JEMPUTAN TERBUKA : YOU ARE BEAUTIFUL, ALLAH LOVES YOU

Kepada,

Semua Wanita CANTIK, HEBAT, KREATIF, FUNDAMENTAL & KONTEMPORARI

Anda semua dijemput ke  Program Wacana Wanita & Hijab : You Are Beautiful Allah Loves You

Sempena dengan hari wanita sedunia 2012, yang diraikan oleh semua wanita seluruh dunia setiap 8hb Mac setiap tahun, WIRDA bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, YB HJH RODZIAH ISMAIL akan  menganjurkan sebuah wacana bertajuk : You Are Beautiful, Allah Loves You. Ini selaras dengan tema IWD (International Women Day ) yang bertemakan ‘Connecting girls Inspiring futures’.

Program ini mendapat kerjasama dari kumpulan wanita muda yang menamakan diri mereka Beauty A6 (After Six Study circle) yang majority berumur 35 tahun ke bawah dan berkerjaya. Jalinan kerjasama ini untuk merealisasikan satu jaringan wanita muda dan wanita senior yang telah mencipta nama dalam kerjaya sekaligus mencapai keseimbangan dalam kehidupan (life balance). Jalinan ini berasaskan konsep ukhuwwah (persaudaraan sesama wanita) selaras dengan tema connecting girls dalam memenangi cinta Allah, sekaligus berkongsi pengalaman suka duka dan aspirasi dalam menaiki tangga kerjaya.

Untuk merealisakan tema connecting girls program ini membawa satu icon wanita muda yang berkerjaya di bidang yang mencabar namun dalam masa yang sama mempunyai jati diri. Oleh itu pihak WIRDA membawa Wardina sebagai icon ibu muda yang diminati oleh wanita muda.

Wirda membawakan Prof Madya Dr Harlina Halizah, seorang perunding pakar O & G (sakit puan), pensyarah di  UKM sebagai icon wanita Islam yang berjaya dalam kerjaya dan keluarga serta berkecimpung dalam NGO  bernama Pertubuhan IKRAM Malaysia (memegang jawatan AJK Pusat), sebagai lambang wanita professional, kontemporari  dan fundamental.

Wanita muda tidak dapat lari dari subjek ‘kecantikan’ dan ‘dandanan anggun’. Maka WIRDA menjemput bersama seorang wanita muda, Muna Izzah Fadhil, walaupun merupakans seorang peguam tetapi minatnya yang mendalam dalam bidang pembentukan imej dan penampilan telah melayakkan dirinya sebagai Certified Image Consultant di Syarikat “Seanggun bidadari”.

Dengan adunan wanita muda dan senior ini diharapkan para hadirin dapat perspekif yang betul mengenai imej dan penampilan wanita Islam. Sekaligus  menyanggah berbagai tanggapan yang negatif dunia luar sana terhadap wanita Islam. Kaum muslimah,  secara khususnya telah dilempar dengan pelbagai tohmahan seperti tertindas dan terkebelakang.  Lantas, sewajarnyalah seorang yang mendokong syariat memainkan peranan untuk memberi kefahaman yang sebenar tentang konsep hijab yang telah disalahertikan, bahkan di kalangan mereka yang beragama Islam, apatah lagi orang-orang bukan Islam . Di samping menolak salahfaham, satu usaha yang serius perlu digembeling untuk mendidik masyarakat berkenaan konsep hijab yang syariah complaint (mengikut syariah Islam).

Ini telah digariskan di dalam ayat 31 dari Surah AnNur, “ Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya)”.

Allah juga telah berfirman di dalam surah Al ahzab, ayat 59, yang bermaksud, “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mu’min: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Suatu keutamaan dalam ajaran Islam ialah pendidikan hati dan jiwa iaitu dengan membersihkan keikhlasan hati dan menambah taqwa.  Itulah sebab pakaian yang memenuhi batas syariah bukan setakat menutup anggota badan atau tidak menampakkan bentuk tubuh, bahkan pemakaiannya semestinya tidak bertujuan untuk bermegah-megah. Dari surah Al-A’raf ayat 26, “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu untuk pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa taqwa itulah sebaik-baiknya”.

