Hampir 25,000 berdaftar ibu tunggal di Selangor

Oleh Sharifah Norhayati Syed Omar

PADA tahun 2008 sebelum Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor, jumlah ibu tunggal berdaftar yang terdapat dalam database di seluruh Selangor dinyatakan hanya 2,000 orang sahaja. Namun apabila diselidiki lebih jauh, jumlah itu ternyata amat jauh berbeza dari kenyataannya yang sebenar.

Exco yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail ketika mendedahkan perkara itu berkata, malah setelah diamanahkan dengan tanggungjawab itu dan mula turun padang, beliau mendapati ibu tunggal yang berdaftar di kawasan Hulu Selangor sahaja sudah berjumlah 2,000 orang.

Ini menunjukkan data yang ada itu tidak tepat dan tidak selari dengan jumlah yang sebenar. Jadi supaya ia lebih tepat, beliau telah membuat portal supaya ibu tunggal di Selangor dapat mendaftar terus dan jumlah ibu tunggal yang berdaftar sekarang adalah hampir 25 ribu orang.

“Apabila dapat maklumat ini, masalah yang timbul adalah bagaimana ingin membantu ibu-ibu tunggal ini kerana kebanyakkan mereka memerlukan bantuan? Jadi saya terpaksa membuat pendekatan baru dengan memberi mereka kursus yang mampu membuatkan mereka berdikari.

“Modal dan latihan serta peralatan akan disediakan oleh kerajaan negeri dan semuanya dijalankan di pusat komuniti yang berhampiran. Sebagai tanda sokongan sementara ibu tunggal masih dalam kursus, Adun akan diminta membantu mendapatkan penjagaan anak-anak ibu tunggal berkenaan,” jelasnya ketika berucap pada majlis Hi-Tea Ibu Tunggal Bersama Yang Dipertua (YDP) Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut, di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Rodziah, sokongan atau bantuan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu bukan hanya dari segi kewangan semata-mata, tetapi juga dari segi emosi, berbincang dan ia memerlukan networking yang baik antara satu sama lain.

“Pusat komuniti itu akan menyediakan program untuk skill dan jika didapati mereka telah mahir, mereka akan dibantu dengan bantuan modal sama ada bantuan kewangan atau peralatan,” katanya.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Adun Batu Caves dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Batu Caves dan Institut Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita (Wirda) itu, diadakan untuk mengumpulkan ibu-ibu tunggal seluruh Dun Batu Caves bagi membantu mereka dengan menyediakan program yang dapat menjana kehidupan yang lebih selesa.

Lebih 260 orang ibu tunggal di kawasan itu hadir di majlis tersebut. Ia dirasmikan oleh Puan Sri Salbiah. Di majlis itu juga, Rodziah mengambil kesempatan memberikan penerangan kepada ibu-ibu tunggal mengenai peluang  yang disediakan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk mereka bagi kehidupan yang lebih selesa.

Acara cabutan nombor bertuah dan anugerah ‘Tokoh Ibu Tunggal Contoh’ turut diadakan di majlis itu, di samping majlis penerangan mengenai Pusat Khidmat Krisis Sehenti, One Stop Crisis Centre (OSCC) oleh Ketua Unit SOHO Wirda Selangor, Zawiyah Mohd Amin, bagi memberikan maklumat mengenai tindakan yang mereka patut ambil jika wanita dan kanak-kanak menghadapi masalah penderaan, cabul dan rogol.

Berucap merasmikan majlis itu, Salbiah meminta supaya ibu-ibu yang beragama Islam memberikan didikan yang betul kepada anak-anak berlandaskan Islam. Mereka mesti memberikan keyakinan kepada anak-anak kerana anak-anak itu adalah pelapis dan harapan kepada negara.

“Didikan yang betul mampu membawa kejayaan kepada anak-anak, tetapi jika kita lalai, kita pasti akan menyesal. Alasan ketiadaan bapa bukanlah alasan untuk kita mengabaikan didikan anak-anak.

“Ramai ibu tunggal berjaya mendidik anak-anak mereka hingga berjaya, bukan sahaja mempunyai ilmu yang tinggi, malah anak-anak itu juga mempunyai akhlak dan kesusilaan yang baik,” katanya.

Manakala Adun Batu Caves, Amirudin Shari ketika berucap di majlis itu berkata, program seperti itu amat berguna kerana ia mampu untuk menyampaikan kepada rakyat hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan wanita.

Beliau turut berjanji untuk memastikan wanita di Batu Caves tidak terpinggir, khususnya ibu tunggal.

