SEMINAR IBU 2001

INSYALLAH PRESIDEN WIRDA AKAN MENJADI SALAH SEORANG AHLI PANEL DI FORUM SEMINAR IBU 2011.

SEMUA AHLI WIRDA DIJEMPUT HADIR

TEMPAT MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

TARIKH/MASA: 18HB JUN 20011 JAM 8.30 PAGI

 

ANAK DERHAKA, IBUBAPA DERHAKA, TIPS MENDIIDK ANAK SOLEH TERPUJI DAN MACAM MACAM LAGI  CERITA MENARIK

“Eye for an eye” untuk penjenayah simbah asid?

Oleh Nurul Jannah Ibrahim (LLB, Univ. Malaya)

Dalam akhbar hari Ahad 15hb. Mei , terdapat dua cara penyelesaian terhadap penjenayah penyimbah asid ke muka wanita. Berita Minggu hari ini, muka surat 4, satu cadangan telah diberi seperti berikut;

POKOK SENA: Ekoran kejadian kes simbah asid yang semakin berleluasa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengemukakan cadangan menggubal undang-undang khas mengenai penggunaan, penyimpanan dan pembelian asid dalam negara.

Di dalam akhbar yang sama, muka surat 31,

TEHRAN: Seorang wanita Tehran Ameneh yang disimbah cecair asid telah meminta mahkamah jenayah membenarkannya menyimbah asid ke atas penjenayah dengan memberitahu, “Apa yang dilakukan ke atas saya, lakukan ke atasnya.” Setelah menolak bayaran pampasan daripada penjenayah tersebut. Ameneh menjalani 17 kali pembedahan termasuk satu cubaan yang gagal untuk membentuk semula wajahnya di Sepanyol. Dia hilang derita penglihatan satu matanya dan meskipun 40 peratus penglihatannya pulih pada mata sebelah lagi jangkitan pada mata itu pada 2007 menyebabkan dia kini buta sepenuhnya.

Yang mana satukah antara dua cara penyelesaian ini yang lebih adil dan yang akan menghalang orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama? Adakah dengan menggubal undang-undang untuk mengawal penggunaan, penyimpanan dan pembelian asid dalam negara akan menyelesaikan masalah ini? Adakah kita juga akan menggubal undang-undang untuk mengawal penggunaan pisau, parang dan apa-apa yang tajam yang digunakan oleh penjenayah terhadap mangsanya dan seterusnya. Dengan adanya pengawalan ini semua, adakah ini akan mencegah penjenayah daripada berleluasa?

Hukuman yang diminta oleh Ameneh adalah contoh yang diperuntukkan dalam Islam iaitu hukuman qisas. Bukankah dengan mengenakan hukuman setimpal atau ‘eye-for-an-eye’ adalah adil dan akan mencegah jenayah?

Program Bual Bicara Bersama Ibu Tunggal

Program Bual Bicara Bersama Ibu Tunggal

1. TAJUK : SOKONGAN KELOMPOK (Ibu Tunggal)
2. OBJEKTIF
• Meningkatkan jatidiri mereka
• Memupuk semangat dan tidak mudah mengalah serta berpikiran negatif kerana berstatus ibu tunggal
• Menilai diri dan tidak terasa keseorangan kerana bertemu kawan/ kelompok yang sama (ibu tunggal)

3. AKTIVITI : Perbincangan santai dari hati ke hati
• Bual bicara isu-isu membelenggu ibu tunggal dalam menjaga anak
• Diskriminasi yang mungkin timbul terhadap golongan ini (penyebab dan penyelesaian)
• Persepsi masyarakat terhadap ibu tunggal
• Masalah tentang ekonomi cara penyelesaiannya

4. Tentatif Program:
3.00 ptg Taaruf dan expectation
3.15 ptg Brainstorming & Bual bicara
4.00 ptg Taklimat RHB mengenai pelaburan ASB yang boleh membantu Ibu Tunggal
4.30 ptg Minum petang

5.TEMPAT : Pusat AIRIS Keluarga Selayang

TARIKH/ MASA: 19/5/2011 (Khamis)/ 3.00 – 4.30ptg (1 ½ jam)

