Kempen OSCC Dun Gombak Setia

21 Jun 2009, SAMBUTAN terhadap program kempen dari penduduk sekitar amat menggalakan sehingga melebihi kuota. Kehadiran seramai 144 orang dewasa dan 82 kanak-kanak menjadikan makanan yang di’budget’ kan untuk 100 pak ditambah lagi sebanyak 100 pak, namun masih juga tidak mencukupi.  Kehadiran anak anak yang diluar jangkaaan ialah kerana adanya slot program peraduan melukis dan mewarna.

Penyelaras ADUN telah mengadakan hebahan yang sangat baik dan menggantung banner-banner tambahan seminggu sebelum program diadakan. Beberapa ribu ‘handbills’ dan leaflet mengenai program ini diedarkan di semua kawasan perumahan, taman, rumah pangsa, surau dan masjid.

Pihak penganjur mendapat kerjasama yang baik daripada Muslimat PAS, dan Wanita Keadilan dan NGO-NGO yang lain. Penduduk kawasan DUN Gombak Setia menunggu  menunggu program ilmiah dan informatif berguna seperti ini. Lebih 90 peratus seolah olah tidak pernah tahu mengenai kewujudan OSCC apatahlagi mengenai peranannya. Jadi program ini membuka mata mereka mengenai isu yang dekat dengan wanita ini. Mereka merasa terbela dan dibela.

Ahli majlis bandaran dan ketua-ketua komuniti telah hadir ke program ini. Oleh kerana YB Rodziah Ismail tidak dapat hadir, majlis telah dirasmikan oleh seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang, En. Mohd Radzi Yusof. Ketua komuniti kaum india dan kaum cina juga turut hadir. Puan Norhapipah selaku Ahli Majlis Perbandaran Selayang juga turut hadir.

Wakil Penduduk dari kelompok rumah pangsa dan taman-taman yang berdekatan juga meraikan program yang julung2 kali diadakan di kawasan mereka. Penduduk mengharapkan agar program program kesedaran seperti ini  selalu diadakan dikawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat  ADUN tetapi sehingga samapi ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Penglibatan media.

Pihak WIRDA telah menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan. Pemberita dari akhbar popular telah hadir. Berita mengenai program ini telah keluar di akhbar Sinar Harian, Harakah, Siasah, dan Selangor Kini.


Kesimpulan:

Program berjalan dengan jayanya dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif kerana program ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota  Polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh

Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s