Wacana ini ingin menonjolkan konsept cantik di luar dan di dalam yang selari dengan konsep kesederhanaan yang jauh dari perasaan bermegah dan bebas dari nafsu untuk menunjukkan perhiasan diri seharusnya menjadi ciri-ciri pemakaian seorang mukminah yang berusaha mencari keredhaan Allah. Di samping memelihara kesucian diri, hijab adalah merupakan perisai diri yang memelihara dan membentuk citra seorang wanita yang beriman.  Di samping menggariskan cara berpakaian dan bentuk penampilan, ajaran Islam juga menggariskan cara pergaulan yang bertepatan dengan lunas-lunas Islam.

Sasaran:

Terbuka kepada wanita muda samada yang telah berkahwin dan masih bujang (julat umur 25-35 tahun)  – Jumlah peserta 250 orang

 Mesej yang akan dibawa ialah Konsep Hijab, Aurah dan dandanan yang menepati syariah. (Islamic Self Grooming).

Sehubungan dengan  itu  maka WIRDA dengan sukacitanya menjemput saudari saudari/puan puan hadir untuk meraikan kejayaan kita sebagai wanita dalam pelbagai bidang kerjaya, kemahiran dan kecenderungan. Sekaligus berkongsi rasa, pengalaman aspirasi dan inspirasi  dari wanita wanita lain yang menikmati kehidupan yang seimbang (life balance).

Maklumat bagi program adalah seperti dibawah.

TARIKH:  3 HB MAC 2012

TEMPAT: BALLROOM DEWAN JUBLI PERAK SULTAN ABDUL AZIZ  SHAH ALAM

MASA:      2.15-6.15  PETANG

AGENDA: PROGRAM

2:15     Ketibaan dan pendaftaran

2:40     Ucapan oleh pengerusi,  Bacaan Al Quran & Doa

2:45     Ucapan Perasmian oleh PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KEBAJIKAN, HAL EHWAL WANITA, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, YB HJH RODZIAH BINTI ISMAIL

3.00     Persembahan Multimedia: You Are Beautiful Allah Loves You

3:05    Bual-bicara Interaktif :  You Are Beautiful Allah Loves You

Pengacara:     Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot – Personaliti TV3

Ahli Panel:       1. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj – Doktor Pakar Sakit Puan,  Pensyarah UKM &  AJK Pusat Pertubuhan IKRAM      Malaysia    -   Tajuk :Konsep Aurah & Hijab yang ‘Syariah Compliance’

2. Muna Izzah Fadzil- Peguam dan Perunding Imej  Bertauliah (Islamic Self grooming- Simple Yet Elegance)

4.45    Fashion Show – My Way ‘Syariah Compliance’

5.30     Solat dan Minum petang

6.15     Bersurai

  Terima Kasih, Jumpa disana!!!

       Ir. Hjh Endok Sempo bt M Tahir, P.Eng, MIEM,  Presiden WIRDA

LATEST UPDATE: YOU ARE BEAUTIFUL ALLAH LOVES YOU

Talk Show & Fashion Show :

You Are Beautiful, Allah Loves You!

Sempena Hari Wanita Sedunia 2012

“Connecting Girls, Inspiring Futures”

Anjuran: Jawantankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

Dengan kerjasama:

WIRDA (Association of Women’s Initiatives for Research Development and Advancement)

Bual bicara “Menyerlahkan ketrampilan berhijab,  simple & elegan”

Moderator: Pn Wardina Safiyyah bt Fadlullah Wilmott, Personaliti TV3

Panelis 1: Prof. Madya Dr Harlina Halizah bt Hj Siraj, Pakar O&G dan JKP IKRAM

Panelis 2: Pn Muna Izzah bt Fadhil, Peguam dan perunding imej bertauliah “Seanggun Bidadari”

Tarikh: 3 Mac 2012
Masa: 2.15-6.15ptg

Tempat: Ballroom Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
Yuran Percuma, tempat terhad.