CATATAN: Peserta adalah Ibu tunggal/ Ibu Tinggal
Bilangan peserta: 20-30 orang

AIRIS KELUARGA SELAYANG

NO 8 JALAN 2A/2B TAMAN DESA BAKTI

68100 BATU CAVES SELANGOR

BAGI YANG HENDAK HADIR SILA TELEFON WIRDA HOTLINES

013- 3545748

Lelaki Pelindung, Wanita penyayang Keluarga harmoni

Taman Keramat, 2 Mei 2011

Lelaki pelindung wanita ada disebutkan dalam Al Quran, Surah An Nisa’, ayat:34 : ”Lelaki  adalah pemimpin (dan pelindung) bagi kaum wanita…..”. Kefahaman yang benar  terhadap maksud ’Qawwamuna” dalam rumahtangga akan mencipta ‘mawaddah wa rahmah’. Keharmonian dalam rumahtangga adalah resepi menangani gejala keganasaan atau penganiyaan terhadap wanita. Namun kehidupan tidak selalunya indah. Apabila berlaku penganiayaan terhadap wanita, setiap ahli dalam komuniti perlu menangani nya dengan cara yang berkesan.

Maka atas premis ini  WIRDA Selangor mengambil inisiatif dan berjaya menganjurkan program setengah hari ini pada 2 hb Mei 2011. Program ini dijalankan dengan bekerjasama AJK Surau Al Azim dan JKP Zon 7 MPAJ  untuk memberikan penerangan dan kesedaran ini kepada ahli kariah Surau Al Azim dan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang merangkumi Jalan Enggang Selatan, Jalan Enggang Timur, Lorong Enggang 1 sehingga  Lorong Enggang 25.

Objektif Program:

  1. Memupuk kesedaran  wanita untuk memahami konsep Lelaki pelindung wanita penyayang untuk  menggilap jatidiri wanita dan keharmonian rumahtangga.
  2. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang mesra wanita dan melindungi wanita  dan kanak-kanak
  3. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolo

Ada tiga Kaedah yang dikenalpasti untuk  menangani keganasan rumahtangga dan gangguan terhadap wanita di tempat kerja. 1) Memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat wanita mengenai konsep ‘lelaki pelindung, wanita penyayang dalam hubungan kekeluargaan 2) Memberi kefahaman mengenai undang-undang yang mesra wanita 3) Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan perlindungan bagi wanita yang teraniaya.

Tempat nya ialah OSCC (One Stop Crisis Center) atau pusat krisis sehenti.  Walaupun OSCC telah lama ditubuhkan, namun masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada wanita yang teraniaya.

Seramai 36 orang ahli kariah  wanita dan jamaah surau Al Azim, Jalan Enggang Selatan Taman Keramat  telah hadir. Turut hadr ialah tetamu khas, Puan Hayati Samad yang merupakan  JKP Zon 7  MPAJ.

Agenda program:

.00 am:   Pendaftaran Peserta

9.15 am:             Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis

9.30 am:             Ceramah  1 : Lelaki Pelindung,   Wanita Penyayang,  Keluarga Harmoni.

PENCERAMAH : Ustazah Zaiton Bt. Nasri (B.A. Al Azhar,          M.A.Universiti Malaya) – Wanita IKRAM KL

10.15 am:           Rehat dan Kudapan

10.30 am:          Ceramah 2 : Literasi Undang-     undang (Undang-undang  yang mesra wanita)

PENCERAMAH : Puan  Nurul Jannah binti Ibrahim, LLB (Mssr. Kamillia Ibrahim & Co),  Bekas Majistret Session Court Kuala  Lumpur.

11.15 am :         Ceramah 3: OSCC

Maklumat dan  peranan dalam menangani keganasan   rumahtangga &  persembahan multimedia.

            PENCERAMAH : Puan  Ir.Endok Sempo M.Tahir, Presiden WIRDA Selangor & Kuala  Lumpur

12.00 am :         Sesi interaktif bersama ahli MPAJ JKP Zon 7 & Penerangan mengenai Skim Pemeriksaan Mamogram Percuma

1.00 pm :          Penutup

Budaya Bangau oh bangau bersifat negatif

Wangsa Maju, 28 April 2011

“Budaya Bangau oh bangau bersifat negatif dan  mencipta manusia penuh alasan.  Buang jauh jauh budaya ini. Program zero alasan ini membuka mata saya untuk lebih menganalisa lagu Melayu lama ini….” komen secara  terus terang seorang pelajar perempuan.

