Isteri untuk disayang bukan disepak terajang

Isteri untuk disayang bukan disepak terajang

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive#.TxLb5RApyPZ.email


KEBAHAGIAAN dalam rumah tangga sudah menjadi impian setiap pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan.

Namun, timbulnya pertelingkahan dalam hubungan merupakan asam garam kehidupan berumah tangga.

Mahu tidak mahu itulah harga yang harus dibayar apabila mereka mengambil keputusan melayari bahtera bersama.

Tidak terkecuali Julia (bukan nama sebenar) yang turut mengimpikan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia di samping suami yang dikahwini atas dasar cinta.

Dia yang mula mengenali suaminya itu pada usia 16 tahun menyulam cinta selama dua tahun sebelum disunting buah hatinya itu.

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, suami yang dikasihinya itu dilihat semakin berubah sikap. Daripada seorang yang penyayang, suaminya sering bersikap panas baran.

Tidur bawah jambatan

“Dengan apa yang saya alami ini, memang benarlah kata orang masa bercinta, semuanya indah. Bagi saya perubahan ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan usia perkahwinan kami masih muda,” ujarnya.

Ketika diajak mengimbau perjalanan hidupnya itu, air mata Julia mula bergenang apabila bercerita tentang keperitan yang pernah dilalui dalam hidupnya.

Tiada apa yang lebih menghayat hati Julia apabila dia bersama anak kecilnya itu pernah merempat di bawah jambatan Sungai Klang berdekatan dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Damai, Kuala Lumpur selama satu hari.

Semuanya kerana suaminya itu tidak mampu menyewa rumah sehingga memaksa mereka berteduh di bawah jambatan. Suami Julia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan syarikat swasta hanya mampu memperoleh pendapatan RM800 sebulan.

RUMAH Wirda terletak di Ampang Jaya yang menerima pelbagai kes wanita berdepan dengan krisis rumah tangga.

“Masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Sudahlah tidak mandi kami terpaksa tidur hanya beralaskan kotak dan surat khabar. Lebih menyayat hati saya kerana anak kami waktu itu baru berusia lima bulan,” ujarnya sambil memberitahu perkara itu tidak akan dilupai sepanjang hayatnya.

Kesempitan hidup telah mengubah sikap suami Julia. Jika dulu sewaktu berkasih sayang, belaian dan pelukan menjadi penambat hati tetapi, selepas setahun berumah tangga ia bertukar dengan sepak terajang tanpa belas ihsan.

Tidak tahan didera suami, Julia pernah beberapa kali membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

Namun, selepas dipujuk beberapa kali oleh suaminya, dia menarik semula laporan polis tersebut kerana terlalu sayangkan suami.

“Dia berjanji akan berubah setiap kali saya membuat laporan. Mungkin kerana percayakan kata-katanya itu, saya memaafkannya,” tutur Julia yang turut bekerja mencuci pinggan untuk menambah pendapatan keluarga ketika itu.

Janji tinggal janji, perlakuan ganas dan kegagalan si suami mengawal sikap panas barannya langsung tidak berubah bahkan, semakin menjadi.

Akhirnya kerana sudah tidak tahan lagi membiarkan tubuhnya menjadi seperti beg tinju Julia nekad melarikan diri.

“Kalau dulu mula-mula saya larikan diri saya tidur di bawah jambatan, kali ini saya memilih untuk berlindung di masjid. Mujur saya menemui seorang imam yang akhirnya membawa saya ke rumah Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur (Wirda) yang terletak di Ampang Jaya.

“Di sini, saya mendapat perlindungan termasuk makan minum yang turut ditanggung pihak Wirda. Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya saya mendapat tempat perlindungan,” ujar anak yatim piatu itu.

Bagaimanapun, Julia bertekad untuk mencari peluang pekerjaan demi menyara kos perubatan anaknya yang menghidap penyakit sawan.

Nasib sama

Nurul (bukan nama sebenar), 30, terpaksa menahan derita lebih 10 tahun kerana campur tangan ibu mertua dan jiran.

