Kempen kesedaran OSCC

“NGO wanita seluruh Negeri Selangor harus  tampil kedepan dan memainkan peranan untuk membantu dan  memperkasakan wanita yang teraniaya, samada mangsa rogol, mangsa penderaaan rumahtangga atau pun mangsa  gangguan seksual di mana sahaja..”. Demikian antara ucapan ringkas yang diberikan oleh YB Puan Rodziah Ismail, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor, dalam program pelancaran kempen kesedaran OSCC (One Stop Crisis Centre).

Pelancaran ini yang diadakan pada 19 hb Disember 2008 di Stadium Shah Alam bertujuan memberi  nafas baru untuk menyusun dan menggerakkan semula Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC – One Stop Crisis Centre) di Negeri Selangor.

Seramai lebih 100 orang wanita telah hadir. Antara yang hadir terdiri dari wakil  beberapa badan bukan kerajaan (NGO) , WIRDA Selangor, Wanita JIM, Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Muslim Women Union, Persatuan Peguam Wanita, Challenges (1st Cross disabilities national magazine), Association of Women with Disabilities, Persatuan Ibu  Tunggal Selangor, ACT (Aksi Cepat Tanggap Malaysia), wakil dari MAIS dan beberapa  ADUN.

Sebaik sahaja selesai pelancaran OSCC,  poster-poster, pamplet  dan kalendar di agihkan kepada semua wakil NGO yang hadir. YB menggesa agar kempen bermula pada hari tersebut.

Ramai wanita tidak tahu tentang kewujudan OSCC. NGO Wanita harus berganding  bahu dengan pihak pihak berwajib untuk menolong wanita melalui kempen kesedaran dalam isu isu rogol, keganasana rumahtangga, gangguan seksual  dan dan literasi undang undang.

Dengan kesedaran dan ilmu wanita akan terbela dan mampu  memperkasa diri mereka. Maruah terbela, diri diperkasa, menjadi warganegara produktif untuk negeri yang maju  bertuah.

ogy-beri-ceramah2

YB Rodziah memberikan taklimat OSCC dan seterusnya melancarkan kempen kesedaran dan fungsi  OSCC  .

ogy-ngo-wanita-yang-lain

Beberapa NGO bergambar bersama YB.

Dari Kiri duduk;

YB Gan Pei Nei, YB Rodziah, Bathmavathi (Pres. AWWDM), Dr Robiah K Hamzah (MWU), dan berdiri dari kanan Puan Jeriah Manap (KW JIM A/Jaya), Wakil Mawaddah, Cik Afzan dan Puan Ir Endok Sempo (WIRDA) dan beberapa wakil peguam dan ibu tunggal.

ogy-n-ibu-tunggal1

YB beramah mesra dengan beberapa wakil persatuan Ibu Tunggal

191220089511

Ir Endok Sempo (WIRDA) dan Bathmavathi (AWWDM)

191220089551

Cik Afzan (WIRDA) dan Datin Noraini Mat Top (Presiden Mawaddah)

191220089531

Dari kiri, Mary Chen (The Chalenges), Suzanawati Ismail (Wakil Persatuan Peguam Wanita) dan wakil dari MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s