Katakan TIDAK! kepada Keganasan rumahtangga

Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumahtangga

“One Stop Crisis Centre” (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997, bertujuan untuk mewujudkan satu pusat perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan , perkosaan dan keganasan rumahtangga.

Kewujudan OSCC mewujudkan suasana yang selesa dan penghidupan yang lebih baik kepada wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak keseorangan sebaliknya OSCC bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik jika mereka di dera oleh si pelaku keganasan yang durjana.

Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil satu usaha murni dalam memperkenalkan OSCC kepada masyarakat dalam usaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang prihatin terhadap wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, seksual, liwat dan dera.

OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan, di mana terdapat kakitangan terlatih yang ditugaskan untuk merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa yang mengadu. Selain rawatan fizikal, mangsa-mangsa juga diberikan perlindungan sewajarnya- termasuk, tempat tinggal serta diasingkan daripada pesakit-pesakit biasa supaya mereka tidak berasa malu atau takut.

OSCC adalah satu pusat perkhimatan yang lengkap dan menyeluruh bagi membantu mangsa penderaan, perkosaan, liwat dan mangsa keganasan rumah tangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa tersebut serta di beri bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.

Exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail telah mula mengorak langkah untuk menyedarkan masyarakat bahawa terdapat satu pusat khidmat yang dapat membantu mangsa keganasan rumah tangga dan dera.Pusat ini dikendalikan oleh secara bersama yang melibatkan beberapa agensi iaitu Hospital, polis, peguam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perlu di tangani oleh setiap ahli dalam komuniti untuk melahirkan masyarakat penyayang yang memberikan saham besar dalam pembangunan negara yang lebih positif.Ada tiga kaedah yang dikenal pasti untuk menangani keganasan rumah tangga dan gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja.

1) Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan

dalam hubungan kekeluargaan.

2) Memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak-hak mereka yang

dilindungi oleh undang-undang.

3) Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang

selamat dimaksudkan ialah di OSCC.

OSCC telah lama ditubuhkan namun masih ramai tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.Objektif Kempen kesedaran “Katakan tidak kepada keganasan rumahtangga ialah:

1) Mewujudkan kesedaran dan peranan OSCC kepada masyarakat dalam

membantu wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

2) Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasakan minda yang merdeka dan

menggilap jatidiri wanita yang bermaruah.

3) Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih lagi benar mengenai isu-isu

keganasan rumah tangga dan gangguan seksual ditempat kerja.

4) Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai undang-undang yang dapat

melindungi wanita dan kanak-kanak.

Dalam agenda merakyatkan ekonomi Selangor (MES) fasa 1, antaranya diperkasakan semula program OSCC dimana kempen ini akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Program ini dijalankan dan dikendalikan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor dengan kerjasama UPEN, WIRDA, sekretariat OSCC dan Pusat Khidmat Rakyat.

Kempen ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keganasan terhadap kaum wanita dan kanak-kanak di samping memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai.OSCC diwujudkan di enam hospital di Selangor iaitu Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Puan Rahimah Klang dan Hospital Kajang.

Mangsa tidak perlu takut untuk ke OSCC untuk mendapatkan rawatan kerana pihak hospital menyediakan bilik khas yang terasing dari orang ramai. Maklumat mangsa juga dirahsiakan. Maruah mereka akan dijaga dan dipelihara. Mangsa juga tidak perlu untuk mengambil nombor sebaliknya akan terus dibawa ke bilik OSCC. Jururawat terlatih dan doktor akan memberikan bantuan yang segera kepada mangsa. Mangsa akan dilindung dari sebarang ancaman dari si pelaku dera.

Recent Posts

JEMPUTAN TERBUKA : YOU ARE BEAUTIFUL, ALLAH LOVES YOU

Kepada,

Semua Wanita CANTIK, HEBAT, KREATIF, FUNDAMENTAL & KONTEMPORARI

Anda semua dijemput ke  Program Wacana Wanita & Hijab : You Are Beautiful Allah Loves You

Sempena dengan hari wanita sedunia 2012, yang diraikan oleh semua wanita seluruh dunia setiap 8hb Mac setiap tahun, WIRDA bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, YB HJH RODZIAH ISMAIL akan  menganjurkan sebuah wacana bertajuk : You Are Beautiful, Allah Loves You. Ini selaras dengan tema IWD (International Women Day ) yang bertemakan ‘Connecting girls Inspiring futures’.

Program ini mendapat kerjasama dari kumpulan wanita muda yang menamakan diri mereka Beauty A6 (After Six Study circle) yang majority berumur 35 tahun ke bawah dan berkerjaya. Jalinan kerjasama ini untuk merealisasikan satu jaringan wanita muda dan wanita senior yang telah mencipta nama dalam kerjaya sekaligus mencapai keseimbangan dalam kehidupan (life balance). Jalinan ini berasaskan konsep ukhuwwah (persaudaraan sesama wanita) selaras dengan tema connecting girls dalam memenangi cinta Allah, sekaligus berkongsi pengalaman suka duka dan aspirasi dalam menaiki tangga kerjaya.

Untuk merealisakan tema connecting girls program ini membawa satu icon wanita muda yang berkerjaya di bidang yang mencabar namun dalam masa yang sama mempunyai jati diri. Oleh itu pihak WIRDA membawa Wardina sebagai icon ibu muda yang diminati oleh wanita muda.

Wirda membawakan Prof Madya Dr Harlina Halizah, seorang perunding pakar O & G (sakit puan), pensyarah di  UKM sebagai icon wanita Islam yang berjaya dalam kerjaya dan keluarga serta berkecimpung dalam NGO  bernama Pertubuhan IKRAM Malaysia (memegang jawatan AJK Pusat), sebagai lambang wanita professional, kontemporari  dan fundamental.

