang meriah, lain yang dijangka lain yang terjadi.

Puan  Zawiah binti Mohd Amin telah menyampaikan ucaputama yang  menerangkan Modul 1:  Katakan Tidak! Kepada keganasan   rumahtangga dan gangguan seksualiti. Puan Ir Endok Sempo binti M Tahir adalah moderator bagi Modul 2 : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan OSCC dan persembahan multimedia. Tiada doktor yang hadir – doktor telah salah faham kerana kekeliruan dengan program yang sama dibuat serentak diadakan di  Meru.

Ahli panel yang hadir ialah    Pn.  Noradelin binti Nordin(Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat), Inspektor Asmah Bt Ahmad ( Pegawai khas seksualiti dari Ibu   Pejabat Polis Daerah Kajang) dan Puan Afzan Harrison  Zainuddin  (Peguambela & Peguam Cara dari BAR Council ) 

Dewan yang terletak ditengah kawasan bandar yang agak jauh dari kawasan perumahan mungkin menyebabkan orang ramai sukar untuk hadir. Dengan kehadiran seramai 44 orang dewasa dan 12 kanak-kanak program tetap diteruskan kerana orang yang hadir menunjukkan minat yang tinggi semasa perogram berjalan.

  1. Antara VIP yang hadir ialah 2 orang Ahli Majlis Perbandaran KAJANG, Nazir Masjid Pekan Semenyih,
  2. R Velayuthan sebagai ketua komuniti Masyarakat India dari Ladang semenyih. En R Rajan A/L Muniandy wakil Kuil Kesuma Lake Taman Ricing dan En. Mansor Osman- Ketua Cawangan PKR Tasik Kesuma 

Ada berlaku kekeliruan semasa memberi arahan kepada doktor dari hospital Serdang. Doktor yang seharusnya datang ke Semenyih telah  tersalah faham dan beliau telah pergi ke program OSCC Meru.

Seperti biasa lebih 90 peratus peserta seolah olah tidak pernah tahu mengenai kewujudan OSCC dan peranannya. Jadi program ini membuka mata mereka mengenai isu yang dekat dengan wanita ini. Mereka merasa terbela dan dibela.

Ahli majlis bandaran dan ketua-ketua komuniti telah hadir ke program ini.

Penduduk mengharapkan agar program program kesedaran seperti ini  selalu diadakan di kawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat  ADUN tetapi sehingga sampai ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Penglibatan media.

Pihak Sekretariat dan  WIRDA telah menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan. Hanya seorang wakil media, wakil akhbar Sinar Harian yang hadir namun berita mengenai program ini tidak keluar dalam berita  Sinar Harian.

Kesimpulan:

Program berjalan dengan jayanya. Walaupun kehadiran sedikit namun peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif kerana program ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh

Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s