Pemeriksaan Mammogram – Satu cara pengurusan kesihatan payudara

Kepong – 9hb April. Seramai 34 wanita dari Gombak Utara (sesi pagi), 24 orang dari Ukay Perdana dan Taman Keramat (sesi petang) telah menjalani pemeriksaan mammogram percuma. Pemeriksaan mammogram percuma ini merupakan projek dalam Skim Kesihatan Wanita: Mammogram Selangor (MammoSEL). Tujuan skim ini ialah merealisasikan kempen 1 juta wanita Selangor Sihat.

Rata rata wanita akan berfikiran paranoid apabila menyentuh isu kanser yang merupakan pembunuh nombor satu kaum wanita di Malaysia dan dunia. Wanita berisiko terhadap penyakit kanser payu dara dan servik sentiasa meningkat setiap tahun tahun demi tahun. Statistik terkini, seorang dalam 8 wanita atau kira-kira 15 peratus wanita dikhuatiri menghidapi kanser. Justeru wanita harus lebih memberi tumpuan kepada melakukan pemeriksaan payudara sendiri (Breast Self Examination) setiap bulan atau lima hari selepas haid. Selain dari BSE Pemeriksaan Mammogram setiap tahun adalah merupakan salah satu cara pengurusan kesihatan payudara untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit itu. pengesanan awal boleh memudahkan rawatan untuk pesakit tersebut termasuk mengelak pembuangan payu dara.

Atas kesedaran ini WIRDA dengan kerjasama pegawai DUN-DUN Daerah Gombak &  AJK Wanita Keadilan Gombak  mengambil peluang khidmat percuma ini dengan membawa wanita disekitarannya.

Rombongan ini diiringi oleh Presiden WIRDA Selangor & KL dengan dibantu oleh Puan Suraya Jaafar, wakil DUN Gombak Setia.

Setakat 28 Feb 2011, 4319 wanita Selangor telah menjalani pemeriksaan mammogram. 55 wanita berkemungkinan pesakit kanser. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa!

Cik Suraya Ramlan, seorang radiologis dan juga pegawai mamogram yang bertanggungjawab di Forrest Medical Center memberikan taklimat dan soal jawab mengenai Kanser, sebab musabab, cara pemeriksaan sendiri, tanda-tanda kritikal dan kaedah ringkas pemeriksaan mammogram.

Dalam ucapan ringkasnya, Presiden WIRDA mengucapkan syabbas dan mengalu-alukan kedatangan wanita –wanita ini kerena mereka peka dan perihatin terhadap kesihatan payudara. Beliau menyeru agar semua wanita Selangor merebut peluang ini sebelum terlambat. Cegah sebelum terkena dan parah.

Sebagai rakyat negeri Selangor, kita seharusnya mengambil dan menikmati apa sahaja tawaran dan khidmat yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam Program MES (merakyatkan Ekonomi Selangor). Contohnya kesedaran dan penerangan OSCC,  skim MIMBAR (Mikrokredit Miskin Bandar), Skim Mammosel, Bekalan  Air percuma, Mesra Usia emas, TAWAS, Tabung untuk anak-anak ke IPT dan lain lain.

Peserta mamogram kali ini diberikan sarapan pagi oleh wakil DUN Gombak Setia.

Mesyuarat Agung WIRDA

Gombak Setia – 27 Mac 2011 merupakan tarikh bersejarah dan istimewa buat WIRDA Selangor & Kuala Lumpur yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama bertempat di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat, Dewan Beringin, Taman Sri Gombak,. WIRDA (Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan, Pembangunan dan Pemerkasaan Wanita Kuala Lumpur & Selangor) telah diluluskan pendaftarannya dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) pada 13 Disember 2010 lepas.

Mesyuarat agung tahunan yang pertama WIRDA dihadiri kira-kira 15 ahlinya dari Selangor dan Kuala Lumpur. Isteri ADUN Hulu Kelang, YB Hj. Saari Sungib, Puan Aliza Jaafar turut hadir untuk memeriahkan mesyuarat agung ini.

Ucapan aluan disampaikan oleh Presiden penaja WIRDA Ir Hjh Endok Sempo. Mesej utama dalam ucapan aluan aluan ini adalah bagaimana kita hendak istiqamah dalam perjuangan. Bagaimana ‘budaya memberikan khidmat dan kebajikan kepada manusia ini sentiasa bersemarak dan terus membara. Himmah adalah kata kunci terhadap kelestarian gerak kerja  sukarelawan.