NURUL (dua dari kiri) menceritakan semula peristiwa hitam yang pernah dilalui dalam hidupnya kepada wartawan Kosmo.

Dia yang berkahwin atas dasar cinta ketika berusia 18 tahun tidak menyangka campur tangan kedua-dua pihak tersebut menyebabkan dia diceraikan talak tiga.

Nurul yang merupakan pekerja kilang mengakui, kesabaran dia memuncak kerana ditohmah dengan pelbagai fitnah.

“Cuba bayangkan, pagi keluar bekerja dan malam baru balik rumah tetapi, timbul cerita saya suka membomoh penduduk di sekitar kawasan itu.

“Bukan sahaja pelik tetapi, saya sendiri tidak mengetahui motif sebenar jiran termasuk ibu mertua saya mengada-adakan cerita-cerita sedemikian. Walaupun dikata macam-macam saya pekakkan telinga, tutup mata dengan gelagat mereka sebab sayangkan rumah tangga.

“Keadaan bertambah teruk apabila ibu mertua menyampaikan cerita-cerita terbabit kepada suami. Apabila sampai ke telinga suami, apa lagi kalau bukan sepak terajang yang saya dapat,” tuturnya menahan sebak.

Bagaimanapun, episod malang itu tidak terhenti di situ sahaja sebaliknya dugaan dan fitnah yang datang semakin bertimpa-timpa.

Tohmahan semakin menjadi-jadi sehingga memaksa suami terus menjatuhkan talak tiga disebabkan terlalu marah.

“Ekoran kehilangan tempat berteduh, saya menghubungi abang untuk membantu saya mencari tempat perlindungan. Kemudian dia membawa saya ke Wirda,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul tidak pernah menyesal atas nasibnya yang berkahwin muda, wanita ini reda ketentuan Ilahi untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Nasihat saya, jangan terlalu bergantung harap kepada lelaki kerana zaman bercinta dan berumah tangga amat berbeza dan sukar diramal,” ujarnya.

Bagi pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, seseorang wanita yang dikahwini itu bukan untuk dikasari.

“Mereka perlu diberi kasih sayang sepenuhnya kerana golongan wanita memberikan lebih daripada itu untuk suami dan keluarga. Contohnya mereka sanggup berkorban menahan kesakitan demi melahirkan zuriat buat suami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang perlu diambil seseorang wanita yang didera beliau menyarankan, golongan tersebut mesti berani bertindak dengan melaporkan perkara itu kepada ahli keluarga terdekat seterusnya pihak berkuasa.

FARIDAH (kanan) bermesra dengan anak salah seorang penghuni Wirda.

“Dengan cara itu, mereka boleh membantu diri sendiri dan menyelamatkan diri untuk keluar daripada belenggu itu.

“Jadi, jangan hanya berdiam dan melayan kesengsaraan itu seorang diri,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, kebiasaannya seorang wanita tidak sanggup membuat aduan laporan polis terhadap penderaan yang dilaluinya.

“Ia kerana mereka khuatir akan ditinggalkan si suami. Walau bagaimanapun, mereka perlu sedar sekiranya penderaan itu sudah mencapai pada tahap kritikal iaitu boleh membawa risiko maut jadi sudah tiba masanya untuk mereka berani tampil untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Anak-anak Penghuni WIRDA mendapat perlindungan Insurans

Perlindungan insurans PetPet

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive#.TxLb5RApyPZ.email

Kuan Mun Jen (kanan) memberikan lampin pakai buang PetPet kepada Faridah Abd. Karim dalam usaha membantu ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

 

ANAK adalah kurniaan yang tidak ternilai. Tetapi bebanan membesarkan anak amat berat. Apatah lagi dengan kos sara hidup dan perubatan yang sentiasa meningkat.

Begitu yang dihadapi bagi ibu tunggal yang terabai, teraniaya atau kurang berkemampuan, dalam usaha memastikan bayi mereka mendapat segala keperluan asas untuk membesar.