Walaupun Pakatan Rakyat baru 2 tahun memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah banyak memberi nikmat kepada rakyat seperti air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, memberi RM1,000 kepada anak-anak yang masuk ke universiti dan lain-lain lagi menerusi program dan skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sementara Pengarah Program yang juga isteri kepada Amirudin, Masdiana Muhamad bercadang untuk menubuhkan pusat komuniti wanita di kawasan itu.

“Saya berharap dengan adanya pusat komuniti itu nanti, kita akan dapat mengeluarkan beberapa produk makanan ringan seperti maruku dan tempeyek yang akan dipasarkan sendiri tanpa menggunakan orang tengah.

“Harapan saya, program ini akan dapat mencapai matlamat untuk menaikkan taraf hidup wanita dan ibu tunggal agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa. Saya berharap agar program-program seperti ini akan terus dapat sambutan dari masyarakat,” katanya.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Batu Caves, Noreha Omar pula berkata, lebih 300 ibu tunggal telah mendaftar diri di Pejabat Dun Batu Caves dan dengan sokongan kuat dari wakil rakyat sekarang, ia telah menyuntik semangat untuk persatuan bergerak ke hadapan.

Sehubungan itu, beberapa program telah pun dirangka oleh pihaknya bagi memajukan pusat komuniti yang bakal diwujudkan itu. Antaranya kelas masakan, kelas jahitan dan agama.

35 thoughts on “Hampir 25,000 berdaftar ibu tunggal di Selangor

  1. Sslmk.
    saya Roslinda Rosli daripada Shah Alam.ibu tunggal kepada 3 org.ingin memohon kepada pihak Tuan/Puan mengenai bantuan modal perniagaan kecil kecilan.Saya tidak bekerja.Berminat dengan perniagaan.Tiada sumber modal.sempena bulan ramadhan ini saya tiada menerima apa apa bantuan dripada mana pertubuhan.sila hubungi saya di talian 017 2337934.
    TQ.Wsalam.

    • Puan Roslinda ,
      Sekarang Kerajaan Negeri Selangor telah ada skim pinjaman untuk menolong wanita dan ibu tunggal memulakan perniagaan kecil kecilan yang dinamakan MIMBAR, sila layari website MIMBAR disini….http://www.mimbarselangor.org/v1/

      Borang boleh didapati dari pejabat ADUN dikawasan puan. Pinjaman mudah dapat dan tiada “interest charges”.

  2. saya ingin belajar mjahit tetapi kos untuk belajar menjahit terlalu mahal… saya tak mampu untuk membayarnya.. alangkan baik ada tempat belajar bg orang yang macam saya.. harap anda boleh membantu saya

  3. Jemputan menyertai kursus pengenalan laman web&e-dagang anjuran Institut Keusahawanan Negara(INSKEN)

    1.Pihak kami adalah perunding yang dilantik oleh INSKEN akan mengendalikan 1 kursus bertajuk seperti di atas untuk usahawan&bakal usahawan. Dalam kursus ini peserta akan diajar untuk membangunkan laman web mudah&berniaga melalui internet,serta memsarkan produk melalui medium internet
    2.Maklumat kursus adalah seperti berikut:

    Tarikh: 3-5 dec 2010
    Masa: Hari pertma mula 8.30pg&tamat pd 1.00 hari ke3
    Tempat: Adamson Hotel Kg Bru KL
    Yuran Penyertaan: Free
    Sasaran Peserta: Usahawan&bakal usahawan yang ingin mendalami dunia pemasaran internet.
    *sila bawa laptop sendiri untuk kemudahan sendiri/jika tiada,komputer desktop disediakn oleh penganjur.

    3.Penyertaan kursus adalah dihadkan untuk 40 orang peserta sahaja.Dilampirkan jadual kursus&borang penyertaan kursus,sila jawab sebelum 26-11-2010

    Berminat?

    sila hubungi kami: Wida:0194428789 Nurul:0194707908 Anne:0128386224
    Tolong sertakan email/fax No. anda untuk kami menghantar borang penyertaan tersebut

    TQ

  4. mengapa tidak diterbitkan majalah khusus untuk ibu tunggal dengan memuatkan penderitaan, masalah serta cabaran yang mereka hadapi dan juga peluang-peluang yang disediakan. Juga disiarkan ibu ibu tunggal yang sudah berjaya dan berbagai lagi.
    majalah tersebut tidak semestinya sebulan sekali, buat permulaan tiga bulan sekali.
    saya sedia memberi kerjasama jika diperlukan (0163302346)

    • InsyaAllah ada cadangan nak buat tu tetapi kekurangan dana, jika encik azizan ada peluang atau ada cara untuk dapatkan dana no problem kita boleh bincang kemudian kita sama sama jayankan.
      terima kasih,