Himmah adalah paduan niat, maksud, Iradah” (kehendak), “Al ‘azimah” (tekad) dan kekentalan semangat dan pendorong untuk melakukan sesuatu yang dikaitkan dengan ketinggian

Mengambil kata kata hikmat Imam Ibn Qayyim pernah berkata:

“Orang yang berjalan mesti memiliki semangat yang akan menjalankannya dan menyampaikannya ke puncak. Sedangkan ilmu hanya menyuluh dan menunjukinya”

Sayyid Qutub selalu menegaskan:

“Rasulullah mengetahui bahawa tidak ada lagi waktu untuk tidur, sudah ada tugas berat, jihad yang panjang dan ia adalah kesungguhan dan kerja keras..”.

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang memiliki jiwa-jiwa yang kental (himmah) dari aspek: kemahuan yang tinggi, kesetiaan sejati, pengorbanan agung, dan ‘pemahaman tentang prinsip dengan menyakini sepenuhnya.

Memerkasakan nilai nilai “ Kemanisan pada memberi”, “Memberi melebihi dari Menerima”, “Bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain”,” Sweetness in giving & Giving is more than taking”– Namun segala gerak kerja dan khidmat sukarelawan ini perlu sentiasa di ‘nawaitu’ kan., diniatkan kerana Allah semata mata. Apabila setiap kerja diniatkan kerana Allah maka semuanya akan menjadi ibadah.

Dalam Mesyuarat agung pertama ini, pemilihan jawatankuasa kepemimpinan baru telah diadakan oleh ahli yang hadir. Melalui pemilihan kali ini, Hjh Ir Endok Sempo Tahir telah dipilih sebagai Presiden manakala Timbalan Presiden yang dipilih ialah Puan Faridah bt Abd Karim,

Barisan jawatankuasa lain yang dipilih bagi sesi 2011-2014 ialah Puan Nora’Aini bt Mohd Zain (Timbalan Presiden), Puan Ekmatul Manurah (Setiausaha), Puan Hjh Norliza bt Hj Baba (Bendahari), 4 orang AJK pula terdiri dari Rosnah bt M. Ariff, Norsiah bt Abd Rahman, Zaihedah bt Sapian dan Azma bt Yusuff. Dua orang pemeriksa Kira-kira ialah Puan Zailah bt Kamaludin dan Rahmah bt Siteh

Sesi Sumbang Saran dan brainstorming untuk berkongsi idea juga diadakan dalam suasana santai untuk menjalankan aktiviti dan melancarkan lagi pengoperasian WIRDA antaranya:

  • Penerangan dan kempen kesedaran anti keganasan rumahtangga dan gangguan seksual terhadap wanita dan fungi OSCC akan terus diadakan dari masa kesemasa.
  • Membantu dan bekerjasama dengan Pusat Komuniti Wanita dalam membantu wanita yang memerlukan dan ibu tuynggal untuk menjana pendapatan dan berbagai program pembangunan dan pemberdayaan wanita.
  • Menggandakan usaha penambahan ahli dan sukarelawan untuk membantu mangsa keganasan dan penganiyaaan dan menguruskan RUMAH WIRDA (rumah perlindungan transit wanita teraniya).
  • Berkongsi dan menyampaikan berbagai pengisian dan penerangan kepada wanita di samping menganjurkan program riadah dan sukan dengan persatuan wanita untuk networking dalam memberi khidmat yang efektif.
  • Mengadakan bengkel kemahiran pengucapan awam, celik IT dan penggunaan Multi-Media.

Wirda ziarah keluarga arwah Sosilawati

14 & 16 Sept: Wirda telah menziarahi mangsa pembunuhan kejam, Dato Sosilawati Lawiya di kediamannya di Taman Harmonis ,Gombak.

Lawatan kali pertama pada 14 september turut mengiringi Menteri  Besar selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim. Turut  serta Presiden Parti Keadilan Rakyat,  Dato’ Seri Wan Azizah Ismail, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, dan Exco kerajaan negeri selangor Dr Xavier.

Lawatan kali kedua pula membaca yassin dan tahlil yang turut di sertai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Wirda Selangor Haniza Talha, Ketua Muslimat Pas Pusat, Ustazah Nuridah dan Pengarah Wirda Selangor Ir Endok Sempoi.

Majlis yang bermula lebih kurang jam sebelas pagi itu , di hadiri lebih 150 orang.