Sewaan gerai pameran & jualan RM50

Untuk Pendaftaran sila hubungi Sekretariat :03-410-85128 atau Pn Faridah: 013-3545748, Cik Balqis 012-9146184,

sertakan nama penuh, no kad pengenalan, no hp dan alamat .

sebarang sumbangan sila masukkan ke no akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010-0434-29

Salam Ukhuwwah

Setiap tahun wanita seluruh dunia meraikan  Hari wanita Sedunia setiap 8hb Mac 2012. Berbagai acara dan program  diadakan  sepanjang bulan Mac (tidak hanya tarikh 8hb Mac sahaja)  untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian wanita dalam bidang ekonomi, politik dan sosial diseluruh dunia.

Tema Hari Wanita Sedunia pada tahun ini  ialah connecting girls, inspiring futures”.  Namun organisasi , badan badan NGO wanita dan pertubuhan kebajikan wanita bebas  memilih berbagai tema dalam merayakan hari wanita sedunia ini yang melambangkan peranan isu wanita diseluruh dunia.

Sempena dengan sambutan Hari Wanita tahun ini , WIRDA meraikan wanita Islam Kontemporari, Kreatif dan Dinamik dengan program bertemakan  “You are beautiful, Allah loves You”.

BECAUSE SYARIAH COMPLIANT WOMEN ARE BEAUTIFUL IN THE EYES OF ALLAH,

BECAUSE GIVING IS BEAUTIFUL!

Program ini mendapat kerjasama dari kumpulan wanita muda yang menamakan diri mereka Beauty A6 (After Six Study circle). Jalinan kerjasama ini untuk merealisasikan konsep  ukhuwwah (persaudaraan (sesama wanita) dalam memenangi cinta Allah dan dalam masa yang sama menyemai kasih dan rasa bahagia kepada insan yang kurang bernasib baik.

Talk Show ini merupakan sesi bual bicara interaktif, dan perkongsian dari hati ke hati  dengan wanita wanita yang mencipta nama dalam kerjaya masing-masing sekaligus komited dengan Syariah Compliant. Antara  Objektif Talk Show ialah

  • Memahami konsep ‘aurah’ seperti yang di gariskan oleh Al Quran dan Sunnah.
  • Mengamalkan pemakaian ‘hijab’ yang dicintai ALLAH
  • Menonjolkan imej muslimah kontemporari, elegen dan anggun (Islamic self grooming), berlandaskan batas-batas syara’

Mengumpul Dana Untuk Rumah WIRDA bagi menampung kos pengurusan Rumah Perlindungan WIRDA serta meningkatkan keupayaan WIRDA memberi khidmat kepada  ramai wanita dan anak-anak yang menjadi mangsa penganiayaan, penderaan dan keganasan rumahtangga untuk mendapat perlindungan dan bimbingan.

Ibu ibu di rumah WIRDA menjalani kursus kemahiran di Bonda Mama kid Center

Pada 1hb Jan 2012, WIRDA telah mematri MOU, persefahaman bersama pihak pengurusan Bonda Mama Kids Centre (http://www.bondamama.com/01/ ) untuk memberikan  pendedahan dan peluang kerjaya kepada ibu ibu yang berteduh di Rumah WIRDA.

Ibu ibu ini akan menjalani kursus kemahiran pengasuhan anak-anak selama 3 bulan dan diberikan latihan ‘hands on’.  Program ini akan membuka ufuk kehidupan baru bagi ibu ibu yang teraniaya ini.

Apabila mereka telah tamat berkursus, berjaya mendapat sijil kemahiran  ketrampilan, mereka mempunyai pilihan untuk bekerja di Bonda Mama atau membuka nursery sendiri. Diharapkan dengan ini lebih mandiri kewangan dan menjadi wanita yang yakindiri untuk melangkah ke satu kehidupan baru bersama sama anak anak mereka tanpa gangguan dan deraan lagi.

