Kempen Kesedaran OSCC Dun Taman Medan

7 Jun 2009:

 Kempen OSCC di Taman Medan mendapat kerjasama erat dari DUN Taman Medan YB Haniza Taha yang sekaligus merasmikan program. Satu Pasukan Rela tidak ketinggalan untuk mendengar taklimat sekaligus menjadi standby untuk menjaga keselamatan program.

 Sambutan dari penduduk sangat menggalakkan dengan kehadiran peserta seramai lebih 100 orang dan anak-anak seramai 30 orang.

Kerjasama erat antara Wanita PKR Taman Medan dan Muslimat PAS, JK Penduduk, 2 trak wakil dari pasukan RELA menjadikan program berjalan lebih lancar dan kemas.

Satu rombongan dari Sekolah Menengah St. John turut hadir, menunjukkan keseriusan pihak sekolah tersebut terhadap isu ini.

Penduduk mengharapkan agar program program kesedaran seperti ini  selalu diadakan di kawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat  DUN tetapi sehingga ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Antara VIP yang hadir ialah

  1. Ybhg Y.B Puan Rodziah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan,Hal  Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi
  2. Ybhg. Y.B Hanizah Taha, ADUN Taman Medan
  3. Ybhg Y.B Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS)
  4. En. Hairul Rahmi, Wakil Parlimen Lembah Pantai
  5. Mohd Sakuan, Wakil JKK PJS3
  6. Dr. Melasutra, Ahli Majlis Zon 17
  7. Kaldeep Kaur, AJK Pejabat Adun Kg. Medan

Puan Ir Hjh Endok Sempo binti M. Tahir  telah menyampaikan ceramah bagi Modul 1:  Katakan Tidak! Kepada keganasan   rumahtangga dan gangguan seksualiti.  

Puan Afzan Harrison  Zainuddin  (Peguam  dan  ahli BAR Council) memberikan maklumat dalam ceramah MODUL 3 : Literasi Undang-Undang yang melindungi  wanita & Biro Bantuan Guaman.

Dr Patmawati menjadi moderator forum OSCC: Maklumat dan peranan yang menampilkan 3 ahli panel dari agensi yg terlibat secara lansung dengan OSCC:

1. Dr. Rosidah Ibrahim    (Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Serdang).

2. Cik Norsuliana Mohd Ramly (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling).

3. Sarjan Faridah Mustafa ( Pen.Pegawai Penyiasat Keganasan Rumahtangga-Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPPD PJ)) 

Program berjalan dengan jayanya dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif kerana program ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota  Polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh

Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s