Wirda beri sumbangan bantu Orang Asal

27 Ogos: Masyarakat Orang Asal perlu melakukan perubahan yang besar  dalam hati dan pemikiran dengan mengamalkan cara kehidupan Islam serta mementingkan pelajaran anak  mereka supaya anak mereka cemerlang dalam akedamik dan bertakwa

Demikian peringatan yang diberikan Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Hassan Ali ketika berucap pada majlis Penyampaian Bantuan Kepada Anak-anak Yatim, Fakir Miskin dan Ibu Tunggal anjuran Women’s  Institute for Research, Development and Advancement (WIRDA) di Surau Al-Hidayah, Batu 12 yang turut di hadiri Pengarah WIRDA, Ir Endok Sempo .

Tambah beliau lagi tempat melakukan perubahan itu bukan di warung, di tepi jalan atau di kaki lima tetapi tempat melakukan perubahan itu ialah di rumah Allah.

“Rajin-rajinlah datang ke surau  dengan membawa anak dan isteri dengan menjadikannya sebagai rumah kedua kita, katanya.

Seramai 40 anak-anak yatim dan 25 ibu tunggal menerima sumbangan yang disampaikan oleh Hasan.

Sepintas lalu aktiviti Wirda 2009- Jun 2010

WIRDA telah menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan, memberdayakan wanita, penerangan dan menghadiri undangan ke majlis daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Aktiviti ini merapatkan lagi hubungan WIRDA dengan masyarakat dan beberapa Badan NGO yang lain.

Di dalam suatu masa WIRDA telah memberikan buah fikiran atau idea bagi membangunkan masyarakat dengan ilmu dan hak mereka terutama kepada wanita juga mempelajari pengalaman daripada pihak yang lain.

Terima kasih kepada keluarga WIRDA Selangor yang memberikan komitmen yang tinggi di dalam setiap program yang dirancang.

Rantaian Mesra

25 Okt 2009: Program anjuran Wanita JIM Wilayah Persekutuan bertujuan beramah Mesra dengan NGO
Wanita Islam dan merancang mengadakan jaringan kerjasama di masa akan datang.

WIRDA adalah antara jemputan di majlis ini telah menghantar 3 wakil.

Siri Kepimpinan Wanita 1: Cedaw dan Dasar Wanita Negara

2 Apr: Kursus anjuran Wanita JIM telah di adakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang Cedaw dan Dasar Wanita

Negara mengenai peranan NGO untuk mengubah kepincangan dalam dasar wanita.

Antara penceramah jemputan ialah Dr Zeenath Kausar, penulis buku Muslim Women at the Crossroads dan pemikir wanita Islam yang kreatif.

Wirda telah menghantar 6 peserta.

Sumbangan Kerusi Roda di Dun Batu Caves

2 Mei: Sumbangan 2 buah kerusi roda kepada penduduk di Dun Batu Caves oleh Persatuan Prihatin dan Penyayang Rakyat Malaysia (PPRM).

WIRDA sebagai Fasilitator mengenal pasti penerima sumbangan.

Sumbangan ini telah diserahkan oleh Presiden PPRM, K Jeevan.

Seminar Wanita Keluarga dan Wanita

12 Mei: Seminar ini anjuran Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Puspanita JAWI di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Seminar ini memberi kesedaran tentang perlunya keseimbangan dalam memenuhi tuntutan keluarga dan kerjaya untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja.

Ia juga memberi tips bagaimana sesebuah keluarga dapat dibentuk menjadi Keluarga bahagia yang memenuhi tuntutan Islam walaupun wanita itu bekerjaya.

Makan Malam bersama Vijayaratnam Foundation

14 Mei: WIRDA menghadiri majlis makan malam anjuran Vijayaratnam Foundation di Subang.

Sebelum ini Wirda telah bersetuju untuk bekerjasama dalam program pendidikan untuk remaja.

Program tersebut dijangka akan bermula awal Oktober 2010.

Perbincangan membentuk Jaringan Gabungan NGO Wanita Islam

19 Mei: Pihak Yadim menjemput WIRDA dan beberapa NGO Wanita Islam berbincang mewujudkan Jaringan Gabungan NGO Wanita Islam supaya suara wanita Islam lebih didengari.

Perbincangan itu telah diadakan di Pejabat Yadim di Kuala Lumpur antaranya membentuk Gagasan Wanita sebagai jalan penyelesaian kepada banyak kekusutan yang menimpa ummah pada hari ini.

Suara wanita yang mewakili gagasan ini harus lantang kedengaran dalam menyelesaikan setiap permasalahan.