 

Puan Hafizah selaku pengarah urusan Bonda Mama menegaskan akan memberikan latihan secukupnya dengan menyediakan tempat latihan , tempat tinggal dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bonda Mama Kids Centre.

Kakitangan Bonda Mama memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menguruskan pengangkutan dan penempatan latihan bagi ibu ibu dan anak anak dari Rumah WIRDA untuk menjalani kursus pengasuhan ini. Semoga ibu ibu yang teraniaya ini mampu memperkasa diri mereka dan berjaya keluar dengan yakin diri untuk memulakan penghidupan baru dan  mandiri kewangan

Isteri untuk disayang bukan disepak terajang

Isteri untuk disayang bukan disepak terajang

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive#.TxLb5RApyPZ.email


KEBAHAGIAAN dalam rumah tangga sudah menjadi impian setiap pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan.

Namun, timbulnya pertelingkahan dalam hubungan merupakan asam garam kehidupan berumah tangga.

Mahu tidak mahu itulah harga yang harus dibayar apabila mereka mengambil keputusan melayari bahtera bersama.

Tidak terkecuali Julia (bukan nama sebenar) yang turut mengimpikan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia di samping suami yang dikahwini atas dasar cinta.

Dia yang mula mengenali suaminya itu pada usia 16 tahun menyulam cinta selama dua tahun sebelum disunting buah hatinya itu.

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, suami yang dikasihinya itu dilihat semakin berubah sikap. Daripada seorang yang penyayang, suaminya sering bersikap panas baran.

Tidur bawah jambatan

“Dengan apa yang saya alami ini, memang benarlah kata orang masa bercinta, semuanya indah. Bagi saya perubahan ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan usia perkahwinan kami masih muda,” ujarnya.

Ketika diajak mengimbau perjalanan hidupnya itu, air mata Julia mula bergenang apabila bercerita tentang keperitan yang pernah dilalui dalam hidupnya.

Tiada apa yang lebih menghayat hati Julia apabila dia bersama anak kecilnya itu pernah merempat di bawah jambatan Sungai Klang berdekatan dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Damai, Kuala Lumpur selama satu hari.

Semuanya kerana suaminya itu tidak mampu menyewa rumah sehingga memaksa mereka berteduh di bawah jambatan. Suami Julia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan syarikat swasta hanya mampu memperoleh pendapatan RM800 sebulan.

RUMAH Wirda terletak di Ampang Jaya yang menerima pelbagai kes wanita berdepan dengan krisis rumah tangga.

“Masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Sudahlah tidak mandi kami terpaksa tidur hanya beralaskan kotak dan surat khabar. Lebih menyayat hati saya kerana anak kami waktu itu baru berusia lima bulan,” ujarnya sambil memberitahu perkara itu tidak akan dilupai sepanjang hayatnya.

Kesempitan hidup telah mengubah sikap suami Julia. Jika dulu sewaktu berkasih sayang, belaian dan pelukan menjadi penambat hati tetapi, selepas setahun berumah tangga ia bertukar dengan sepak terajang tanpa belas ihsan.

Tidak tahan didera suami, Julia pernah beberapa kali membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

Namun, selepas dipujuk beberapa kali oleh suaminya, dia menarik semula laporan polis tersebut kerana terlalu sayangkan suami.

“Dia berjanji akan berubah setiap kali saya membuat laporan. Mungkin kerana percayakan kata-katanya itu, saya memaafkannya,” tutur Julia yang turut bekerja mencuci pinggan untuk menambah pendapatan keluarga ketika itu.

Janji tinggal janji, perlakuan ganas dan kegagalan si suami mengawal sikap panas barannya langsung tidak berubah bahkan, semakin menjadi.

Akhirnya kerana sudah tidak tahan lagi membiarkan tubuhnya menjadi seperti beg tinju Julia nekad melarikan diri.