Memandangkan bebanan berat yang perlu dipikul oleh ibu-ibu tunggal ini seiring dengan risiko serta kos sara hidup yang semakin meningkat, PetPet bekerjasama dengan Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur (Wirda) membantu ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara menerusi program Insurans Percuma PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa.

Kerjasama itu lanjutan program yang bertujuan memberikan ibu-ibu dan si manja perlindungan daripada risiko yang tidak diduga.

Ketua Pemasaran Disposable Soft Goods (M) Sdn. Bhd. (DSG), Kuan Mun Jen berkata, PetPet benar-benar memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu baru bersalin.

Sebabnya itu pada tahun ini pihaknya mengambil keputusan melanjutkan program Insurans Percuma PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa kepada ibu-ibu yang paling memerlukan dan tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk melindungi diri sendiri dan bayi mereka yang baru lahir.

“Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Wirda untuk menghulurkan tangan kepada ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara,” katanya.

Menerusi kerjasama itu katanya, PetPet dapat membantu ibu-ibu tunggal dengan anak mereka yang baru lahir (berusia 0-3 bulan) dengan memberi mereka perlindungan insurans percuma bernilai RM12,000 selama setahun dan bekalan lampin pakai buang PetPet.

Sementara itu, Naib Presiden Wirda, Faridah Abd. Karim berkata, pihaknya yakin program itu dapat membantu ibu-ibu yang kurang mampu memulakan perjalanan mencabar sebagai ibu.

“Kami gembira kerana warga korporat yang baik seperti DSG tampil membantu ibu-ibu yang memerlukan sokongan untuk mengharungi masa yang mencabar bagi diri mereka sendiri dan bayi mereka.

“Saya harap kesedaran yang dicetuskan oleh program ini akan mendorong orang ramai dan lebih banyak syarikat korporat untuk memberi sokongan,” tambahnya.

Program PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa boleh didapati di kebanyakan hospital di seluruh negara. Untuk mendaftar, ibu-ibu hanya perlu mengikuti langkah mudah yang terdapat pada pek PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa yang diberikan bersama New Mom Bag secara percuma kepada setiap bayi baru lahir dan ibu-ibu apabila keluar dari hospital selepas bersalin.

Maklumat lanjut tentang perlindungan insurans PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa juga boleh diperolehi menerusi Facebook PetPet, http://www.facebook.com/PetPetMY.

Pet Pet provides underprivileged moms and babies with insurance protection

Pet Pet provides underprivileged moms and babies with insurance protection

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=central&file=/2011/11/25/central/9936309#.TtrrFbCtK7U.facebook

WHILE having a child is priceless, raising a child can be a costly affair for an average Malaysian family.One basic aspect that is often neglected and seen as least important is insurance coverage protection for parents and their newborns.However, for a single, abandoned, abused or an underprivileged mums, ensuring their babies have the basic necessities to grow trumps everything and anything else that comes along.

For needy moms: Kuan (right) presenting the Pet Pet Easy Start Insurance Pack and Pet Pet diapers to Faridah.

With the heavy burdens resting on these mums’ shoulders and the increasing risk and living costs these days, Pet Pet has partnered with Wirda (Association of Women’s Initiative for Research, Development and Advancement of Selangor and Kuala Lumpur) to help underprivileged moms with newborns (0-3 months old) nationwide through the Pet Pet Easy Start Programme which offers free insurance protection.

The partnership is an extension of the programme which aims to provide underprivileged mothers and their little ones with protection from unexpected risks, giving them peace of mind for a truly easy start to their motherhood journey.

“At Pet Pet, we understand the challenge that mothers with newborns face through the early stages of their motherhood journey. Hence, we decided to extend the programme to moms who need it the most and do not have the financial capability to protect themselves and their newborns with the insurance coverage they need.

“We are pleased to partner with Wirda to reach out to underprivileged mothers nationwide through this programme,” said Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd (DSG) marketing head Kuan Mun Jen.

“Through this partnership, we are able to give them free one-year insurance coverage worth RM12,000 and a supply of Pet Pet diapers to help them begin their motherhood journey with their little bundle of joy,” said Wirda vice- president Faridah Abd Karim.