Mesyuarat Agung Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor

19 Jun: WIRDA dijemput untuk mengikuti perjalanan mesyuarat Agung dan menjadi ahli gabungan kepada Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor di Petaling Jaya.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Tetap Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi,  Rodziah Ismail.

Pelancaran IKRAM

20 Jun: Pertubuhan IKRAM Malaysia, sebuah pertubuhan dakwah, Kebajikan serta tabiah yang mengambil peduli urusan kehidupan masyarakat umum sejajar cara hidup dan ajaran Islam telah dilancarkan di Seri Kembangan.

Pertubuhan itu adalah gabungan daripada beberapa NGO Islam dan WIRDA dijemput ke Majlis yang telah dihadiri lebih 4000 orang.

Sukarelawan Wirda sertai Pantas bantu mangsa gempa di Padang

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

Tragedi ngeri gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera pada 30 September 2009 telah menyebabkan 1,115 kematian, 1214 cedera parah dan 1,688 cedera Ringan. Gempa pertama dengan kekuatan 7.6 skala Ritcher dengan pusat gempa (episentrum) 57 km di barat daya Kota Pariaman (00.84 LS99. 65BT) pada ke dalaman (hiposentrum) 71 km jam 17:16:WIB.  Gempa kedua pula sebesar 6.2 pada skala Ricther berpusat di 46 km tenggara Kota Sungai Penuh  pada jam 8:52 WIB dengan kedalaman 24 km  itu telah menyebabkan banyak kemusnahan harta benda,  rumah dan bangunan.

Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas)  telah turut serta untuk membantu rakyat Padang. Misi yang di ketuai oleh Pengarah Operasi Pantas, Zuraida Kamarudin merangkap Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wirda Pusat bersama sekumpulan sukarelawan telah terbang ke Padang pada fasa ke-lima. Seorang ahli Wirda juga telah turut serta dalam misi menyelamat ini.

Mereka telah memulakan operasi di daerah Parit Malintang, Pariaman, yang terdapat 9 buah kampung di dalamnya. Kemudahan asas di kawasan ini agak jauh ketinggalan. Kehidupan mereka tidak ubah seperti era 60-an. Kebanyakan penduduk di sini miskin dan bekerja sebagai petani dan bertukang. Geografi kawasan ini diliputi sawah padi, dusun tanaman dan hutan semulajadi.

Pada awalnya misinya kabur apakah bentuk bantuan yang perlu mereka salurkan kepada penduduk Padang. Sukarelawan telah menyerahkan bantuan berbentuk tilam, pakaian, dan sumbangan meterial seperti batu-bata, simen dan atap bagi membaiki rumah-rumah penduduk yang rosak dan membaikpulih surau-surau pada awalnya.

Setelah beberapa lama di sana akhirnya Pantas mendapati penduduk di sana sukar untuk mendapat bekalan air bersih.  Mereka terpaksa berjalan jauh meneruni lurah sejauh 2 hingga 5 kilometer untuk mendapatkan bekalan  air di lopak-lopak atau mata air. Airnya pula didapati kurang terjamin kebersihannya.

Memandangkan keadaan yang sukar di hadapi oleh penduduk kawasan ini akhirnya Pantas memilih untuk membina “sumur” (boring) bagi menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk tempatan. Penduduk tidak lagi perlu berjalan jauh untuk mengangkut air ke kediaman mereka.

Pantas telah membina 13 “sumur”. Setiap sebuah ” sumur” dibina dengan kos RM5 ribu. “Sumur” ini telah di bina dengan seliaan  dua orang koordinator yang mahir iaitu Norazwan Ramli dan Hamsah Jabir.  Antara kampung yang telah dipilih dibina “sumur” ini ialah Kampung Pauh, 4, Kampung Padang Baru, 1, Kampung Pasar Limau, 2, Kampung Padang Tuboh, 1, Kampung Padang Gadang, 1, Kampung Tengah, 2, Kampung Universitas Andalas, 1, Kampung Cupadak Mentawai, 1, dan sebuah sekolah rendah (SD 26).

Kejayaan membina “sumor” di daerah ini telah menyebabkan nama Pantas sentiasa berada dibibir penduduk tempatan. Mereka amat berterima kasih dengan bantuan dan sumbangan yang telah Pantas berikan kepada mereka. Setiap kali sukarelawan Pantas melalui kampung anak-anak kecil akan menjerit “terimakasih Pantas” dengan berulang-ulang sambil melambai-lambaikan tangan. Penduduk juga sentiasa  menyambut kedatangan sukarelawan Pantas dengan penuh mesra dengan menghidangkan mereka pelbagai masakan minang dan buah-buahan tempatan.