“Program Remaja Positif Hidup Zero alasan sungguh menyeronokkan, kerana fasilitatornya mempunyai ciri ciri kasih sayang dan persaudaraan, mesra seperti akak dan abang adik serta intektual….” komen salah seorang peserta lelaki yang merupakan pelajar tingkatan 5 SMK Zon R1 Wangsa Maju.Seramai 98 orang pelajar tingkatan 5 telah mengambil bahagian dalam program ini

WIRDA  Sebagai sebuah NGO wanita yang prihatin telah berjaya menganjurkan program setengah hari ini dengan tema  ‘MESRA REMAJA WIRDA’. WIRDA Kuala Lumpur bekerjasama dengan GENG ZERO ALASAN dan pihak Sekolah : SMK ZONE R1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur berinisiatif untuk berkongsi rasa dan pengalaman meniupkan kesedaran spiritual dan semangat positif dalam jiwa remaja yang sedang meronda ronta dahagakan bimbingan abang dan kakak yang senior dan  intelektual.

Hidup Zero Alasan merupakan satu Program yang mesra remaja dan dijayakan oleh Golongan muda yang masih berada di alam remaja. Remaja lebih memahami Remaja.

Program Remaja Positif, Hidup Zero Alasan dikendalikan oleh graduan IPT dan pelajar-pelajar IPT  yang diketuai oleh Raihan binti Dato’ Mustafa Kamal (salah seorang penulis buku Hidup Zero Alasan) yang dikenali sebagai Geng Zero Alasan. Program yang bersifat santai yang menggunakan Teknik Motivasi melalui Perumpamaan di dalam Buku Hidup Zero Alasan tebukti dapat memberikan kelainan kepada adik-adik remaja.

Geng zero alasan berkongsi tips dan ’tricks’ bagaimana kita hendak mengosongkan minda dari pelbagai alasan yang merencatkan kecemerlangan dan menghalang kebahagiaan.

Nampaknya program ini inil memberi kesan positif yang bermakna dalam diri peserta, terutama adik adik remaja yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Geng zero alasan mengaplikasi konsep Motivasi Melalui sesi interaktif di dalam kehidupan untuk mencipta suasana kehidupan  ‘ZERO ALASAN ’. Zero alasan bermakna penuh dengan harapan. Harapan menghidupkan cita-cita.

Pihak WIRDA mengucapakn berbanyak terima kasih kepada pengetua sekolah

Agenda program sebagai berikut:

8.30 am:         Pendaftaran Peserta

8.45 am:          Pembukaan dari WIRDA

Sebagai Penganjur

9.00 am:             SLOT 1

TAK KENAL MAKA TA’ARUFLAH

10.00 am:           Minum pagi

10.30 am:       SLOT 2

                          HIDUP ZERO ALASAN

Oleh : Raihan bt Dato’ Mustafa

LLB_S Hons.,
Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws,
International Islamic University Malaysia,
Gombak, Selangor Darul Ehsan.

 12.00 am :      SLOT 3

                          MESIN WAKTU

12.30 am :       SLOT 4

                          RESOLUSI

1.00 pm :        Sessi Kenangan & Penutup

& Makan Tengahari

Bersurai

GENG ZERO ALASAN YANG MENJADI FASILITATOR SUKARELAWAN IPT terdiri daripada:

1) Raihan binti Dato’ Mustafa Kamal ( LLb  UIA)

2) Moud Taufiq Iqbal (B.Sc Biotech Engineering UIA)

3) Kamal Amar Dahlan (MBBS . UIA)

4) Salwa(LLb  UIA)

5) Nabil (B.Sc Science, UIA)

6) Rafeah Mustafa Kamal (2nd Year LLB UIA)

Forum KEGANASAAN RUMAHTANGGA, GANGGUAN SEKSUAL & OSCC


Selayang ,  16 April 2011.