“Kalau dulu mula-mula saya larikan diri saya tidur di bawah jambatan, kali ini saya memilih untuk berlindung di masjid. Mujur saya menemui seorang imam yang akhirnya membawa saya ke rumah Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur (Wirda) yang terletak di Ampang Jaya.

“Di sini, saya mendapat perlindungan termasuk makan minum yang turut ditanggung pihak Wirda. Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya saya mendapat tempat perlindungan,” ujar anak yatim piatu itu.

Bagaimanapun, Julia bertekad untuk mencari peluang pekerjaan demi menyara kos perubatan anaknya yang menghidap penyakit sawan.

Nasib sama

Nurul (bukan nama sebenar), 30, terpaksa menahan derita lebih 10 tahun kerana campur tangan ibu mertua dan jiran.

NURUL (dua dari kiri) menceritakan semula peristiwa hitam yang pernah dilalui dalam hidupnya kepada wartawan Kosmo.

Dia yang berkahwin atas dasar cinta ketika berusia 18 tahun tidak menyangka campur tangan kedua-dua pihak tersebut menyebabkan dia diceraikan talak tiga.

Nurul yang merupakan pekerja kilang mengakui, kesabaran dia memuncak kerana ditohmah dengan pelbagai fitnah.

“Cuba bayangkan, pagi keluar bekerja dan malam baru balik rumah tetapi, timbul cerita saya suka membomoh penduduk di sekitar kawasan itu.

“Bukan sahaja pelik tetapi, saya sendiri tidak mengetahui motif sebenar jiran termasuk ibu mertua saya mengada-adakan cerita-cerita sedemikian. Walaupun dikata macam-macam saya pekakkan telinga, tutup mata dengan gelagat mereka sebab sayangkan rumah tangga.

“Keadaan bertambah teruk apabila ibu mertua menyampaikan cerita-cerita terbabit kepada suami. Apabila sampai ke telinga suami, apa lagi kalau bukan sepak terajang yang saya dapat,” tuturnya menahan sebak.

Bagaimanapun, episod malang itu tidak terhenti di situ sahaja sebaliknya dugaan dan fitnah yang datang semakin bertimpa-timpa.

Tohmahan semakin menjadi-jadi sehingga memaksa suami terus menjatuhkan talak tiga disebabkan terlalu marah.

“Ekoran kehilangan tempat berteduh, saya menghubungi abang untuk membantu saya mencari tempat perlindungan. Kemudian dia membawa saya ke Wirda,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul tidak pernah menyesal atas nasibnya yang berkahwin muda, wanita ini reda ketentuan Ilahi untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Nasihat saya, jangan terlalu bergantung harap kepada lelaki kerana zaman bercinta dan berumah tangga amat berbeza dan sukar diramal,” ujarnya.

Bagi pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, seseorang wanita yang dikahwini itu bukan untuk dikasari.

“Mereka perlu diberi kasih sayang sepenuhnya kerana golongan wanita memberikan lebih daripada itu untuk suami dan keluarga. Contohnya mereka sanggup berkorban menahan kesakitan demi melahirkan zuriat buat suami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang perlu diambil seseorang wanita yang didera beliau menyarankan, golongan tersebut mesti berani bertindak dengan melaporkan perkara itu kepada ahli keluarga terdekat seterusnya pihak berkuasa.

FARIDAH (kanan) bermesra dengan anak salah seorang penghuni Wirda.

“Dengan cara itu, mereka boleh membantu diri sendiri dan menyelamatkan diri untuk keluar daripada belenggu itu.

“Jadi, jangan hanya berdiam dan melayan kesengsaraan itu seorang diri,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, kebiasaannya seorang wanita tidak sanggup membuat aduan laporan polis terhadap penderaan yang dilaluinya.