Pantas bina surau

Sukarelawan Pantas juga telah mendirikan surau untuk penduduk kampung Tangah Parit Malintang di Pariaman.

Surau yang di bina dengan kos RM50 ribu yang ditanggung sepenuhnya oleh pantas telah di beri nama sempena nama negeri “Selangor Darul Ehsan.”

Surau ini telah dirasmikan oleh Pengarah Operasi Pantas, Zuraida Kamarudin merangkap Ahli Parlimen Ampang, yang mewakili Menteri Besar selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim.

Majlis turut di hadiri oleh Wali Nagari, Syamsuadi, Camat (penghulu), AB Bujang, dan sembilan wali korun (ketua kampung) yang mewakili 9 kampung.

Aturcara yang bermula jam tiga petang dan berakhir 8.30 malam itu telah disambut  secara tradisi dan meriah oleh kira-kira 500 penduduk kampung.

Zuraida yang berucap dalam dialek minang berkata beliau mahu supaya penduduk tempatan mengimarahkan surau dan membuat aktiviti keagaamaan dan ilmuan.

“Saya berharap surau ini bukan sekadar tempat orang kampung bersembahyang tetapi juga menjalankan aktiviti pengajian untuk kanak-kanak seperti kelas mengaji dan fardhu ain.”

“Kebanyakan NGO lain lebih fokus kepada medical theraphy dan trauma healing tetapi Pantas memilih fokus kepada sosial ekonomi dan masyarakat bagi membantu penduduk Padang”.

“Walaupun rombongan kali ini adalah misi pantas yang terakhir tetapi Pantas akan terus cuba membantu rakyat Padang,” katanya.

Dalam ucapan Syamsuadi pula beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pantas dan memuji sukarelawan membantu penduduk Padang dengan ikhlas dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Beliau juga berkata Pantas akan selalu di hati penduduk Padang dan jasa mereka membantu penduduk Padang akan sentiasa diingati.

Pemeriksaan Kesihatan dan pemberian ubat  oleh Pakar Perubatan dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan)  juga telah diadakan.

Pada malamnya pula selepas solat maghrib, satu pelantikan jawatankuasa surau dan kutipan derma diadakan.

Haluan mahu bekerjasama

Kejayaan Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) membina 13 “sumur” di 9 kampung daerah Parit Malintang, Pariaman di Padang telah menarik minat  Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) untuk berkongsi kepakaran membuat “sumur’.

Haluan yang memilih Kota Pariaman sebagai Pusat Bantuan sebelum ini hanya menekankan medical theraphy dan trauma healing tertarik dengan pembinaan sumur setelah melawat sumur-sumur yang telah dibina oleh Pantas.

Menurut jurucakap Haluan, Mohd Fazlon, apa yang dilakukan oleh Pantas dengan membina sumur adalah langkah yang tepat sesuai dengan keperluan penting masyarakat tempatan yang sukar mendapatkan bekalan air di kebanyakan kawasan di Padang.

Pantas telah membantu Haluan membina sumur di Pusat Bantuan mereka di Kota Pariaman bagi kemudahan orang ramai.

Haluan juga berharap mereka dapat bekerjasa dengan Pantas dalam mana-mana operasi bantuan di masa-masa akan datang.

Kempen OSCC di Kg Melayu seri Kundang


Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

22 November 2009

KEMPEN kesedaran One Stop Crisis Centre (OSCC) telah di adakan di Dewan Seri Kundang , Kampung Melayu Seri Kundang di Rawang telah diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang isu keganasan rumahtangga.

Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor.

Wirda Selayang (Selangor) sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)  telah diamanahkan untuk menjalankan dan mengendalikan kempen tersebut.

Turut hadir  dalam majlis itu ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Selayang,William Leong Jee Keen, Ahli Majlis Perbandaran Selayang dan juga Penyelaras  ADUN Kuang Encik Abdul Rahim Wahab, Pengarah Wirda Selangor, Ir Endok Sempo, dan Pengarah Wirda Selayang, Datin Aminah Md Yasin.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Abdul Rahim dan perasmian penutup oleh Rodziah.

