Gambar-gambar semasa Kempen OSCC DUN Lembah Jaya

Setelah beberapa bulan Kempen OSCC berjaya diadakan di DUN Lembah Jaya, kini barulah gambar2 sepanjang program itu dapat dipaparkan. Ada masalah teknikal .
Pada 9hb Mei yang lepas, WIRDA Selangor telah menganjurkan kempen kesedaran OSCC, keganasan rumahtangga dan kanak2 serta perundangan wanita di Dewan Orang Ramai Taman Sri Ampang.

Alhamdulillah program berjalan lancar, Lebih kurang 200 orang dari penduduk-penduduk kawasan DUN Lembah Jaya dan rakyat sekitar yang datang. Walaupun kedengaran kempen ini nampak sesuai untuk kaum wanita, kaum lelaki juga turut serta, malah siap mereka pula yang banyak bertanyakan berbagai soalan-soalan .

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan.

Beberapa komen dan ubahsuaian mengenai program ini. Terima kasih pada yang yang sudi memberikan maklumbalas.

1. Masa yang tidak mencukupi kerana program mula lambat sebab menunggu ketibaaan YB Khasim, YB dijemput untuk memberi ucapan perasmian oleh Pusat Khidmat DUN secara ‘last minit’. Tambahan pula YB Khasim berucap terlalu lama. Bukan ucapan perasminan tetapi macam ala ceramah perdana.

2. Masa untuk slot ceramah peguam tidak mencukupi sebab kesuntukan masa. Dari pengalaman ini YB Rodziah Ismail mencadangkan agar slot ceramah oleh peguam dijadikan sebagai salah seorang ahli panel dalam forum OSCC. Jadi untuk masa akan datang ahli panel seramai 4 orang dengan seorang moderator.

3. Strategi untuk menarik lebih crowds ialah dengan mengadakan pertandingan melukis dan mewarna utk kanak kanak dan sesi cabutan nombor bertuah. Maka untuk itu penganjur berjaya mencari sponsor untuk kertas lukisan, pensil, crayon, pensil warna dan pelbagai hadiah untuk sesi nombor bertuah.

4. Alhamdulillah untuk program kali ini WIRDA mendapat bantuan dan sponsor dari Carefour Ampang (hamper), Senie Associates Sd Bhd (hamper dan hadiah untuk melukis), Usrahlite Engineering Sdn Bhd (hamper dan peralatan rumah), Esha Engineering Sdn Bhd (hamper), dam Khazanah Masa Sdn Bhd ( dalam bentuk alat perhiasan dari kayu jati yg diimport dari Indonesia.

5. Budget untuk makanan perlu ditambah kerana pertambahan 30% anak anak yang dibawa bersama, itupun masih tak cukup makanan sebab ada keluarga bawa anak 3-4 orang. Sehinggakan AJK tidak dapat makanan.

6. Antar ahadirin yang datang ialah Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamarudin, Ahli MPAJ Norhayati Samad dan beberapa orang ketua Komuniti dan JKKK.

7. Akhir sekali YB Rodziah Ismail selaku EXCO Wanita Negeri Selangor telah memberikan ucapan penutup dan sekaligus memberikan hadiah kepada pemenang peraduan melukis dan pemenang nombor bertuah

Walaupun ramai yang ingin bertanya, sambutan program sungguh menggalakkan, tetapi kerana kesuntukan masa hanya 3 orang sahaja yang diberi peluang untuk bertanya soalan:

1. Program ini sangat baik dan penduduk kawasan setempat mahu diadakan dikawasan/kampung masing-masing namun ketiadaan budget, bagaimanakah dan dimanakah budget untuk mengadakan program sebegini boleh didapati?

2. Apabila suami ditahan reman kerana isteri di dera, bagaimanakah dengan anak anak? Ibu di OSCC, BAPA DI TAHAN REMAN anak bagimana? Adakah rumah selamat khusus untuk kanak2

3. Jika kawan kita dari daerah lain di ganasi contohnya di kelantan bagimanakah kita hendak menolong, adakah kempen OSCC diadakan di negeri lain Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s