  5. Saya mempunyai perniagaan membuka kelas memasak semua jenis masakan, Dan juga membuat kursus katering dan Restoran dalam jangkamasa pendek iaitu kursus satu hari..saya cadangkan pada wirda selangor agar aktiviti seperti ini boleh takdimasuk salah satu dalam perancangan khas untuk kaum ibu2 tunggal diseluruh malaysia..atau di selangor saja…yuran kursus semua ini sangat murah..mengikut modul…kalau sudi kita boleh berbincang…Terima kasih
    Untuk hubungi telephone saya h/p016-6402208 atau roslan anuar 013-3617575/017-6257574

  6. salam, saya seorang ibu tunggal yang mempunyai anak 4. saya sebenarnya berminat memasuki mana2 persatuan tetapi saya tidak tahu dengan siapa hendak dihubungi untuk menjadi ahli. saya suka tengok cara2 orang berniaga tetapi saya tiada kemampuan dan tidak ada pengalaman. Harap puan dapat menghubungi saya dengan talian 0169720006
    sekian, terima kasih

  7. Salam, kami ada menyediakan kursus urutan bersalin dan penjagaan dalam pantang. Kami galakkan ibu tunggal yang ingin berdikari dan berminat dgn rawatan tradisional untuk mengikuti kursus kami. Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Salam hormat, 012 2141780 / 012 2878212

  8. saya seorang ibu tunggal, mempunyai 2 orang anak. Bagaimana cara nya untuk saya menjadi ahli persatuan. sila informasi .

    terima kasih.

  9. Saya ibu tunggal yang kesempitan masalah kewangan. Saya minat berniaga tetapi tiada modal. Harap pihak yang berkenaan dapat memberi makluamat bagaimana untuk saya menyertai persatuan ibu tunggal.

  10. As salam, Saya Ibu Tunggal yang berminat untuk membeli dan mengusahakan Ladang Kelapa Sawit sendiri. Sebelum ini telah cuba untuk bertanya mengenai Pinjaman / Dana Daripada Agro bank. Masalah saya, bagaimana untuk memohon pinjaman daripada Mimbar sekiranya saya tiada modal tetapi berminat untuk membeli Ladang Kelapa Sawit dan mengusahakannya sendiri. Buat Pengetahuan pihak tuan/puan, pembelian Ladang Kelapa Sawit memerlukan 10% wang pendahuluan daripada harga tanah Kelapa Sawit tersebut yang perlu dibayar kepada pemilik tanah sebagai cagaran sebelum dapat mengemukakan permohonan pinjaman kepada pihak bank. Bagaimanakah pihak Mimbar boleh membantu saya berkenaan perkara ini. Sekian. Terima kasih. Salam. Puan Rohani.

    • assalam puan.. jika puan berminat untuk berniaga dan tiada modal puan blh call saya untuk kita bincangkan. pasal pinjaman tu ada caranya…insyaAllah. ezan ; 010 – 400 7954.

  11. Assalamu’alaikum..saya Reem (bukan nama sebenar), telah mengenali seorang ibu tunggal beranak lima bernapa Sue (bukan nama sebenar, tapi Muslim). Sejak ditinggal suami (tanpa surat perceraian yang sah) Sue bertungkus lumus membesarkan anak dan menyekolahkan mereka. Namun, disebabkan tekanan dan kesempitan hidup, ditambah dengan sikap bekas suami yang tidak bertanggungjawab dalam hal nafkah dan tanggungan anak-anak, maka Sue terjebak dengan pelacuran dan, yang terbaru- dadah. Saya mempunyai keluarga sendiri dan pendapatan tidak seberapa untuk membantu Sue.

    Apakah nasihat yang boleh dibekalkan kepada saya sebagai seorang insan yang mengambil berat?

    • Eratkan hubungan dengan Sue dan tolong tengok2 kan anaknya seberapa mampu, ajar anaknya mengaji Quran daN SOLAT 5 WAKTU. Yang penting tunjukkan keperihatian dan kasih sayang kpdnya dulu bahawa puan prihatin dan ‘care’. Bawa berbincang dan mengadu ke pejabat baitul mal dan JKM, minta nasihat dan pertolongan.