Program ini menampilkan penceramah yang dilantik oleh Sekretariat OSCC , Zawiyah Mohd Amin yang menyampaikan ceramah modul 1:”Katakan TIDAK kepada Keganasan Rumahtangga. Modul ke 3: Sesi Forum OSCC menampilkan empat ahli panel yang mewakili pelbagai agensi iaitu Dr Aina Wahida dari Hospital Selayang, Inspektor Rashidah dari Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, Musa Awang seorang peguam cara dan Saiful Nizir dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Ir Endok Sempo binti M Tahir menjadi moderator forum.

Persembahan Multimedia OSCC, peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun turut diadakan.

OSCC telah ditubuhkan sejak 1997 namun masih ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1, diperkasakan semula program OSCC dimana kempen kesedaran  dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan NGO

Ia bertujuan memberi kesedaran dan maklumat  apakah tindakan yang perlu diambil oleh masyarakat dalam menangani isu keganasan rumahtangga, cabul, liwat dan dera.

Menurut Abdul Rahim, beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan negeri dan Wirda kerana mengambil tanggungjawab sosial untuk memberi penerangan kepada rakyat.

“Jika kita berkata syurga adalah bawah tapak kaki ibu tetapi sekarang ini, wanitalah yang paling banyak kena tapak kaki lelaki.

“Dengan adanya OSCC diharap wanita dapat pergi ke tempat yang betul untuk memnta pertolongan jika menghadapi masalah seperti ini,” katanya.

Aminah pula berkata Kempen Kesedaran OSCC ini adalah maklumat untuk masyarakat dan pemimpin bagi membendung gejala keganasan rumah tangga, seksual dan dera.

Beliau juga berharap pemimpin masyarakat memainkan peranan mereka dalam mendidik masyarakat terhadap perlunya kempen ini terus dijalankan.

OSCC ini perlu dibicarakan oleh orang-ramai dan pemimpin mesti mensosialisasikan (memasyarakatkan) OSCC supaya wanita mengetahui hak-hak mereka kata Rodziah.

“Kita tegas untuk menangkap pelaku  (keganasan, seksual dan dera) yang durjana.

“OSCC akan sentiasa menjaga maruah mangsa dan mangsa tidak perlu takut untuk membuat laporan polis kerana undang-undang dan akta yang ada di negara ini sentiasa melindungi mereka,” ujarnya lagi.

Beliau berharap program ini bukan sahaja di laksanakan di peringkat Dun tetapi juga di peringkat taman-taman perumahan dan kampung oleh pemimpin-pemimpin masyarakat.

Unik- Kempen OSCC Dun Bukit Antarabangsa

8 Ogos 2009

Program kempen keganasan rumahtangga di DUN Bukit Antarabngsa memang unik! kerana ramai kaum Adam yang hadir dan mereka melibatkan diri dengan aktif sekali dalam sesi soal jawab forum.

SAMBUTAN secara keseluruhannya daripada penduduk DUN Bukit Antarabangsa sangat menggalakkan dengan kehadiran 90 orang dewasa dan 26 orang kanak-kanak. Ini kerana penyelaras ADUN memberi kerjasama yang baik dengan mengadakan mesyuarat pra-program bersama ketua-ketua komuniti dan ahli majlis. Penyelaras DUN Bukit Antarabangsa, Encik Roslin Rosli telah meminta komitmen daripada ketua-ketua komuniti untuk menghantar wakil, dari institusi masjid, kuil, dan tokong.

Antara VIP yang hadir adalah YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang) yang sekaligus memberikan ucapan penutup program kempen ini, Tn. Hj Izzuddin (Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya & Ketua Kampung Bukit Antarabangsa), Tan Hua Meng mewakili komuniti masyarakat cina Pekan Ampang, R Logendren mewakili komuniti Flat Pandan Mesra, Puan Hayati Samad  (Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya), Nor Intan bte Mohd Ali sebagai Ketua Wanita Keadilan serta Rodziah Asnahan mewakili Muslimat PAS.

Majlis telah dirasmikan oleh penyelaras ADUN Che’ Roslin b. Rosli dan telah ditutup oleh YB Zuraidah Kamarudin.

Pada kali ini, kehadiran kaum lelaki lebih ramai daripada kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa subjek keganasan rumahtangga begitu mendapat perhatian dari kalangan kaum lelaki yang duduk di kawasan bandar.

Ceramah untuk modul 1: Katakan tidak kepada keganasan rumahtangga disampaikan oleh Puan Ir Hjh Endok Sempo bt M Tahir,manakala forum pula di kelolakan oleh Dr Patmawati binti Ibrahim sebagai moderator pilihan utama merangkap ketua unit R & D WIRDA Selangor.

