Perhebat tangani permasalahan gejala sosial tanggungjawab semua

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

2 Mei: Peningkatan ketara statistik perzinaan, bilangan kehamilan remaja dan belia di luar nikah serta pembuangan bayi yang dilaporkan akhir-akhir ini sepatutnya menginsafkan masyarakat betapa pentingnya mereka memainkan peranan yang serius dalam membendung gejala yang mampu merosakkan nasab keturunan generasi akan datang.

Isu gejala sosial dan seksual tidak boleh dilihat sebagai isu yang hanya membabitkan satu kelompok atau pihak yang menjadi mangsa sahaja, malah golongan pemangsa yang mengambil kesempatan amat perlu ditangani segera.

Dalam masa yang sama segala situasi dan keadaan yang membuka peluang dan kesempatan menggalakkan berlakunya gejala ini mestilah dibendung habis-habisan

Raudhatus Sakinah merupakan pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri, berusaha membantu remaja yang menjadi mangsa gejala sosial menganjurkan “Malam Amal Raudhatus Sakinah 2010″ bertujuan mengumpul dana dengan tema “Lelaki Pelindung Wanita” diadakan di Shah Alam Convention Centre di Shah Alam.

Turut hadir pada majlis itu Penaung Raudhatus Sakinah, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin, Naib Presiden JIM, Dr Harlina Halizah Siraj, Ketua Wanita JIM Pusat, Che Asmah Ibrahim, Ahli Parlimen Kuantan merangkap mantan pengerusi dan pengasas Raudhatus Sakinah yang pertama, Fuziah Salleh, Exco yang juga Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Adun Taman Medan merangkap Ketua Wirda Selangor, Haniza Talha dan Pengarah Wirda Selangor, Ir Endok Sempo.

Dalam ucapannya, Dr Harlina berkata, pusat bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah di bawah kendalian wanita JIM, terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha menangani gejala sosial dan seksual yang semakin meruncing dalam masyarakat hari ini.

“Selepas 12 tahun terdapat 4 pusat Raudhatus Sakinah beroperasi di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor serta menempatkan remaja perempuan yang ingin kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Di peringkat akar umbi, JIM mengingatkan pihak lelaki selaku ketua keluarga dan masyarakat memberi keutamaan menyempurnakan amanah yang telah dipikul di atas bahu mereka khususnya dalam melindungi dan membela ahli keluarga mereka sebaik mungkin.

Malam Amal Raudhatus Sakinah 2010 dengan objektif utama mengajak semua ahli masyarakat khususnya lelaki untuk kembali melaksanakan amanah melindungi, membela dan menjaga wanita sebagai mana yang dinyatakan dengan jelas di dalam Al_quran, Surah An-Nisa’ ayat ke 34 yang bermaksud: Lelaki pelindung wanita.

“Sebaliknya jika lelaki cuai dan lalai dalam tugas dan tanggungjawab itu, mereka akan menjadi “perosak dan pemusnah” yang mengeksploitasi masa depan dan kehidupan wanita, kanak-kanak dan masyarakat umum.

“Lelaki juga diperingatkan agar memelihara diri mereka dan ahli keluarga dari azab api neraka. Rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap keselamatan dan kesejahteraan wanita semestinya disemai awal dalam pendidikan anak lelaki.

“Lelaki dewasa dalam komuniti seharusnya mampu menunjukkan sikap, layanan dan tingkah laku yang baik terhadap wanita, agar dicontohi generasi muda, belia dan remaja,” katanya lagi.

Namun tegas beliau kaum lelaki tidak seharusnya menjadi “overprotective sehingga mengurung isteri dan anak perempuan di rumah, menyekat peluang mereka menuntut ilmu atau terlibat dalam urusan kerjaya dan kemasyarakatan serta membuat keputusan tanpa melibatkan pandangan wanita sendiri.

Apa yang sebenarnya digariskan oleh Islam, adalah kewajipan lelaki memastikan suasana, keadaan dan situasi sosial, politik dan ekonomi berada pada tahap yang baik untuk membolehkan wanita mencapai potensi tertinggi keupayaan mereka, agar sumbangan wanita mampu disalurkan untuk membangunkan tamadun dan kemajuan ummah.

“Dalam masa yang sama, wanita juga memikul amanah menjaga maruah, kesejahteraan suami dan anak-anak serta harta benda. Mereka bertanggungjawab melindungi suami dari terbabit dalam kemungkaran yang mengundang kemurkaan Allah.

“Dengan keprihatinan bersama, kedua lelaki dan wanita memerlukan satu sama lain untuk tujuan melindungi, membela dan menjaga kepentingan bersama dalam harmoni dan bahagia, ujarnya lagi.

Dalam kontek negara, JIM mendesak agar pihak kepimpinan eksekutif negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan prioriti utama dalam menangani isu gejala sosial dan seksual, di samping mencari jalan terbaik membendung masalah ini.

Amatlah tidak wajar sekiranya hanya sebuah kementerian sahaja yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya berkaitan isu ini. Sepatutnya kabinet membentuk satu jawatankuasa khas untuk merungkai permasalahan dan memikirkan tindakan selanjutnya dan kawalan sosial yang lebih berkesan perlu diwujudkan.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s