Pengenalan

wirda-logoWIRDA adalah akronim bagi Women’s Institute for Research, Development and Advancement atau Institiut Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita.

WIRDA merupakan sebuah organisasi wanita tanpa keuntungan (Non Profit Organisation) yang berdaftar dengan ROS sejak tahun 2003.


Tagline:  ” Enhancing Dignity” -  ” Menyerlahkan Maruah Diri  “


Logo WIRDA:

Warna Ungu: lambang kecemerlangan

Warna cokelat lambang kestabilan.

Garisan Lonjong melambangkan kewanitaan yang sensitive terhadap perubahan alam dan mudah menyesuaikan diri.

Bunga berkelopak 8 melambangkan Ciri ciri wanita yang diperkasakan “empowered women”:


1. Berilmu

2. Bermaruah

3. Berwawasan

4. Berdikari

5. Bertanggungjawab

6. Berkemahiran

7. Ber empati

8. Berkhidmat

VISI & MISI:

Menonjolkan wanita bermaruah, jati diri, pemimpin efektif  yang membawa perubahan sesuai dengan Dasar Wanita Negara.

Membangun potensi wanita agar mampu berinovasi dan diperkasakan melalui penyelidikan, kempen kesedaran, bengkel latihan berkelompok, konferens dan seminar.

Mempelbagai kemahiran dan aktiviti dengan melibatkan diri dalam khidmat masyarakat setempat dan networking antarabangsa

Menyediakan bantuan dan kemahiran-kemahiran teknikal untuk memudahkan perubahan didalam komuniti untuk memperkasa (empower) wanita.

GERAK KERJA :

  1. WIRDA bertekad dan berjuang untuk untuk meningkatkan kapasiti wanita sesuai dengan Dasar Wanita Negara.
  2. WIRDA adalah organisasi wanita yang berteraskan ilmu dan kebajikan, mempromosikan “penambahbaikan” diri sendiri, keluarga dan komuniti dan menekankan semangat persaudaraan dan kasih sayang.
  3. WIRDA Menyediakan bantuan dan kemahiran- kemahiran teknikal untuk memudahkan perubahan didalam komuniti untuk memperkasa/ memberdaya (empower) wanita.
  4. WIRDA menyalurkan khidmatnya kepada semua, melangkaui batas dan sempadan agama dan bangsa.dalam setiap aktivitinya. Jadi ia berperanan sebagai saluran untuk penyebaran maklumat dan isu-isu utama wanita kepada wanita melalui seminar-seminar, bengkel-bengkel dan penerbitan.
  5. WIRDA menjadi pemudahcara dalam penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan wanita. Isu fokus adalah isu-isu sosial (contohnya keganasan rumahtangga dan kes rogol), undang-undang (contohnya kes perceraian dan hadhanah), ekonomi dan politik warga.
  6. WIRDA mendokong konsep perkongsian dengan organisasi-organisasi wanita yang pelbagai, agensi-agensi yang multilateral dan institusi-institusi pendidikan bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang tertumpu kepada penonjolan wanita dalam pembangunan, isu-isu meingkat kapasiti wanita, pemerkasaan dan emansipasi dan isu-isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan dan masa depan wanita.

Leave a comment