Kempen Kesedaran OSCC Dun Taman Templer

6 Jun 2009

Program ini merupakan program kedua kempen OSCC yang dijalankan oleh WIRDA Selangor. WIRDA Selangor bekerjasama dengan WIRDA GOMBAK dan Penyelaras ADUN Taman Templer, Encik Mohd Kassim Packiry dan Muslimat PAS.

Ceramah modul 1 :”Katakan Tidak kepada Keganasan rumahtangga dan seksualiti  ” telah disampaikan oleh Ir Endok Sempo binti Mohd Tahir.

Sebelum memulakan sesi forum, persembahan multimedia OSCC diadakan.

Modul 2 merupakan : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan   OSCC  dipengerusikan oleh Moderator: Dr Patmawati Bt. Ibrahim (Pensyarah Universiti Malaya). 3 orang ahli panel dijemput khas dari agensi yang terlibat secara lansung dengan modul operandi OSCC ialah:

1. Dr. Siti Norain Binti Roslim    (Jabatan kecemasan Hospital Selayang).

2.En.  Saiful  Nizir  Bin  Abdol (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak).

3. ASP Tuan Abdel Nasser Bin S. Salleh ( Pegawai khas seksualiti dari Ibu   Pejabat Polis Daerah Gombak) 

Ceramah Modul 3: “Literasi Undang-Undang yang melindungi      wanita & Biro Bantuan Guaman” disampaikan oleh Puan Afzan Harrison, peguambela & peguamcara wakil dari Bar Council. Beliau juga merupakan JK WIRDA Selangor yang menjadi  ketua unit undang-undang .

Ucapan penutup & perasmian disampaikan olehYbhg Y.B Puan Rodziah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan,Hal  Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi  .     

Walaupun kehadiran peserta kurang memberangsangkan, yaitu hanya 48 peserta dewasa dan 18 peserta kanak-kanak sahaja yang hadir, namun komitmen peserta sangat tinggi dan mereka memberikan maklumbalas yang banyak dalam sesi soal jawab. Sambutan yang kurang memberansangkan ini munkgin disebabkan oleh beberapa perkara antaranya  kurang koordinasi antara penyelaras ADUN dengan komponen PR yang lain.

Kami mendapat maklumat selepas program bahawa Ketua wanita PKR dan ketua bahagian PKR serta wakil DAP/komuniti kaum Cina dan India tidak mendapat maklumat lengkap mengenai program ini. Program ini pada mulanya disalah anggap sebagai program untuk ahli PAS sahaja dan semua ahli PAS kawasan telah dikerah untuk menghadiri program ini. Namun  tidak ramai yang dapat hadir kerana pada hari yang sama berlansungnya Muktamar Agung PAS di kawasan yang lain. Faktor lain termasuk kurang hebahan dan promosi kepada penduduk kawasan setempat.

Secara keseluruhannnya  peserta mengatakan bahwa mereka semua  tidak pernah tahu mengenai kewujudan OSCC apatahlagi mengenai peranannya.

Jadi program ini membuka mata mereka mengenai isu yang dekat dengan wanita ini. Mereka merasa terbela dan dibela. Dalam pada itu mereka mendapat pendedahan mengenai undang-undang dan peranan polis yang sebelum ini merupakan satu tajuk yang dirasakan amat berat kepada mereka.

Ada yang merasakan sebelum hadir ke program ini mereka hadir untuk  “just to listen” tetapi setelah tamat program dan mendapat banyak maklumat baru mereka merasakan program kempen ini merupakan satu program yang sangat baik dan bermanfaat menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai aspek keganasan rumahtangga dan aspek undang undang yang bersangkutan.  Memang rugi sesiapa yang tidak hadir di program yang sebegini baik.

Penduduk mengharapkan agar program program kesedaran seperti ini  bukan dibaut hanya sekali tetapi dua atau tiga kali di kawasan kawasan lain, bukan hanya diperingkat  DUN tetapi ke peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Hadiah-hadiah Cabutan nombor bertuah dan hadiah mewarna dan melukis ditaja oleh ADUN (angkat) Taman Templer , YB Iskandar Abd Samad yang juga merupakan exco kerjaaan Selangor. Syarikat Nestle tidak ketinggalan menaja beberapa hadiah.

Program berjalan dengan jayanya dan lebih tersusun walaupun sambutan kurang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, penduduk memberikan maklumbalas yang positif kerana program ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota  Polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh

Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s