Wanita muda tidak dapat lari dari subjek ‘kecantikan’ dan ‘dandanan anggun’. Maka WIRDA menjemput bersama seorang wanita muda, Muna Izzah Fadhil, walaupun merupakans seorang peguam tetapi minatnya yang mendalam dalam bidang pembentukan imej dan penampilan telah melayakkan dirinya sebagai Certified Image Consultant di Syarikat “Seanggun bidadari”.

Dengan adunan wanita muda dan senior ini diharapkan para hadirin dapat perspekif yang betul mengenai imej dan penampilan wanita Islam. Sekaligus  menyanggah berbagai tanggapan yang negatif dunia luar sana terhadap wanita Islam. Kaum muslimah,  secara khususnya telah dilempar dengan pelbagai tohmahan seperti tertindas dan terkebelakang.  Lantas, sewajarnyalah seorang yang mendokong syariat memainkan peranan untuk memberi kefahaman yang sebenar tentang konsep hijab yang telah disalahertikan, bahkan di kalangan mereka yang beragama Islam, apatah lagi orang-orang bukan Islam . Di samping menolak salahfaham, satu usaha yang serius perlu digembeling untuk mendidik masyarakat berkenaan konsep hijab yang syariah complaint (mengikut syariah Islam).

Ini telah digariskan di dalam ayat 31 dari Surah AnNur, “ Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya)”.

Allah juga telah berfirman di dalam surah Al ahzab, ayat 59, yang bermaksud, “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mu’min: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Suatu keutamaan dalam ajaran Islam ialah pendidikan hati dan jiwa iaitu dengan membersihkan keikhlasan hati dan menambah taqwa.  Itulah sebab pakaian yang memenuhi batas syariah bukan setakat menutup anggota badan atau tidak menampakkan bentuk tubuh, bahkan pemakaiannya semestinya tidak bertujuan untuk bermegah-megah. Dari surah Al-A’raf ayat 26, “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu untuk pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa taqwa itulah sebaik-baiknya”.

Wacana ini ingin menonjolkan konsept cantik di luar dan di dalam yang selari dengan konsep kesederhanaan yang jauh dari perasaan bermegah dan bebas dari nafsu untuk menunjukkan perhiasan diri seharusnya menjadi ciri-ciri pemakaian seorang mukminah yang berusaha mencari keredhaan Allah. Di samping memelihara kesucian diri, hijab adalah merupakan perisai diri yang memelihara dan membentuk citra seorang wanita yang beriman.  Di samping menggariskan cara berpakaian dan bentuk penampilan, ajaran Islam juga menggariskan cara pergaulan yang bertepatan dengan lunas-lunas Islam.

Sasaran:

Terbuka kepada wanita muda samada yang telah berkahwin dan masih bujang (julat umur 25-35 tahun)  – Jumlah peserta 250 orang

 Mesej yang akan dibawa ialah Konsep Hijab, Aurah dan dandanan yang menepati syariah. (Islamic Self Grooming).

Sehubungan dengan  itu  maka WIRDA dengan sukacitanya menjemput saudari saudari/puan puan hadir untuk meraikan kejayaan kita sebagai wanita dalam pelbagai bidang kerjaya, kemahiran dan kecenderungan. Sekaligus berkongsi rasa, pengalaman aspirasi dan inspirasi  dari wanita wanita lain yang menikmati kehidupan yang seimbang (life balance).

Maklumat bagi program adalah seperti dibawah.

TARIKH:  3 HB MAC 2012

TEMPAT: BALLROOM DEWAN JUBLI PERAK SULTAN ABDUL AZIZ  SHAH ALAM

MASA:      2.15-6.15  PETANG

AGENDA: PROGRAM

2:15     Ketibaan dan pendaftaran

2:40     Ucapan oleh pengerusi,  Bacaan Al Quran & Doa

2:45     Ucapan Perasmian oleh PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KEBAJIKAN, HAL EHWAL WANITA, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, YB HJH RODZIAH BINTI ISMAIL

3.00     Persembahan Multimedia: You Are Beautiful Allah Loves You

3:05    Bual-bicara Interaktif :  You Are Beautiful Allah Loves You

Pengacara:     Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot – Personaliti TV3

Ahli Panel:       1. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj – Doktor Pakar Sakit Puan,  Pensyarah UKM &  AJK Pusat Pertubuhan IKRAM      Malaysia    -   Tajuk :Konsep Aurah & Hijab yang ‘Syariah Compliance’

2. Muna Izzah Fadzil- Peguam dan Perunding Imej  Bertauliah (Islamic Self grooming- Simple Yet Elegance)

4.45    Fashion Show – My Way ‘Syariah Compliance’

5.30     Solat dan Minum petang

6.15     Bersurai

  Terima Kasih, Jumpa disana!!!

       Ir. Hjh Endok Sempo bt M Tahir, P.Eng, MIEM,  Presiden WIRDA

  1. LATEST UPDATE: YOU ARE BEAUTIFUL ALLAH LOVES YOU Leave a reply
  2. Salam Ukhuwwah Leave a reply
  3. Ibu ibu di rumah WIRDA menjalani kursus kemahiran di Bonda Mama kid Center Leave a reply
  4. Berteduh Kasih di WIRDA Leave a reply
  5. Isteri untuk disayang bukan disepak terajang Leave a reply
  6. Anak-anak Penghuni WIRDA mendapat perlindungan Insurans Leave a reply
  7. Pet Pet provides underprivileged moms and babies with insurance protection Leave a reply
  8. Leave a reply
  9. MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTHAR) DI RUMAH WIRDA(RUMAH PERLINDUNGAN) Leave a reply