Seminar Kesedaran Keganasan rumahtangga dan peranan OSCC di DUN Lembah Jaya, Ampang, Selangor

Satu seminar kesedaran mengenai keganasan rumahtangga, keganasan terhadap wanita, gangguan seksualiti dan undang undang yang melindungi wanita akan di adakan . Maklumat adalah seperti berikut.  Penyertaan adalah percuma

PENGENALAN:

Keganasan terhadap wanita perlu ditangani oleh setiap ahli dalam komuniti untuk melahirkan masyarakat penyayang yang memberikan saham besar dalam pembangunan Negara yang lebih positif.

Ada tiga Kaedah yang dikenalpasti untuk menangani keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti terhadap wanita di tempat kerja. 1) Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep ‘keadilan’ dalam hubungan kekeluargaan 2) Memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak hak mereka yang dilindungi undang-undang 3) Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan. Di sini tempat paling selamat untuk meminta bantuan danmendapat rawatan ialah OSCC

Walaupun OSCC telah lama ditubuhkan, namun masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa 1, diperkasakan semula program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan

TEMA:


ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA, DAN PERUNDANGAN WANITA

TARIKH :

9HB MEI 2009

MASA:

9.00 PG – 1.30 TGHARI

TEMPAT:

DEWAN SRI WATAN, TAMAN SRI

AMPANG, AMPANG, SELANGOR

ATURCARA

9.00 am: Pendaftaran Peserta

9.15 am: Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis

9.30 am: Modul 1 : Katakan Tidak! kepada keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti

PENCERAMAH : Puan Zawiah Bte Mohd Amin

10.30 am: Rehat dan Kudapan

10.40 am : Modul 2 : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan OSCC dan persembahan multimedia

Moderator: Dr Patmawati Bt. Ibrahim

Ahli Panel:

1. Dr. Ridzuan B. Dato’ Mohd Isa

(Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang)

2. Pn. Nor Azlin Bt. Nordin

(Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat)

3. ACP Abd Jalil B. Hassan

(Ketua Polis Daerah Ampang Jaya)

11.40 am: Cabutan nombor bertuah

11.45 am : MODUL 3 : Literasi Undang-Undang yang melindungi wanita & Biro Bantuan Guaman

PENCERAMAH : Puan Afzan Harison (Peguambela & Peguamcara dan ahli BAR Counsel)

12.45 pm: Perasmian penutup oleh EXCO Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

1.15 pm: Penutup dan Bacaan Do’a

1.30 pm: Jamuan Makan Tengahari

OBJEKTIF

1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.

2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.

3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.

4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita dan kanak-kanak

SIAPA PATUT HADIR

· Pegawai Pusat khidmat DUN·

· Ahli Majlis Perbandaran

· Ketua Kampung

· Jawatankuasa Penduduk dan Jawatankuasa Belia

· Pegawai Polis

· Pengerusi Rumah Ibadah/AJK (Masjid Surau, Kuil, Tokong, Gereja)

· AJK Persatuan IBU dan Guru (PIBG) Sekolah Sekolah

· Pengusaha TADIKA dan TASKA

· Pekerja Kilang dan Industri

· Pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Kolej, IPTA dan IPTS

· Badan Bukan Kerajaan

· Penduduk DUN Lembah Jaya


PROGRAM INI ADALAH ANJURAN BERSAMA

1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor

2. Seksyen Sektoral, UPEN

3. Sekretariat OSCC

4. WIRDA Selangor

5. Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:


PUSAT KHIDMAT ADUN LEMBAH JAYA

No. 47 Jalan Dagang 8

Taman Dagang Jaya,

68000 Ampang, Selangor.

Tel: 013 – 3403441 (Hjh Rohainah)


WIRDA SELANGOR

NO. 22-A Jalan Bandar 3,

Taman Melawati, 53100 KL

Tel: 03-41085128 (Puan Hjh Endok Sempo)

Emel: wirda.selangor@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s