“Jangan takut dan bimbang membuat aduan kepada polis bahagian jenayah seksual jika perlaku keganasan terhadap kamu…” demikian kata kata peransang yang diberikan oleh Tuan DSP Zakaria dari IPD  Polis Daerah Selayang semasa menjadi salah seorang ahli panel dalam forum ini.

Forum ini adalah program anjuran bersama WIRDA dan  Pusat  Keluarga Airis Selayang bertempat di Tingkat 2, pusat Airis Selayang. Ahli panel yang bersama sama berkongsi pengalaman dan informasi ialah Dr Siti Aisyah dari OSCC & Emergency Department Hospital Selayang dan Encik Nizam dari Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur.

Acara Forum dipengerusikan oleh Presiden WIRDA, Puan Ir Hjh Endok Sempo.

Encik Nizam menerangkan dengan lebih lanjut mengenai IPO , interim protection order atau perintah perlindungan sementara yang hanya boleh dibuat oleh Polis dan JKM kepada mahkamah . Disamping itu Encik Nizam memberikan maklumat mengenai bantuan kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan elaun elaun untuk  anak-anak mereka.

Dr Siti Aisyah menegaskan bahwa mangsa OSCC diberikan laluan khas dan prioriti utama untuk diberikan  rawatan tanpa menunggu lama. Mangsa tidak perlu mengambil nombor giliran. Mangsa terus dibawa ke dalam bilik rawatan OSCC secara ‘private and confidential’ demi  menjaga maruah dan mengelakkan rasa tertekan.

Banyak soal jawab yang dikemukakan oleh peserta, dan secara umumnya peserta amat berpuashati dengan hasil perbincangan dan perkongsian dalam majlis ini.

Skim MIMBAR bantu wanita mula berniaga

MiMBAR Raih Reaksi Positif Rakyat PDF Print E-mail

UNTUK PENERANGAN LANJUT SILA LAYARI WEBSITE MIMBAR   http://www.mimbarselangor.org/v1

DAN TONTON DI YOU TUBE http://www.youtube.com/watch?v=2j5fdsYEFbg

SHAH ALAM, 7 Mac

 – Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang memperuntukkan RM20 juta kepada rakyat miskin di bandar Selangor mendapat reaksi positif rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan peniaga kecil-kecilan.

Hassan Muhammad, yang ditemui Selangor Kini berkata, program MiMBAR dilihat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk memperolehi pinjaman kewangan tanpa perlu membayar semula dengan kadar faedah yang tinggi.

Beliau yang juga peniaga kecil-kecilan memandang positif bantuan yang disalurkan kerajaan negeri malah berpendapat ia sedikit sebanyak meringankan bebanan kos perniagaan yang terpaksa ditanggung selama ini.

“Pada pendapat saya, skim ini lebih menyenangkan untuk kita kerana rakyat tidak perlu membayar faedah atau bunga yang tinggi seperti pinjaman di bank. Saya
menyokong skim ini tetapi belum bercadang untuk memohon sekarang, mungkin di masa hadapan nanti sebab saya belum ada perniagaan sendiri,”katanya.

Sementara itu, Rosni Abdullah yang juga seorang peniaga gerai turut meluahkan pendapat sama. Beliau yang berniaga lebih sepuluh tahun sentiasa mengharapkan bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaannya.

“Makcik sokong kalau skim ini diberikan kepada orang ramai. Macam peniaga kecil yang tak mampu nak buat pinjaman. Makcik ada juga memohon, tapi belum hantar lagi borang. Kalau dapat pinjaman ni, makcik nak beli perkakas, contohnya peti ais, mesin kisar cili. Itu sahaja, bukan ada tujuan lain. Bantuan begini
sangat bagus kerana berniaga secara kecil-kecilan berapa sangat yang kami dapat,”katanya.

Bagi Amnah Sahabudin pula, skim ini harus diuar-uarkan kepada masyarakat khususnya peniaga kecil kerana golongan seperti ini sentiasa mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Kemudahan tersebut mestilah saya sokong. Saya hendak memohon, tetapi perlu tahu bagaimana cara untuk membayar semula pinjaman tersebut sama ada setiap minggu atau setiap bulan,”katanya, yang mengharapkan penjelasan rapi diberikan.

Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).

“Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak
membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,”katanya lagi.