“Ia kerana mereka khuatir akan ditinggalkan si suami. Walau bagaimanapun, mereka perlu sedar sekiranya penderaan itu sudah mencapai pada tahap kritikal iaitu boleh membawa risiko maut jadi sudah tiba masanya untuk mereka berani tampil untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Anak-anak Penghuni WIRDA mendapat perlindungan Insurans

Perlindungan insurans PetPet

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive#.TxLb5RApyPZ.email

Kuan Mun Jen (kanan) memberikan lampin pakai buang PetPet kepada Faridah Abd. Karim dalam usaha membantu ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

 

ANAK adalah kurniaan yang tidak ternilai. Tetapi bebanan membesarkan anak amat berat. Apatah lagi dengan kos sara hidup dan perubatan yang sentiasa meningkat.

Begitu yang dihadapi bagi ibu tunggal yang terabai, teraniaya atau kurang berkemampuan, dalam usaha memastikan bayi mereka mendapat segala keperluan asas untuk membesar.

Memandangkan bebanan berat yang perlu dipikul oleh ibu-ibu tunggal ini seiring dengan risiko serta kos sara hidup yang semakin meningkat, PetPet bekerjasama dengan Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur (Wirda) membantu ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara menerusi program Insurans Percuma PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa.

Kerjasama itu lanjutan program yang bertujuan memberikan ibu-ibu dan si manja perlindungan daripada risiko yang tidak diduga.

Ketua Pemasaran Disposable Soft Goods (M) Sdn. Bhd. (DSG), Kuan Mun Jen berkata, PetPet benar-benar memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu baru bersalin.

Sebabnya itu pada tahun ini pihaknya mengambil keputusan melanjutkan program Insurans Percuma PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa kepada ibu-ibu yang paling memerlukan dan tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk melindungi diri sendiri dan bayi mereka yang baru lahir.

“Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Wirda untuk menghulurkan tangan kepada ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan di seluruh negara,” katanya.

Menerusi kerjasama itu katanya, PetPet dapat membantu ibu-ibu tunggal dengan anak mereka yang baru lahir (berusia 0-3 bulan) dengan memberi mereka perlindungan insurans percuma bernilai RM12,000 selama setahun dan bekalan lampin pakai buang PetPet.

Sementara itu, Naib Presiden Wirda, Faridah Abd. Karim berkata, pihaknya yakin program itu dapat membantu ibu-ibu yang kurang mampu memulakan perjalanan mencabar sebagai ibu.

“Kami gembira kerana warga korporat yang baik seperti DSG tampil membantu ibu-ibu yang memerlukan sokongan untuk mengharungi masa yang mencabar bagi diri mereka sendiri dan bayi mereka.

“Saya harap kesedaran yang dicetuskan oleh program ini akan mendorong orang ramai dan lebih banyak syarikat korporat untuk memberi sokongan,” tambahnya.

Program PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa boleh didapati di kebanyakan hospital di seluruh negara. Untuk mendaftar, ibu-ibu hanya perlu mengikuti langkah mudah yang terdapat pada pek PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa yang diberikan bersama New Mom Bag secara percuma kepada setiap bayi baru lahir dan ibu-ibu apabila keluar dari hospital selepas bersalin.

Maklumat lanjut tentang perlindungan insurans PetPet Mula Selesa Mudah Sentiasa juga boleh diperolehi menerusi Facebook PetPet, www.facebook.com/PetPetMY.

Pet Pet provides underprivileged moms and babies with insurance protection

Pet Pet provides underprivileged moms and babies with insurance protection

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=central&file=/2011/11/25/central/9936309#.TtrrFbCtK7U.facebook

WHILE having a child is priceless, raising a child can be a costly affair for an average Malaysian family.One basic aspect that is often neglected and seen as least important is insurance coverage protection for parents and their newborns.However, for a single, abandoned, abused or an underprivileged mums, ensuring their babies have the basic necessities to grow trumps everything and anything else that comes along.

For needy moms: Kuan (right) presenting the Pet Pet Easy Start Insurance Pack and Pet Pet diapers to Faridah.