Ahli-ahli panel terdiri daripada:

1. Dr Kamaruzaman Abd Karim(Jabatan Kecemasan Hospital Ampang).

2. En. Mad Ariffin b. Hj Razali (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak).

3. Puan ASP Shaheela bte Abu Bakar ( Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang) 

4. Tuan Hj Ahmad bin Daud  (Peguambela dan peguamcara dari Ahad Daud & Co yang juga merupakan ahli BAR council) 

Lebih kurang 50 peratus yang hadir pernah mendengar mengenai OSCC tetapi kurang mengetahui caranya beroperasi.

Penduduk mengharapkan agar program-program kesedaran seperti ini  selalu diadakan di kawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat  ADUN tetapi sehingga sampai ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Penglibatan media.

Pihak WIRDA telah memanggil beberapa wakil media untuk membuat liputan mengenai program ini, tetapi malangnya mereka tidak dapat hadir pada hari tersebut, kerana banyak program-program nasional berjalan serentak.

Kesimpulan:

Program berjalan dengan jayanya. Walaupun kehadiran tidak mencapai 100 orang (kurang sedikit)  namun peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif kerana program ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota  polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor


KARNIVAL AMPANG JAYA GABUNGKAN OSCC DUN Cempaka dan DUN Teratai

20 JULAI 2009

KARNIVAL AMPANG Jaya yang diadakan dari 17 sehingga 19 Julai 2009 merupakan puncak kempen OSCC yang amat berjaya kerana karnival ini menggabungkan aktiviti kempen OSCC dua DUN, ie DUN Cempaka dan Teratai. WIRDA Selangor mendapat kerjasama yang baik dari wakil ADUN Cempaka, Encik Rozi bin Man dan ADUN Teratai , Jennice Yung Hua  dan wakilnya,  Jennifer K.H. Tnew (Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya).

Majlis dipengerusikan oleh Puan Syarifah Norhayati Syed Omar, Moderator forum ialah Dr Patmawati Ibrahim, manakala ahli panel terdiri dari:

1.Dr Normaimun bte Musni(Jabatan Kecemasan Hospital Ampang).

2.  Puan Nor Adelin bte Nordin (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat).

3.    Puan ASP Shaheela bte Abu Bakar ( Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang).

4 Puan Afzan Harrison Zainuddin  (Peguambela dan peguamcara dan ahli BAR council) 

Sambutan daripada penduduk seluruh Ampang Jaya amnya dan penduduk DUN Cempaka dan DUN Teratai khasnya sangat menggalakkan, dengan kehadiran peserta yang didaftarkan seramai 245 orang.

Pada kali ini tidak diadakan peraduan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak kerana ada acara-acara lain anjuran pihak karnival yang lebih menarik dan sesuai.Secara keseluruhan karnival ini dikunjungi oleh lebih 10,000 orang selama dua hari 3 malam dengan pelbagai acara.

Penyelaras ADUN Cempaka mencadangkan untuk bekerjasama dengan MPAJ dalam menjalankan program Karnival MPAJ, penyelaras ADUN Teratai pula bersetuju untuk menggabungkan program OSCC dalam karnival tersebut. Tujuannya adalah utuk mengambil peluang ini untuk memberi penerangan kepada seramai mungkin rakyat di kawasan Ampang Jaya.

MPAJ telah mengedarkan 10 ribu handills dan leaflet dan lebih 200 keping bunting di kawasan-kawasan strategik MPAJ. Dalam karnival ini, WIRDA Selangor dengan kerjasama DUN Cempaka telah menyewa satu gerai khas untuk OSCC. DUN Teratai telah menyediakan berbagai hadiah nombor bertuah untuk peserta yang datang awal dan memebrikan feedback yang bai.

Karnival ini berlangsung selama 2 hari 3 malam. Sepanjang  karnival berjalan  WIRDA telah memberi penerangan dan mengedarankan leaflet  kepada umum. MPAJ telah berikan slot forum OSCC bermula pada pagi Sabtu 8.30 pagi sehinggu pukul 11 tengahari.

Lebih kurang 50 peratus yang hadir pernah mendengar mengenai OSCC tetapi kurang mengetahui caranya beroperasi.

Maklumbalas dari kaum China yang hadir ialah mereka mahukan modul dalam bahasa mandarin untuk lebih memahami dan mendalami isu keganasan rumahtangga. Mereka juga mahukan agar special program diadakan khusus untuk kaum China dan diadakan dalam bahasa Mandarin di taman taman perumahan yang majoriti kaum china.  