MiMBAR adalah sebuah program yang bertujuan meningkatkan pendapatan masyarakat miskin bandar negeri Selangor untuk melebihi “Paras Garis Kemiskinan (PGK)”, iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.

Pada peringkat awal, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi memastikan agihan peluang, latihan serta kekayaan negeri dapat dikongsi semua pihak.

Program tersebut dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor,  YB Rodziah Ismail.

Pemeriksaan Mammogram – Satu cara pengurusan kesihatan payudara

Kepong – 9hb April. Seramai 34 wanita dari Gombak Utara (sesi pagi), 24 orang dari Ukay Perdana dan Taman Keramat (sesi petang) telah menjalani pemeriksaan mammogram percuma. Pemeriksaan mammogram percuma ini merupakan projek dalam Skim Kesihatan Wanita: Mammogram Selangor (MammoSEL). Tujuan skim ini ialah merealisasikan kempen 1 juta wanita Selangor Sihat.

Rata rata wanita akan berfikiran paranoid apabila menyentuh isu kanser yang merupakan pembunuh nombor satu kaum wanita di Malaysia dan dunia. Wanita berisiko terhadap penyakit kanser payu dara dan servik sentiasa meningkat setiap tahun tahun demi tahun. Statistik terkini, seorang dalam 8 wanita atau kira-kira 15 peratus wanita dikhuatiri menghidapi kanser. Justeru wanita harus lebih memberi tumpuan kepada melakukan pemeriksaan payudara sendiri (Breast Self Examination) setiap bulan atau lima hari selepas haid. Selain dari BSE Pemeriksaan Mammogram setiap tahun adalah merupakan salah satu cara pengurusan kesihatan payudara untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit itu. pengesanan awal boleh memudahkan rawatan untuk pesakit tersebut termasuk mengelak pembuangan payu dara.

Atas kesedaran ini WIRDA dengan kerjasama pegawai DUN-DUN Daerah Gombak &  AJK Wanita Keadilan Gombak  mengambil peluang khidmat percuma ini dengan membawa wanita disekitarannya.

Rombongan ini diiringi oleh Presiden WIRDA Selangor & KL dengan dibantu oleh Puan Suraya Jaafar, wakil DUN Gombak Setia.

Setakat 28 Feb 2011, 4319 wanita Selangor telah menjalani pemeriksaan mammogram. 55 wanita berkemungkinan pesakit kanser. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa!

Cik Suraya Ramlan, seorang radiologis dan juga pegawai mamogram yang bertanggungjawab di Forrest Medical Center memberikan taklimat dan soal jawab mengenai Kanser, sebab musabab, cara pemeriksaan sendiri, tanda-tanda kritikal dan kaedah ringkas pemeriksaan mammogram.

Dalam ucapan ringkasnya, Presiden WIRDA mengucapkan syabbas dan mengalu-alukan kedatangan wanita –wanita ini kerena mereka peka dan perihatin terhadap kesihatan payudara. Beliau menyeru agar semua wanita Selangor merebut peluang ini sebelum terlambat. Cegah sebelum terkena dan parah.

Sebagai rakyat negeri Selangor, kita seharusnya mengambil dan menikmati apa sahaja tawaran dan khidmat yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam Program MES (merakyatkan Ekonomi Selangor). Contohnya kesedaran dan penerangan OSCC,  skim MIMBAR (Mikrokredit Miskin Bandar), Skim Mammosel, Bekalan  Air percuma, Mesra Usia emas, TAWAS, Tabung untuk anak-anak ke IPT dan lain lain.

Peserta mamogram kali ini diberikan sarapan pagi oleh wakil DUN Gombak Setia.

Mesyuarat Agung WIRDA

Gombak Setia – 27 Mac 2011 merupakan tarikh bersejarah dan istimewa buat WIRDA Selangor & Kuala Lumpur yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama bertempat di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat, Dewan Beringin, Taman Sri Gombak,. WIRDA (Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan, Pembangunan dan Pemerkasaan Wanita Kuala Lumpur & Selangor) telah diluluskan pendaftarannya dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) pada 13 Disember 2010 lepas.