“The mothers who come to us need all the support they can get. We are glad that good corporate citizens such as DSG come forward and aid these needy mums to help them through this challenging time for themselves and their babies.

I do hope the awareness generated by this programme will also pave the way for more public and corporate support,” added Faridah.

The Pet Pet Easy Start programme is available at most hospitals nationwide.

To sign up, mothers simply have to follow the simple steps found on the Pet Pet Easy Start pack which can be found in the free New Mom Bag given to every mother with her newborn upon discharge.

Upon every successful application, every mother and her newborn will get a complimentary one-year insurance coverage of up to RM12,000.

For mothers who did not receive the New Mom Bag at their respective hospitals can find out more about the Pet Pet Easy Start insurance coverage protection initiative and register through Pet Pet’s Facebook page, www.facebook.com/PetPetMY

“Eye for an eye” untuk penjenayah simbah asid?

Oleh Nurul Jannah Ibrahim (LLB, Univ. Malaya)

Dalam akhbar hari Ahad 15hb. Mei , terdapat dua cara penyelesaian terhadap penjenayah penyimbah asid ke muka wanita. Berita Minggu hari ini, muka surat 4, satu cadangan telah diberi seperti berikut;

POKOK SENA: Ekoran kejadian kes simbah asid yang semakin berleluasa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengemukakan cadangan menggubal undang-undang khas mengenai penggunaan, penyimpanan dan pembelian asid dalam negara.

Di dalam akhbar yang sama, muka surat 31,

TEHRAN: Seorang wanita Tehran Ameneh yang disimbah cecair asid telah meminta mahkamah jenayah membenarkannya menyimbah asid ke atas penjenayah dengan memberitahu, “Apa yang dilakukan ke atas saya, lakukan ke atasnya.” Setelah menolak bayaran pampasan daripada penjenayah tersebut. Ameneh menjalani 17 kali pembedahan termasuk satu cubaan yang gagal untuk membentuk semula wajahnya di Sepanyol. Dia hilang derita penglihatan satu matanya dan meskipun 40 peratus penglihatannya pulih pada mata sebelah lagi jangkitan pada mata itu pada 2007 menyebabkan dia kini buta sepenuhnya.

Yang mana satukah antara dua cara penyelesaian ini yang lebih adil dan yang akan menghalang orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama? Adakah dengan menggubal undang-undang untuk mengawal penggunaan, penyimpanan dan pembelian asid dalam negara akan menyelesaikan masalah ini? Adakah kita juga akan menggubal undang-undang untuk mengawal penggunaan pisau, parang dan apa-apa yang tajam yang digunakan oleh penjenayah terhadap mangsanya dan seterusnya. Dengan adanya pengawalan ini semua, adakah ini akan mencegah penjenayah daripada berleluasa?

Hukuman yang diminta oleh Ameneh adalah contoh yang diperuntukkan dalam Islam iaitu hukuman qisas. Bukankah dengan mengenakan hukuman setimpal atau ‘eye-for-an-eye’ adalah adil dan akan mencegah jenayah?

Skim MIMBAR bantu wanita mula berniaga

MiMBAR Raih Reaksi Positif Rakyat PDF Print E-mail

UNTUK PENERANGAN LANJUT SILA LAYARI WEBSITE MIMBAR   http://www.mimbarselangor.org/v1

DAN TONTON DI YOU TUBE http://www.youtube.com/watch?v=2j5fdsYEFbg

SHAH ALAM, 7 Mac

 – Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang memperuntukkan RM20 juta kepada rakyat miskin di bandar Selangor mendapat reaksi positif rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan peniaga kecil-kecilan.

Hassan Muhammad, yang ditemui Selangor Kini berkata, program MiMBAR dilihat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk memperolehi pinjaman kewangan tanpa perlu membayar semula dengan kadar faedah yang tinggi.

Beliau yang juga peniaga kecil-kecilan memandang positif bantuan yang disalurkan kerajaan negeri malah berpendapat ia sedikit sebanyak meringankan bebanan kos perniagaan yang terpaksa ditanggung selama ini.