With the heavy burdens resting on these mums’ shoulders and the increasing risk and living costs these days, Pet Pet has partnered with Wirda (Association of Women’s Initiative for Research, Development and Advancement of Selangor and Kuala Lumpur) to help underprivileged moms with newborns (0-3 months old) nationwide through the Pet Pet Easy Start Programme which offers free insurance protection.

The partnership is an extension of the programme which aims to provide underprivileged mothers and their little ones with protection from unexpected risks, giving them peace of mind for a truly easy start to their motherhood journey.

“At Pet Pet, we understand the challenge that mothers with newborns face through the early stages of their motherhood journey. Hence, we decided to extend the programme to moms who need it the most and do not have the financial capability to protect themselves and their newborns with the insurance coverage they need.

“We are pleased to partner with Wirda to reach out to underprivileged mothers nationwide through this programme,” said Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd (DSG) marketing head Kuan Mun Jen.

“Through this partnership, we are able to give them free one-year insurance coverage worth RM12,000 and a supply of Pet Pet diapers to help them begin their motherhood journey with their little bundle of joy,” said Wirda vice- president Faridah Abd Karim.

“The mothers who come to us need all the support they can get. We are glad that good corporate citizens such as DSG come forward and aid these needy mums to help them through this challenging time for themselves and their babies.

I do hope the awareness generated by this programme will also pave the way for more public and corporate support,” added Faridah.

The Pet Pet Easy Start programme is available at most hospitals nationwide.

To sign up, mothers simply have to follow the simple steps found on the Pet Pet Easy Start pack which can be found in the free New Mom Bag given to every mother with her newborn upon discharge.

Upon every successful application, every mother and her newborn will get a complimentary one-year insurance coverage of up to RM12,000.

For mothers who did not receive the New Mom Bag at their respective hospitals can find out more about the Pet Pet Easy Start insurance coverage protection initiative and register through Pet Pet’s Facebook page, www.facebook.com/PetPetMY

PERCUMA!!! PERCUMA !!! PERCUMA!!!

SEMINAR WANITA DAN SYARIAH 2011 “WANITA SEJAHTERA DI BAWAH NAUNGAN SYARIAH”

TARIKH: 23 OKTOBER 2011 (9AM-1PM)

TEMPAT: AUDITORIUM DAENG CHELAK, MUZIUM SULTAN ALAM SHAH ANJURAN: WANITA IKRAM SELANGOR & WANITA JIM SELANGOR

PENGISIAN:

1) UCAPTAMA – WANITA, KAU BEGITU ISTIMEWA- DR HAFIDZAH MUSTAKIM

2) FORUM- WANITA, UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA.

 AHLI PANEL-

1)PROF MADYA DR ZULFAKAR RAMLEE

2) PROF MADYA DR NORMI ABD MALIK

SEGERA DAFTAR KE 012-6847509/012 6542190

UNTUK AHLI WIRDA SILA HUBUNGI WIRDA HOTLINES (013- 3545748) UNTUK  URUSAN PENGANGKUTAN….

JOIM PERGI DAN KITA JUMPA DISANA

MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTHAR) DI RUMAH WIRDA(RUMAH PERLINDUNGAN)

ASSALAMUALAIKUM WR WB.

SEMUA AHLI WIRDA DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTHAR)

DIRUMAH WIRDA DI AMPANG JAYA PADA 15 OGOS HARI ISNIN

Majlis berbuka puasa bersama penghuni RUMAH WIRDA  akan bermula pada jam 6.30 petang.

Sesiapa yang ingin menyumbang dan memanjang amal sedekah kepada penghuni disini amat lah di dialu-alukan, bawalah se kilo beras, se paket minyak & sekilo gula seorang. Sesiapa yang ingin hadir sila dapatkan alamatnya melalui Puan Faridah, kerana alamatnya tidak boleh dihebahkan kepada orang ramai untuk keselamatan penghuni. Antara agenda nya ialah program Tazkirah Ramadhan. Jemput sahabat sahabat yang ingin berbuka bersama wanita yang kurang bernasib baik ini. Semoga kita semua dirahmati ALlah