  12. Assalamualaikum…saya seorang balu, berasal dari Pulau Pinang dan baru berhijrah ke Selangor, sebelum ini saya menumpang dirumah adik di kuala Lumpur…saya mmpunyai 4 org anak hasil perkahwinan prtama, arwah suami sy (prkahwinan ke2) tidak meningalkan apa utk kami, tiada insuran dan tiada wang simpanan…anak2 trpaksa saya tingalkan di kampung kerana tidak mmpu untk mnjaga mereka buat masa ini…masaalah yg sya hadapi sekarang…ialah…bekas suami sy iaitu bapa kepada anak2 sy sekarang tidak brtanggung jawab dlm hal mmberi nafkah utk anak2…semasa pnceraian, dia mmberikan hak mutlak kpd saya utk mnjaga ank2 dan RM500 hingga RM1000 sebulan…apabila saya berkahwin lain, ..anak2 tetap saya jaga.dan dia mmberikan RM500 sebulan kpd anak2..selepas suami saya meningal dunia…saya bawa ank2 brsama saya ke Kuala Lumpur utk mmbina hidup baru disini…saya trpaksa mningalkan anak seharian dirumah..kerana pada masa itu sya brkerja disebuah restoran dngn gaji RM1500…mnjadika saya risau dtmpat kerja…makan minum x trurus…ibu dan bapa saya dkampong menasihatkn sy utk mnyerahkn anak untuk djaga mereka…dan saya setuju…sy hanya brkerja 3 bulan sahaja, kerana restoran trsebut trpaksa dtutup, disini brmulanya perubahan sikap bekas suami saya…bila dia mnyerahkan wang belanja utk anak pd ibu saya dikampong hanya RM300 hingga RM500 sebulan…bayangkan 4 org anak…dan pada masa itu yg prtama akn mngambil SPM, yg kedua PMR yang ke3 UPSR dan yg kecil brusia 9 thn…
    sekarang cuti sekolah…anak2 sy sebulan brsama saya…x lama lg sekolah akn dibuka baju sekolah ank yg bakal memasuki sekolah menengah belum dibeli…saya minta pdny RM200 utk beli baju sekolah anak…tapi katanya dia x ada duit sbb bayar sewa ngn motosikal…mcmmana saya nak tangung semua nii…sedangkan dia brkemampuan, mnyewa rumah yg brnilai RM1k/mnth memiliki sebuah motosikal brkuasa tinggi…
    saya hanya menumpang rumah kawan dngn sewa sy bayar RM200/mnth…kerja ? dngn usia 36 tahun x da siapa nak ambil…hanya mmbantu kawan mncari kes accident, dpt komisen…mnjual insuran takaful..dpt komisen…jual barang on9…dpt laa sikit knuntungan….rata2 sebulan cuma dlm RM400 hinga RM600..bagi kat kmpong lagi utk anak2..
    persoalannya disini…
    1) adakah saya bole mmbuat apa2 tuntutan utk kebajikan ank, sedangkn smsa pnceraian dulu saya tidak mnuntut apa2, dan kmudian saya brnikah lain, ?
    2) apakah yg harus saya lakukan supaya dia dpt mmberi wang saraan ank2 mngikut ketetapan?
    dan 3) saya prnah mminjam Tekun.. utk tmbah stok barang prniagaan saya…ttpi pd masa pnjaman diluluskan saya baru brhijrah ke KL wang bnyk dgunakn utk sewa rumah dn sbgainya, apakah masih ada sumber pinjaman ditempat lain, kerana sy mmg ingin meneruskan prniagaan dan menambah stok barangan?
    saya hanya inginkan yg trbaik unt anak2 saya…sya ingin brsama dngn ank2 sy semula…tetapi selagi kwangan sy belum stabil sy x berani…
    Harap ada yg dpt mmberi nasihat @ cadangn apa yg harus saya buat disini…trima kasih…

  13. Assalamualaikum….saya seorang pengusaha Taska dan sangat berminat ingin membantu ibu tunggal untuk bekerja di Taska saya terletak di Damansara Perdana. Dimana saya perlu mendaftar dan memaklumkan hasrat saya ini? Mohon bantuan dari pihak Wirda Selangor. Sekian, terima kasih.

  14. Assalam. Saya faisza. telah ditugaskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menjalankan komuniti servis. Saya telah memilih Persatuan Ibu Tunggal sebagai kumpulan sasaran saya. disebabkan tiada dana diperuntukan dan saya hanya dibenarkan menggunakan dana yang sedia ada, saya tidak mengimpikan untuk menjalankan projek yang besar. Saya ada cadangan untuk mengadakan ‘Hari Kesedaran Pemakanan Yang Sihat dan Ketahui Berat Badan Ideal Anda’ pada awl bln 3 2012 ni. blh saya dapatkan persatuan ibu tunggal yang berhampiran dengan kawasan perumahan saya di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor

    pertolongan anda sangat dihargai, terima kasih

  15. Salam, masih ada lagi ke kursus pengenalan laman web&e-dagang anjuran Institut Keusahawanan Negara(INSKEN) ini? Saya amat berminat utk menyertainya..Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s