“Pada pendapat saya, skim ini lebih menyenangkan untuk kita kerana rakyat tidak perlu membayar faedah atau bunga yang tinggi seperti pinjaman di bank. Saya
menyokong skim ini tetapi belum bercadang untuk memohon sekarang, mungkin di masa hadapan nanti sebab saya belum ada perniagaan sendiri,”katanya.

Sementara itu, Rosni Abdullah yang juga seorang peniaga gerai turut meluahkan pendapat sama. Beliau yang berniaga lebih sepuluh tahun sentiasa mengharapkan bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaannya.

“Makcik sokong kalau skim ini diberikan kepada orang ramai. Macam peniaga kecil yang tak mampu nak buat pinjaman. Makcik ada juga memohon, tapi belum hantar lagi borang. Kalau dapat pinjaman ni, makcik nak beli perkakas, contohnya peti ais, mesin kisar cili. Itu sahaja, bukan ada tujuan lain. Bantuan begini
sangat bagus kerana berniaga secara kecil-kecilan berapa sangat yang kami dapat,”katanya.

Bagi Amnah Sahabudin pula, skim ini harus diuar-uarkan kepada masyarakat khususnya peniaga kecil kerana golongan seperti ini sentiasa mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Kemudahan tersebut mestilah saya sokong. Saya hendak memohon, tetapi perlu tahu bagaimana cara untuk membayar semula pinjaman tersebut sama ada setiap minggu atau setiap bulan,”katanya, yang mengharapkan penjelasan rapi diberikan.

Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).

“Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak
membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,”katanya lagi.

MiMBAR adalah sebuah program yang bertujuan meningkatkan pendapatan masyarakat miskin bandar negeri Selangor untuk melebihi “Paras Garis Kemiskinan (PGK)”, iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.

Pada peringkat awal, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi memastikan agihan peluang, latihan serta kekayaan negeri dapat dikongsi semua pihak.

Program tersebut dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor,  YB Rodziah Ismail.

Kenyataan Akhbar WIRDA Selangor & Kuala Lumpur

WIRDA Selangor dan Kuala Lumpur terpanggil untuk memberi respon terhadap isu ‘pendedahan’  dan penyebaran klip video seks yang merisaukan masyarakat terutama ibu bapa yang  perihatin terhadap kesihatan dan kesucian  mental anak anak,  remaja dan pemuda yang bakal mewarisi perjuangan pembinaan negara yang berdaulat.

  1. Wanita terutama para ibu secara umumnya sudah meluat dan jijik dengan permainan kotor politik jatuh-menjatuh peribadi yang tidak sihat.
  2. Wanita yang berdaya (empowered)  lebih terpanggil untuk mengutarakan isu isu ‘big picture’ yang mengetengahkan agenda perubahan dalam pendidikan insan dan pembangunan warga yang bersopan, bermaruah untuk maju ke depan.
  3. WIRDA mengajak semua media agar menyebarkan budaya akhlak terpuji dan bukan menyebarkan dan menggembar gemburkan tuduhan atau dakwaan yang tidak pasti keabsahannya
  4. WIRDA  mengutuk keras perbuatan menyebarkan bahan lucah terutama dengan tujuan menjatuhkan sesama saudara Islam.
  5. WIRDA ingin melahirkan rasa kerisauan bahawa pendedahan dan suapan isu-isu berbaur  lucah  akan mempengaruhi dan membentuk pemikiran seks murahan dan himmah yang  rendah dikalangan kanak kanak-kanak, remaja dan pemuda belia.
  6. WIRDA  menyeru semua pihak agar berpolitik matang bukan  politik sampah “gutter politik” yang tidak sihat terhadap penghayatan konsep demokrasi dan keharmonian masyarakat madani.
  7. WIRDA mengungguli kepentingan masyarakat umum yang  lebih penting dan harus diutamakan, bukan pertembungan dan dendam antara beberapa pihak yang akhirnya menjadikan masyarakat sebagai mangsa dan jenerasi muda menjadi keliru.

Presiden WIRDA Selangor & Kuala Lumpur

Ir Endok Sempo Tahir

7 April 2011