Mesyuarat agung tahunan yang pertama WIRDA dihadiri kira-kira 15 ahlinya dari Selangor dan Kuala Lumpur. Isteri ADUN Hulu Kelang, YB Hj. Saari Sungib, Puan Aliza Jaafar turut hadir untuk memeriahkan mesyuarat agung ini.

Ucapan aluan disampaikan oleh Presiden penaja WIRDA Ir Hjh Endok Sempo. Mesej utama dalam ucapan aluan aluan ini adalah bagaimana kita hendak istiqamah dalam perjuangan. Bagaimana ‘budaya memberikan khidmat dan kebajikan kepada manusia ini sentiasa bersemarak dan terus membara. Himmah adalah kata kunci terhadap kelestarian gerak kerja  sukarelawan.

Himmah adalah paduan niat, maksud, Iradah” (kehendak), “Al ‘azimah” (tekad) dan kekentalan semangat dan pendorong untuk melakukan sesuatu yang dikaitkan dengan ketinggian

Mengambil kata kata hikmat Imam Ibn Qayyim pernah berkata:

“Orang yang berjalan mesti memiliki semangat yang akan menjalankannya dan menyampaikannya ke puncak. Sedangkan ilmu hanya menyuluh dan menunjukinya”

Sayyid Qutub selalu menegaskan:

“Rasulullah mengetahui bahawa tidak ada lagi waktu untuk tidur, sudah ada tugas berat, jihad yang panjang dan ia adalah kesungguhan dan kerja keras..”.

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang memiliki jiwa-jiwa yang kental (himmah) dari aspek: kemahuan yang tinggi, kesetiaan sejati, pengorbanan agung, dan ‘pemahaman tentang prinsip dengan menyakini sepenuhnya.

Memerkasakan nilai nilai “ Kemanisan pada memberi”, “Memberi melebihi dari Menerima”, “Bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain”,” Sweetness in giving & Giving is more than taking”– Namun segala gerak kerja dan khidmat sukarelawan ini perlu sentiasa di ‘nawaitu’ kan., diniatkan kerana Allah semata mata. Apabila setiap kerja diniatkan kerana Allah maka semuanya akan menjadi ibadah.

Dalam Mesyuarat agung pertama ini, pemilihan jawatankuasa kepemimpinan baru telah diadakan oleh ahli yang hadir. Melalui pemilihan kali ini, Hjh Ir Endok Sempo Tahir telah dipilih sebagai Presiden manakala Timbalan Presiden yang dipilih ialah Puan Faridah bt Abd Karim,

Barisan jawatankuasa lain yang dipilih bagi sesi 2011-2014 ialah Puan Nora’Aini bt Mohd Zain (Timbalan Presiden), Puan Ekmatul Manurah (Setiausaha), Puan Hjh Norliza bt Hj Baba (Bendahari), 4 orang AJK pula terdiri dari Rosnah bt M. Ariff, Norsiah bt Abd Rahman, Zaihedah bt Sapian dan Azma bt Yusuff. Dua orang pemeriksa Kira-kira ialah Puan Zailah bt Kamaludin dan Rahmah bt Siteh

Sesi Sumbang Saran dan brainstorming untuk berkongsi idea juga diadakan dalam suasana santai untuk menjalankan aktiviti dan melancarkan lagi pengoperasian WIRDA antaranya:

  • Penerangan dan kempen kesedaran anti keganasan rumahtangga dan gangguan seksual terhadap wanita dan fungi OSCC akan terus diadakan dari masa kesemasa.
  • Membantu dan bekerjasama dengan Pusat Komuniti Wanita dalam membantu wanita yang memerlukan dan ibu tuynggal untuk menjana pendapatan dan berbagai program pembangunan dan pemberdayaan wanita.
  • Menggandakan usaha penambahan ahli dan sukarelawan untuk membantu mangsa keganasan dan penganiyaaan dan menguruskan RUMAH WIRDA (rumah perlindungan transit wanita teraniya).
  • Berkongsi dan menyampaikan berbagai pengisian dan penerangan kepada wanita di samping menganjurkan program riadah dan sukan dengan persatuan wanita untuk networking dalam memberi khidmat yang efektif.
  • Mengadakan bengkel kemahiran pengucapan awam, celik IT dan penggunaan Multi-Media.