Penduduk mengharapkan agar program-program kesedaran seperti ini  selalu diadakan di kawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat  ADUN tetapi sehingga sampai ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Penglibatan media.

Pihak WIRDA telah memanggil beberapa wakil media untuk membuat liputanmengenai program ini, ada beberapa wartawan media perdana yang hadir tetapi malangnya berita mengenainya belum dikeluarkan.

Program berjalan dengan jayanya. Walaupun kehadiran sedikit namun peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif keranaprogram ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota  polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan program program sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh

Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor

Kempen Kesedaran OSCC Dun Dusun Tua

12 Julai 2009

 

Program Kempen kesedaran Mengenai Keganasan Rumahtangga telah berjaya diadakan dengan bantuan dan sokongan wakil ADUN Dusun Tua, En Mohd Sani. Perancangan yang baik telah dibuat bersama dnegan Ustaz Afrodi pembantu nya. Sambutan dari penduduk sekitar amat menggalakan dengan kehadiran seramai 85 orang dewasa dan 46 kanak-kanak.  Kehadiran anak anak yang ramai kerana adanya slot program peraduan melukis dan mewarna.

Penyelaras ADUN telah mengadakan hebahan yang sangat baik dan menggantung banner-banner tambahan seminggu sebelum program diadakan. Beberapa ribu ‘handbills’ dan leaflet mengenai program ini diedarkan di semua kawasan perumahan, taman, rumah pangsa, surau dan masjid.

Pihak penganjur mendapat kerjasama yang baik daripada Muslimat PAS, danWanita Keadilan dan NGO-NGO yang lain. Penduduk kawasan DUN Dusun Tua menunggu  menunggu program ilmiah dan informatif berguna seperti ini. Lebih 90 peratus seolah olah tidak pernah tahu mengenai kewujudan OSCC dan peranannya. Jadi program ini membuka mata mereka mengenai isu yang dekat dengan wanita ini. Mereka merasa terbela dan dibela.

Pegawai Daerah Kajang dan ketua-ketua kampung telah hadir ke program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat,YB Dr Che’ Rosli b CheMat dan telah ditutup oleh YB Rodziah Ismail. Doa telah dibacakan oleh Ust Muhammad Afrodi

Wakil penduduk dari kawasan dan taman-taman yang berdekatan juga meraikan program yang julung2 kali diadakan di kawasan mereka. Penduduk mengharapkan agar program program kesedaran seperti ini  selalu diadakan di kawasan kawasan yang lebih meluas bukan hanya diperingkat  ADUN tetapi sehingga sampai ke akar umbi, peringkat kampung, taman perumahan dan majlis perbandaran.

Pengarah Program dan sekaligus menjadi moderator Forum ialah Ir Hajah Endok Sempo Tahir, manakala majlis dipengerusikan oleh Puan Shahlawati Yusof. Ceramah modul 1: “Katakan tidak kepada keganasan rumahtangga disampaikan oleh Puan Zawiah bt Mohd Amin.

Ahli Panel forum :

1. Dr. Norzilah bte Abu Zaharin  (Doktor pakar dari Jabatan Kecemasan Hospital Serdang).

2.    Pn.  Norizah bte Azamuddin (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat). 3. Inspektor Nor Amirah bte Azmi ( Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang), 4. Puan Afzan Harrison  Zainuddin  (Peguam  dan  ahli BAR Council) yang bercakap menegnai  Literasi Undang-Undang yang melindungi  wanita & Biro Bantuan Guaman 

Kesimpulan:

Program berjalan dengan jayanya dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkkan. Peserta memberikan maklumbalas yang positif kerana program ini menarik, berkesan  dan menimbulkan kesedaran. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan kerana peserta mengatakan bahwa kebanyakan mereka kini telah mula memahami Fungsi OSCC, peranan kakitangan hospital di wad kecemasan dan hubungannya dengan OSCC, peranan anggota  Polis dan pegawai JKM. Kini mereka telah tahu bagaimana cara meminta pertolongan jika berlaku kes kes keganasan rumahtangga terhadap keluarga dan jiran tetangga dan juga tahu bagaimana cara menolong Mangsa keganasan rumahtangga. Kerjasama erat antara NGO dengan pusat khidmat ADUN perlu disokong dan diteruskan.  Ketua ketua kampung seharusnya diberi tangungjawab untuk menjalankan programprogram sebegini dimasa akan datang.

Laporan disediakan oleh

Ir Hjh Endok Sempo binti M Tahir

Pengarah WIRDA Selangor